Lauk Ramadan - Resipi Spaghetti Tomyam

Friday, June 10, 2016


Assalamualaikum!


Masih tak 'lalu' nak makan nasi. Tak tahulah kenapa tekak kami ni takmo terima nasi dalam bulan puasa ni. Tambah kalau sahur huhu. Mungkin kalau balik kampung berbuka dengan mak dan abah baru ada selera kot hehe. Semalam kat opis dah plan nak masak apa untuk berbuka. Siap pesan kat cik abe turun bas sat gi nak singgah kedai nak beli barang nak masak tomyam. Sekali masa dalam LRT dapat call dari suami, "abg dah siap masak tomyam dah ..." woww bertambah sayang kalau hari-hari macam ni hahaha :p

Dalam kepala ni dah ada idea dah, tomyam tu boleh makan ngan nasi atau mee atau meehoon. Masak banyak sikit, boleh dijadikan sebagai lauk sahur jugak. Rupa-rupanya ada yang request nak makan tomyam jugak hehe ... sapa lagi kalau bukan si sulung kami la ... hehehe.

Cakap pasal anak-anak, alhamdulillah dah dua hari kakak dan adik berpuasa penuh. Walaupun hari pertama dan kedua diaorang puasa sekerat, tapi ok la tu kan. Bila diaorang berjaya puasa penuh tu, ada reward la atas usaha berpuasa tadi. Reward dia tak lain tak bukan ... gi bazar! heee. Takpe, meraikan anak-anak dengan makanan yang diaorang suka sekali sekala ... no hal la!





Tapi memasak itu WAJIB! Macam semalam, Pak Jelan sekali lagi telah menunjukkan kemahiran masterchef dia dengan menu tomyam! Aku ingat nak tomyam daging, kakak nak tomyam ayam ... last last dia masuk ayam dan daging sekali dalam tu hahaha ... senang cerita!

Haa ok cukuplah berceloteh tu Puan Hanim, moh kita kongsi resipi spaghetti tomyam air tangan cik abe semalam ^^


Spaghetti Tomyam

Bahan-bahan :

ayam - separuh bahagian (ikut suka nak banyak mana)
daging - separuh bahagian (ikut suka nak banyak mana)
1 biji bawang besar - dihiris 
5 biji bawang putih - dihiris halus
1 batang lobak merah
1 biji tomato merah
1/2 kobis cina - dipotong kecil
1 paket perencah tomyam ADABI
daun limau purut
garam secukup rasa


Cara-caranya :

1. Panaskan periuk, tumis bawang besar, bawang putih dan daun limau purut dulu sehingga keperangan sikit. Kemudian masukkan ayam dan daging yang telah dibersihkan. Kacau rata selama 10-20 minit untuk empukkan daging tu.

2. Sediakan perencah tomyam dalam mangkuk kecil, tuang ke dalam periuk dan tambahkan air ikut sukatan yang sesuai. Gaul rata sampai mendidih dan jangan berhenti.

3. Masukkan kobis cina dan lobak merah yang dipotong kecil tadi. Biarkan ia mendidih lagi. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

4. Last sekali, tutup api dan masukkan tomato yang dipotong ke dalam periuk. Kalau masuk awal-awal nanti tomato tu 'lunyai' sebab panas sangat.

5. Siap untuk dimakan! 




Dia tak lupa nak beli barang nak masak tomyam, tapi dia lupa nak beli meehoon/mee hehe ... tapi takpe, kita gunakan aje spaghetti yang memang dah ada kat rumah tu. Makan ngan spagehtti pun sodap! Balik rumah aku terus ke dapur rebus spaghetti. Kiranya ada gak la air tangan aku kan ngeee :D 

Resipi ni aku ikut sebiji macam yang dia buat semalam. Orang lelaki ni cara memasak dia kengkadang nampak macam mengarut je, tapi hasilnya wallahi ... manyak puas hati lah! :D 

So, hargailah suami anda yang pandai masak hehe ... rasanya lebih ramai dah lelaki yang boleh masak sekarang ni kan. Dia masak, kita kemaskan dapur, cuci pinggan buatkan air tuk dia. Yang tak berapa nak pandai tu, suh dia plak cuci pinggan kemaskan dapur .... ok tak? hehehe ...


Selamat mencuba! ^^

You Might Also Like

9 pengomen comel

  1. Akak x pernah Makan spaghetti tom yam..but good try..boleh Cuba nanti

    ReplyDelete
  2. wah..tk pernah buat spaghetti tomyam ni..masa puasa ke dua akak buat menu toyam...nyumm..nyum..hhehehe

    ReplyDelete
  3. Lamanya tak makan tomyam ... nampak ni tetiba teringin pulak

    ReplyDelete
  4. Perghhh sedapnyaaa tomyammm! Petang ni rasa nak masak camni la.. Thanks kak , minta resepi ye.. Nak buat rujukkan

    ReplyDelete
  5. Kreatif gak makan tomyam ngan spageti.. Tak pernah pulak terfikir.. Hehe.. Terliur aihh..
    RosmizaAli.Com

    ReplyDelete
  6. nampak sedap betul tuh... boleh cuba resepi ni untuk hari Isnin...

    ReplyDelete
  7. untung la demooooo tok laki pandai masak,tok laki ambe gak kedai je la buleh harap hahahhaha

    ReplyDelete
  8. kali pertama dengar resepi ni kak.. nak cuba la nanti

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM