Thursday, June 23, 2016

# Ramadhan # Resepi

Lauk Ramadan - Resepi Kari Ikan Pari Style Mamak


Assalamualaikum!


Dari kecil kalau mak masak kari apa pun, mesti letak santan. Mak kata tak letak santan tak sedap! haha memang betul mak, sebab kami sekeluarga dah terbiasa makan kari yang ada santan kelapa. Tapi bila dah kahwin dengan orang utara, baru tahu diaorang masak kari tak guna santan! huhu ....

Aku cakap ni jangan gelak pulak ye, tapi kalau mamak masak kari tak letak santan aku boleh terima lagi, cuma tak pernah lagi jumpa Melayu masak kari tak guna santan hahaha. Dah kahwin baru tau keluarga mertua makan kari tak letak santan hahahaha ...adehhh. Aku ingat lagi kali pertama tengok kak ipar aku masak kari ikan kepala nyut nyut masuk bawang masuk rempah masuk ikan tapi takda santan! Alamakkk ..sedap ke tak letak santan ni? Cayaq semacam je kuah dia. Tapi bila aku makan ... fuh terangkat kari dia! :)

Biasa kalau masak kari ikan takda santan ni, aku serahkan aje pada suami tapi hari tu aku nak cuba sendiri la masak kari style mamak ni ... jom kita skodeng resepi! ;)




Kari Ikan Pari Style Mamak (Takda Santan)

Bahan-bahan :  

800gm ikan pari - dipotong kepada beberapa bahagian
5 biji bawang merah - dihiris halus
5 biji bawang putih - dihiris halus
2 tangkai daun kari (aku tak guna daun kari sebab terlupa nak beli hahaha)
1 biji tomato - dipotong 4
7 batang bendi (boleh guna terung) - dipotong kepala dan ekornya
1 1/2 paket rempah kari ikan - aku guna rempah BABAS
3 sudu rempah serbuk cili - aku guna rempah BABAS
1 asam keping
air masak
minyak untuk tumis
garam secukup rasa

Cara-caranya :

1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang merah dan bawang putih bersama dengan daun kari sampai naik bau. Sementara tu sediakan rempah kari dan serbuk cili dalam satu bekas dan dicampur dengan sedikit air

2. Bila dah naik bau wangi, masukkan campuran rempah dan serbuk cili dan gaul rata dalam api sederhana. Kacau hingga pecah minyak, kemudian masukkan ikan pari yang telah dibersihkan dan ratakan perlahan-lahan. Sebatikan rempah dengan ikan

3. Campurkan air masak ke dalam periuk dan kacau lagi. Korang agak-agak la nak kuah banyak mana supaya sesuai dengan kepekatan rempahnya. Masukkan bendi dan biarkan ia mendidih seketika

4. Masukkan asam keping dan tambah garam secukup rasa. Bila bendi dah lembut boleh tutup api. Masukkan tomato dan siap dihidang untuk berbuka!

Aku suka guna ikan pari sebab ikan ni takda tulang halus. Anak-anak suka makan sebab isinya lembut dan tebal. Paling best aku tak perlu menyiang perut ikan hahaha... Lauk pun jadi lebih tahan lama sebab tak guna santan kan. 

Alhamdulillah percubaan pertama aku masak kari ikan takda santan menjadi! Sedap dimakan dengan nasi panas dan telur dadar goreng ....fuh korang try masak yek ;)

Selamat mencuba! ^^


5 comments:

  1. Sedapnya kari Ikan Pari...lama x Makan..

    ReplyDelete
  2. xberapa suka mkn ikan pari..tapi resepi kari ni memang nampak sedappp

    ReplyDelete
  3. nampak sedap..saya suka kari ikan

    ReplyDelete

Apa kata korang?