Friday, June 17, 2016

# Selera Kenit # Story Kenit

Spaghetti Carbonara Sambal Telur


Assalamualaikum!


Kalau dah perut Melayu ... makan mesti nak kena ada lauk Melayu jugak! Dah la nasi tak berapa nak telan time berbuka, time sahur lagi la tak lalu. Sebenarnya aku rindukan mak dan masakan mak. Tapi masih tak berkesempatan lagi nak pulang ke kampung berbuka puasa ngan mak dan abah. Kerete baru je 'baik', kena tunggu lepas gaji la ...insyaAllah..

Demi mengubat rinduku pada masakan mak, aku pun masakla sambal telur ..hehe. Lauk simple lagi mudah tapi berselera bila makan! Tapi nak lagi sedap aku kombinasikan dengan spaghetti carbonara yang aku masak untuk anak-anak. Diaorang kan tak suka makan pedas ... kalau nampak kaler 'merah' kang mula la si Mira menggeleng takmo makan ...huh




Sedap ko! Dengan rasa lemak berkrim sos carbonara tu ditambah dengan kepedasan sederhana sambal telurku memang terangkat selera baq hang! Tak percaya? korang cuba la buat dan makan sekali. Takyah makan ngan nasi pun takpe hehe ....

Sambal telur aku simple je, guna bawang besar, cili kisar dan air asam jawa sikit. Tambah garam dan siap! hahaha memang lauk bujang sungguh! :p


4 comments:

  1. lamanya tak buat carbonara ni..tapi tekak melayu tu..ada pulak sambal telur kan..heheh

    ReplyDelete
  2. Bolehlah dicuba lepas ni .. 😊

    ReplyDelete
  3. fuhhhh terliuq sungguh tu baq hang ^_^

    ReplyDelete

Apa kata korang?