Wednesday, June 01, 2016

# Cerita My Pearls # Cuti Sekolah

Outing 3 Beranak!


Assalamualaikum!

Cuti sekolah dah bermula, kalau ikutkan perancangan awal memang nak balik kampung. Tapi akibat beberapa perkara yang tak boleh dielakkan berlaku di saat-saat terakhir, aku pasrah je la. Kebetulan minggu tu aku ada event kat Sunway Pyramid, so inilah masa yang aku ada untuk luangkan dengan kakak dan adik ...

Start awal tahun kami semua sibuk. Yang tua sibuk ngan kerja hakiki, yang muda sibuk dengan sekolah dan aktiviti. Tahun ni pun aku tak banyak join event. Terpaksa tolak jemputan walaupun dalam hati meronta-ronta nak pergi ... haha! Memilih pun ye jugak, sebab aku takmo 'tamak' kaut semua macam tahun-tahun lepas. Mana nak kejar kerja, mana nak kejar anak-anak, mana nak kejar kerja rumah ... so memang kena 'berkorban' la bab ni huhu. Tapi kalau kena dengan tarikh, masa dan lokasi yang ada pengangkutan awam ... aku tak menolak!




Sebenarnya, aku dah lama praktikkan naik pengangkutan awam kalau pergi mana-mana event. Selagi lokasi tu ada kemudahan bas atau train, aku akan gunakan sebaiknya! hehe ... aku lebih senang begini, walaupun terpaksa set masa 2-3 jam lebih awal untuk sampai ke destinasi. Sebab tu, malam sebelumnya aku dah 'briefing' siap-siap kat kakak dan adik yang kita akan pergi Sunway Pyramid naik bas, teksi dan LRT!

Diaorang jangan cakap la ... memang suka bab-bab naik bas ni! huhu ...




Sebelum ni pun aku takda masalah nak pergi sana walaupun dengan pengangkutan awam, so kali ni aku konfiden nak bawa kakak dan adik bersama. Mungkin betul jugak cakap orang, besar kakak dan adik ni kalau bawa gi jenjalan memang takda masalah. Tak seperti kalau kita bawa anak-anak kecil umur 3-4 tahun.

Alhamdulillah setakat ni memang takda masalah bawa dua beradik ni naik bas ke, train ke, teksi ke. Cuma kadang-kadang tu menyinga gak la kalau diaorang ada yang merengek tak tentu pasal *jelingkatMira* hahaha ....

Pagi tu, kami naik bas dulu. Kemudian naik LRT sampai Taman Jaya. Tau dah, kalau naik LRT mesti dia nak berdiri/duduk kat coach hujung sekali hehe. Sampai Taman Jaya, kami naik teksi sekejap sampai depan Hotel Hilton. Kesian pulak nak jalan kaki dari LRT tu, sebab masa ni matahari dah terik. Kalau aku berjalan sorang takpe ... ni bawa anak-anak, kena fikir jugak kan. Mira tu kalau jalan jauh sikit mula la lenguh-lenguh kaki huhu ....




Dari PJ, kami naik bas 771 ke Sunway Pyramid. Eh, aku bukan pro sangat bab-bab macam ni hehe memang kena study dulu sebelum nak pergi ke sesuatu lokasi tu. Memang aku dah google awal-awal bas mana boleh naik, tunggu kat mana dan dia berhenti di mana. Jenuh gak sat gi kalau kena berjalan kaki. Tapi bas ni memang berhenti depan Sunway Pyramid, so Mira memang happy bila nampak 'singa duduk' dari jalan besar hehe ...

Kami sampai awal pagi tu, so memang tak ramai orang lagi masa ni. Kebetulan ada nampak pameran LEGO kat ruang legar utama pintu masuk tu, terus ajak diaorang bergambar! :p




Kakak biasa la .. kalau tak disuruh bergambar memang takkan la dia nak 'serah' diri dengan rela. Mujur masa ni orang tak ramai lagi, so selesa la sikit dia nak senyum tepi patung LEGO tu haha .. :p

Selain tu, ada juga pameran LEGO miniature seperti dalam peti kaca ni. Tema Star Wars pulak tu, seronokla tengok kapal angkasa dengan askar-askar kenit kat situ ..










Dah habis event, aku tanya diaorang nak kemana lagi lepas ni. Diaorang cakap nak jenjalan dalam Sunway Pyramid tu, keluar masuk kedai haha ..ok la, ibu memang niat nak bagi kakak dan adik jalan puas-puas, walaupun kita tak shopping haha ... tapi at least kakak dan adik dapat la tengok barang-barang yang diaorang suka huhu ....

Tapi sebelum tu, aku tapaukan juga Dunkin Donuts .. boleh berhenti makan kalau lapar atau penat berjalan. Ishh penat jugak berjalan dalam tu weh ... kitaorang berapa kali berhenti minum air tau, asal jumpa kerusi je duduk, asal jumpa bangku je duduk hahaha ;p




Turun tingkat LG2/LG3, diaorang dah nampak benda alah ni! Aiseyyy .. tau dah apa diaorang nak ni huhu. Takpela, anak-anak punya pasal ... diaorang pun dah lama tak main game macam ni. Layankan aje la yek ...

Yang tangkap ikan kat atas tu, sebenarnya Mira yang nak main. tapi kakaknya pulak yang sibuk nak nolong hehe...




Memula kakak nak naik kereta yang boleh berlanggar-langgar tu, tapi staf situ cakap kena ukur ketinggian yang sesuai baru boleh naik. Alangkah kecewanya dia bila tak capai tinggi yang diperlukan huhu ... tu la ibu dah cakap makan sayur, makan buah-buahan supaya boleh tinggi macam ibu haha ...

Akhirnya, aku suruh diaorang naik FLYING STICK HAMMER ni la. Orang dewasa dan kanak-kanak pun boleh naik ni. Seronok gak la ... tapi kakak agak takut bila benda tu hayun laju hehe .. yang Mira selamba dia je la ...




Pastu kita sambung jenjalan lagi, kali ni aku nampak ada SALE kat The Body Shop! Try la masuk nak tengok apa yang salenya sampai orang ramai kerumun situ. Rupanya sale untuk pemegang kad HSBC (or CIMB .. dah lupa) je. Yang aku sedihnya, kakak dan adik terus tarik tangan aku suruh pergi kat tempat MAKEUP! Tempat makeup ok! T_T 

Tengok muka masing-masing teruja giler bila dapat pegang tester kat situ. Ya Allah .. dah besar dah anak-anak ibu ni. Dah pandai amik cuba itu dan ini kat muka sendiri. Ibu mampu perhati je la, tak tau nak rasa happy atau sedih masa ni hahaha ... napela cepat nau korang membesar ni!>.<



sedang mencuba tester eye shadow ... haha :p


Macam tak percaya je anak-anak aku ni suka kat barang makeup. Tau la diaorang pempuan, tapi terlalu awal kot! Yang pastinya bukan aku pengaruh diaorang, aku sendiri pun tak pandai nak bermakeup haha. Takat bedak tu bolehla, gincu pun jarang sangat nak calit kat bibir ni >.<

Dah puas jenjalan, dua beradik tu pun dah lenguh lenguh penat maka jom la kita pulang ke 'sarang'. Balik pun naik train dan bas je. 



Spot kegemaran Mira. 
Ngantuk dah tu, tudung pun dah terbang ke mana dah. 
Kakak masa ni dah lentok kat lengan aku hehe :p


Lepas turun LRT, sementara tunggu bas nak balik ada seekor kucing dok lepak baikkkkk punya dekat dengan tangga. Kakak kan 'alergik' dengan kucing ni ... pantang nampak yang manja, yang comel mula la dia gatal tangan nak mengusik 'orang' tu. Segar terus biji mata! :D




Redha je kucing tu kena 'gomol' ngan kakak. Punyela pemalas kucing ni, orang geletek macam mana pun dia tetap tidur je! haha ... memang lagi syok la kawan tu 'kerjakan' kucing tu :p

Hurmm ... harap kakak dan adik happy la hari tu dapat jenjalan ngan ibu. Tapi ibu masih berharap kita semua dapat balik kampung, sebab ibu pun rindu tak sabar nak jumpa wan ngan atok! Cuma kita kena bersabar la sikit ye sayang ... doa pada Allah moga kereta dapat dibaikpulih semula hukhuk ...


5 comments:

  1. alahai..seronoknya dapat spend time together like this.. huhuhu teringin tapi dah besar panjang...

    ReplyDelete
  2. pengangkutan awam kita semakin lama semakin baik (walaupun belum tahap terbaik) jadi dengan mendidik kanak2 untuk biasa dengan pengangkutan awam nie adalah satu tindakkan bijak..sekurang2 bila dah besar nanti dorang ada option nak guna public transport atau nak guna kenderaan sendiri untuk menuju kesatu satu destinasi..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  3. syoknya dpt outing sesama mcm ni...

    ReplyDelete
  4. macam-macam ada ye..last wk mummy superbusy.. tak sempat ke pyramid ni

    ReplyDelete

Apa kata korang?