Juadah Berbuka & Sahur Minggu Pertama!

Tuesday, June 14, 2016


Assalamualaikum!


Alhamdulillah dah masuk minggu kedua kita berpuasa yek. Orang lain semalam makan apa, hari ni dah update kat blog. Aku je yang tunggu seminggu baru nak update ni ha hahaha. Bukan ape, senang sekali harong je tepek gambar makanan kat sini. Senang cerita ye dop :p

Minggu pertama puasa ok la ... syukur dapat memasak untuk keluarga. Walaupun ada menyinggah di bazar ramadan tapi aku tetap memasak kat umah. Sebab kat bazar tu bukan semua makanan yang boleh buat aku telio hehehe. Kalau gi bazar, aku beli makanan yang tertentu je yang diperakui kesedapannya dan berbaloi dengan duit!

Kalau tak ... sorry ar, aku masak lagi baik!

Day 1 - Aku goreng cucoq dan meehon goreng. Manisan makan Halawa beli kat kedai Arab bulan lepas hehe.




Time sahur tak lalu makan nasi ... mengantuk pun ye gak haha, so aku buat roti benjo je la. Budak-budak ni nak makan roti kaya dan peanut butter. Sekali tak puasa jugak hahaha ....

Day 3 - dah mula menyinggah bazar. Dalam banyak-banyak makanan atas meja ni, sambal telur ni je masak sendiri hehe ....




Day 4 - Sahur hanya lalu makan nasi dengan telur mata dan ikan sepat pekasam je. Budak-budak still mintak roti huhu ...




Ini kek coklat moist beli kat bazar. Paling tersedap!


Time berbuka, cik abe masakkan tomyam ayam campur daging. Makan pulak dengan spaghetti ...jadikla spaghetti tomyammmmmm hehehe ...




Day 5 -  Haaaa alhamdulillah rezeki berbuka dengan air tangan tok laki hehe. Hanya murtabak je beli kat bazar, yang lain semua masak. Roti jala tu air tangan aku la, ayam goreng berempah dengan kari daging tu tok laki punya air tangan daaaa hehehe ....






Aku cukup tak puas hati kalau beli air kat bazar. Tawar! So, aku buat air sirap cincau sendiri. Sapa nak cincau boleh tambah ...rasa pun sodap puas minum!


Lauk kari daging, roti jala dan ayam goreng berempah tu boleh dimakan sampai sahur. Time ni tak makan nasi pun, sebab baki roti jala dok ada lagi ...so kita bedal je la! hehe ....

Day 6 - macam biasa memasak hehe. Roti jala tu aku kasi top up sebab kari daging dok ada lagi kasi perangat ja.  Tok laki tolong gorengkan kuey tiow je



percubaan aku nak buat air nenas akhirnya menjadi! Resepinya nanti aku bagi yek! ;)


bubur lambuk kampung baru .... kurang daging la yang ni :)



telio tengok mangga kat kedai, so aku rembat 2 biji hehe


kuey tiow goreng letak cendawan shitake ... sodap woooo!


buktinya kakak makan menambah 3 kali! hahaha 

Day 7 - Semalam baru lah kami berbuka dengan nasi. Hari tu dok tengok ikan jenahak kat kedai Zam cantik cantik ... sekilo RM27 korang rasa mahal ke murah? Aku punya ni bahagian tengah sampai ekor kena RM21.70 haha. Memang syok dapat masak asam pedas ni!



sup ikan untuk anak-anak aku tambahkan fishball dan cendawan shitake 


lauk untuk kami laki bini huhu



Alhamdulillah syukur dengan segala rezeki ini. Sejak dapat balik awal ni memang hati tu kalau boleh nak memasak je hari-hari untuk berbuka. Sebab lebih puas makan lebih sedap rasanya. Hari ni aku tak tau nak masak apa lagi. Si kakak dan adik dah request nak meehoon goreng .... hurmmmm :)

Resipi Sambal Telur

Resipi Ayam Goreng Berempah

Resipi Spaghetti Tomyam

Resepi Asam Pedas Ikan Jenahak



You Might Also Like

0 pengomen comel

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM