Friday, June 24, 2016

# Diari Ramadhan Kenit # Resepi

Lauk Ramadan - Resepi Mudah Sotong Goreng Berempah


Assalamualaikum!


Cuti minggu lepas kakak request nasi lemak lagi untuk berbuka. Hari tu aku masak, dia punya makan perghhh menambah sampai 3 kali! Serius aku tak tipu ... kakak kalau dia suka satu satu makanan tu dia akan tambah berkali-kali sampai kenyang. Takut pula aku tengok dia makan ..macam nak meletop perut tu dah hehehe ...

Tapi aku tak buat sebab hari tu dah masak lauk lain untuk berbuka. So, semalam la aku masak. Turun je dari bas terus berdesup ke kedai runcit beli bahan-bahan nak buat nasi lemak. Dalam kepala ni dah terbayang sambal sotong ... tapi sambal anak-anak tak makan pulak! Nampak kaler merah konfirm diaorang tak sentuh punya. Sekali aku nampak ....P.E.T.A.I!

Wahhhh petaiiiiiii ...haaaa aku ada idea! Apa kata aku masak sambal ikan bilis petai dan sotong goreng berempah! Nasi lemak kalau takda sambal tak best betoi dak! Sotong goreng berempah tu pulak tak pedas, memang sesuai untuk budak-budak ni makan! Haaaaaaa .... geliga jugak otak ko Nim! hahahaha :p

Sambal petai ikan bilis tu nanti aku cerita lain, sekarang jom skodeng resepi sotong goreng berempah aku ni ;)




Sotong Goreng Berempah

Bahan-bahan :

5 ekor sotong - saiz sederhana besar
1 biji bawang besar - dihiris
1 biji cili merah - dihiris
1/2 paket rempah ikan - aku guna rempah TANJONG
1 biji tomato - dipotong 8
minyak masak untuk menumis
garam secukup rasa


Cara-caranya :

1. Bersihkan sotong dan potong pada bahagian yang lebih kecil. Kalau korang suka telur sotong, boleh masukkan sekali. Panas kuali dengan minyak pada api sederhana, tumis dulu bawang besar dan cili merah sehingga naik bau

2. Sementara tu, gaulkan sotong dan rempah ikan dalam satu bekas. Ratakan rempah di seluruhnya, tak perlu tambah air tau biar dia melekat kat sotong. Bila bawang dah keperangan sikit, masukkan sotong yang dah digaul tadi ke dalam kuali dan kacau rata

3. Bila dah sebati, tambah sedikit je air masak untuk kasi berair sikit. Tambah sikit je jangan banyak tau! Masukkan tomato dan garam secukup rasa. Kacau lagi sehingga mendidih dan sotong masak

4. Tutup api dan siap untuk dihidang!

Ringkas kan! Orang bujang pun boleh buat lauk ni. Makan ngan nasi kosong pun boleh tau. Kalau korang taknak guna sotong, boleh guna udang atau ayam. Semalam aku bagi kakak cuba makan sotong ni ngan nasi lemak ... perghhh takut tengok dia makan hahaha malam tu kul 10 dia repeat makan nasi lemak dengan lauk ni lagi .... heeee :D

Selamat mencuba! ^^

6 comments:

  1. menu yang muah untuk disediakan...

    ReplyDelete
  2. hemmm.. suka sangat dgn menu2 beasaskan sotong ni. I like sangat2 tau.

    ReplyDelete
  3. Moon mmg suka sotong tau ...masak la apa apa pun ....tapi bila tgk entry Anim ni terus rasa cam nak gie beli sotong utk berbuka nanti

    ReplyDelete
  4. Nampak mudah dan menarik..boleh try ni

    ReplyDelete

Apa kata korang?