Breaking

Wednesday, June 15, 2016

Apa Yang Boleh Dibeli Dengan RM20 Di Bazar Ramadhan? - Selepas 2 Tahun


Assalamualaikum!


Dulu aku ada kongsikan apa yang boleh kita beli dengan duit RM20 di bazar ramadan. Selepas dua tahun, barang pun dah banyak naik dari turunnya tapi adakah harga makanan di bazar kekal sama seperti tahun-tahun lepas? 

Kalau ke bazar selalunya berapa RM yang korang bawa? Ada sampai terlebih bajet tak? Tak dinafikan kalau aku ke bazar, kalau boleh nak singgah setiap gerai! hehe tambah tahun ni banyak pulak orang jual kambing bbq ... semerbak harum mewangi bau dia! Tapiiiii jangan lupa, kita membeli makanan jangan sampai terbazir dan membuang! Beli yang mana kita dan keluarga betul2 suka makan je, jangan ikut nafsu mata ok!




Lokasi Bazar Ramadhan yang strategik membuatkan setiap hari ramai yang menyinggah di bazar ni. Kawasan Desa Pandan ni memang padat penduduk sampai aku tak nampak dah tanah mana yang boleh dibuat rumah. Yang sedang dibina pun ada lagi tu ...kondo berapa puluh tingkat ntah! Kuarters kerajaan dan ATM pun dah ada dua ditambah dengan kondo yang baru naik macam cendawan lepas hujan ...lagila sesak!

Walaupun tahun ni dapat balik awal, tapi disebabkan jalan sesak sebab semua orang pakat balik pada waktu yang sama,  maka kadang-kadang aku terlambat jugak sampai ke rumah. Kadang tu pukul 6 lebih baru sampai, memang tak sempat nak sediakan apapun. So, ke bazar la jawabnya hehee ....


BAZAR RAMADHAN DESA PANDAN

Berbekalkan pengalaman pada tahun-tahun sebelumnya, tiap kali sebelum nak ke bazar aku tau dah nak beli apa untuk diri sendiri dan anak-anak. Ada beberapa gerai yang jadi kegemaran aku di bulan puasa ni. Aku suka beli makanan yang dimasak disitu dan bukan yang readymade. Bukan tak suka langsung ... macam kuih muih tu aku beli tapi makanan lain kalau boleh elakkan sebab takut basi huhu. Tapi bukan semua la ye!

Bila dah tahu tempat nak dituju, makanan apa yang nak dibeli aku terus ke tempat tu. Takda pandang dah kiri kanan sebab masa pun tak cukup dah kan. Berbekalkan RM20 ini yang aku beli di bazar ramadan ....


roti jala 5 keping RM2 - aku suka roti jala ni sebab dia masak kat situ gak hehe



lemang sepotong RM2 - lemang untuk kakak, aku beli 3 potong untuk dia



murtabak Omar Kedah RM3/sekeping - murtabak daging dia memang tak tipu! Bertahun dah aku jadi regular customer pakcik ni hehehe :D



bubur lambuk kg. baru RM3/sebungkus - minggu lepas takda ni, minggu ni baru nampak. Aku kan 'hantu' bubur lambuk memang rugi la kalau tak beli hehehe ...



popia basah - lalu je tak beli pun sebab bukan peminat sejati. Memang hari2 panjang barisan dia



kebab melawati RM3/satu - teringin ... hehe



shawarma RM5/satu - menu terbaru bazar tahun ni. Murah dan nampak sedap, dimasak disitu so ... kenapa tidak? haha ...


So, dengan RM20 aku beli ....

Roti jala - RM2
Lemang 3 ketul - RM6
Murtabak Omar Kedah - RM3
Bubur Lambuk Kg Baru - RM3
Kebab Melawati - RM3
Shawarma - RM5

JUMLAH : RM22

Sebenarnya, antara kebab dengan shawarma tu boleh pilih salah satu pun ok dah. Tapi sebab aku teringin nau nak merasa sedap sangat ke shawarma tu ...maka beli jugak le hehehehe. Kalau tak beli shawarma tu, aku hanya belanjakan RM17 je untuk kesemua makanan tadi. Baki RM3 tu boleh beli air kalau nak huhu ....

Ok tak? hehe ...

10 comments:

  1. Gulp ! Banyak nyer..kekeekek...tapi alang-alang nak rase baik beli dari teringat2 kan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak ke? haha ... sekali sekala boleh la kak wa :D

      Delete
  2. kalo fae pi bazaar ramadhan i will bring dlm $2 or $3. kalo convert to RM dlm RM 4 or RM 6. belanja utk diri sendiri je hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau single lagi jimat banyak ... ni sebab ada bahagian untuk anak2 sekali memang tak lari dr bajet tu hehe

      Delete
  3. setakat nih p bazar hanya habs dlm rm20 tuh pun dua kali p.. hehehe selebihnya p buka puasa dkt masjid... hehehe time single leh la buat mcm tu.. kihkih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaaaa berbuka di masjid tu lagi baik. Kami pun niat memang nak berbuka di sana tapi hujan turun lebat plak kebelakangan ni. So, berbuka di rumah je la :)

      Delete
  4. takat ni,memang tak pernah lagi masuk bazar...tapi dekat taman akak ada jiran bukak table berniaga kat situ..so beli kat situ je..dari pegi bazar makanan pun lebih kurang..baik kat situ je...lagi satu tak sesak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok la tu kak kalau kita dah kenal baik dgn peniaga tu lagi bagus. Satu kelebihan orang yang bekerja dekat ngan umah ni tu la ... tak perlu ke bazar, boleh masak selalu di rumah :)

      Delete
  5. Mai byase g bazar bajet rm10 je sbb beli nasi n kuih. Klu beli byk2 mmg xhbs sbb mkn sorg. Hee. Slalu dlm rm7-8 je

    ReplyDelete
  6. budjet hampir berjaya kan...macam sedap je shawarma tu

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.