Wednesday, June 15, 2016

# Ramadhan # Resepi

Lauk Ramadan - Resepi Sardin Cincuan


Assalamualaikum!


Ada masa aku buntu tak tau nak masak apa untuk berbuka. Takmo la singgah bazar hari-hari weh ... senang memang senang, main tunjuk tunjuk pastu bayar. Balik rumah takyah masak, hidang dalam pinggan terus mengadap tv tunggu waktu berbuka. Hari-hari kalau diamalkan macam ni mau tak balik kampung aku nanti huhu ..

Aku memang nak masak so kena fikir gak ape benda makanan yang senang dan cepat untuk disediakan. Lama dok termenung ... tetiba datang idea ni! Ahaaaa aku dah dapat! Nasi Lemak Sardin Cincuan. Nasi lemak tu ramai yang dah tahu cara membuatnya kan, so aku nak kongsikan lauknye aje la ye .... Sardin Cincuan ^^

Korang suka makan ikan sardin tak? Bagi yang suka bolehlah try resepi ni untuk berbuka atau sahur nanti. Senang je ... mudah je ... tapi sedaaappppp! hehe




Sardin Cincuan

Bahan-bahan :

1 tin ikan sardin - aku beli cap Ayam Brand
1 biji bawang besar - dihiris
1 biji kentang - dipotong panjang
3 biji cili padi - diketuk
halia -  sebesar ibu jari
air asam jawa - agak2 nak kuah banyak mana
minyak masak
garam secukup rasa


Cara-cara :

1. Panaskan periuk dan tuang minyak. Tumis bawang besar, halia dan cili padi sehingga naik bau wangi. Masukkan kentang dan kacau dengan api sederhana

2. Masukkan ikan sardin bersama sosnya ke dalam periuk. Kacau perlahan

3. Masukkan air asam jawa dan kacau rata. Biarkan ia mendidih seketika sehingga kentang tadi lembut

4. Letak garam secukup rasa. Siap untuk dihidang! ^^


Haaaa senang je kan! Yang suka tomato boleh tukarkan dengan kentang. Yang nak kuah banyak boleh tambahkan sedikit lagi air. Sardin Cincuan ni aku buat lauk untuk nasi lemak gantikan sambal. Universalnya Sardin Cincuan ni, ia boleh 'masuk' dengan apa saja makanan. Dan 'regu' bagi Sardin Cincuan ini ialah telur dadar! Ada dua lauk ni, aku tak pandang lain dah ... cukuplah dengan nasi panas panas perghhhh menambah-nambah aku makan! hehe ...

So korang jangan lupa masak yek. Selamat mencuba! ^^


5 comments:

  1. Lamanya tak makan sardinnnnn..terliur tengok ni!

    ReplyDelete
  2. letak la cili padi merah .. berapi gitu hahahaha .. tk letak daun limau eh

    ReplyDelete
  3. lama betul akak tak makan sardin ni..makan nasi panas2 ni memang sedap

    ReplyDelete
  4. adoii..baca entry hanim ni, time ptg2 gini..saya boleh imagine ghupa dia..menguji keimanan sungguh...haha

    ReplyDelete
  5. Sardin nI pembuka selera...especially time sahur kan..

    ReplyDelete

Apa kata korang?