Thursday, May 05, 2016

# Anything and Everything # Kids

[VIDEO] Faizal Tahir Nyanyi Lagu Assalamualaikum Untuk Kanak-kanak Syria


Assalamualaikum!


Sejak beberapa hari yang lepas, video Faizal Tahir menyanyikan lagu Assalamualaikum di hadapan kanak-kanak Syria telah viral di media sosial terutamanya Facebook. Walaupun mungkin mereka tidak memahami bahasa kita sepenuhnya, ternyata ia tidak menjadi halangan buat anak-anak kecil ini untuk sama-sama menghayati maksud dari bait-bait lagu yang disampaikan.



Hurmm ... tak semena-mena ngan aku sekali join sebak bila tengok seorang budak ni nangis bila Faizal Tahir sebut "damailah pada kamu semua ...". Hanya Allah yang tahu isi hati anak kecil ini .. di sebalik senyumannya, di sebalik keperitan yang terpaksa ditanggungnya bersama kanak-kanak lain di sana.

Cuba bayangkan jika dia adalah anak-anak kita ... cuba bayangkan yang mengesat air mata kesedihan itu adalah anak-anak kita ... T_T

Doa kami buatmu Syria ... moga Allah lindungi kamu dari tangan-tangan zalim yang merosakkan! Moga damai ini jadi milikmu jua satu hari nanti ...aaminnn yarabbal alamin...

#prayforSyria
#pray4Syria

3 comments:

  1. kesian yg melihat dari jauh apa tah lagi yg menanggungnya..moga damai lah segera. assalamualaikum dunia lihatlah ..

    ReplyDelete
  2. kalau betul hayati memang sedih lagu ft ni

    ReplyDelete

Apa kata korang?