Omak ...

Thursday, July 21, 2016


Assalamualaikum!


Biasa pagi-pagi dalam kul 7 lebih, time matahari baru nak menjengah naik ke langit tu kan time ni la aku akan stenbai kat luar rumah dengan getah paip siram pokok-pokok bunga mak yang dalam pasu. Kalau aku takda, maka mak la yang siram setiap pagi sebelum pergi ke reban ayam.

Begitulah rutin harian mak di rumah, menyinggah dulu rumah bukan pintu reban 'anak-anak angkat' dia tu, pastu menyapu di laman dan siram pokok bunga. Kemudian, pergi cuci reban pulak. Harapkan aku je la bila balik, barulah ringan sikit kerja rumah dia.







Beberapa hari lepas tergerak hati aku nak tepon mak. Rupanya satu hari, mak citer mak jatuh kerusi masa solat Subuh. Allahurobbi ... ! Kerusi tu patah dia punya besi pendokong tu, tak stabil lalu mak jatuh ketika nak sujud rakaat kedua. Dia kata dah sapu minyak gamat tapi sakit tu ada lagi ... bila nak ambik wudhu dan bila berjalan tu terasa 'tempang'nya. Abah pulak time tu baru lepas solat gak dok mengaji dalam bilik lain .. katanya ada dengar bunyi jatuh bedepom ... ingatkan ape la, rupanya mak T_T

Terus aku tak bagi mak buat keje berat dah! Reban ayam tu kalau tak cuci 2-3 hari ni pun takpe la. Takkan kaki sakit nak pergi buat keje jugak. Abah? dia memang takkan usik itu reban ayam hehe ... kang terbang habis semua ayam mak kalau abah buka pintu reban :p






Inilah 'anak-anak angkat' kesayangan mak sekarang. Bertahun-tahun bela, cukup kasih sayang cukup makan cukup tempat tinggal! Bela dalam pagar, tak pernah kasi lepas. Makan pun nasi yang mak masak ok! Ada beras khas pulak untuk dia tuuuuu! Yang kecik-kecik dipasangkan jaring untuk elak nyamuk masuk malam malam. Siap mak letak ubat nyamuk lagi tau! Perghhh ... kalau korang tengok cara mak den bela ayam, korang mesti geleng kepala hahaha :p

Sampai abah cakap, ni kalau bela orang pun dah boleh pergi sekolah dah tau hehehe. Kos hidup sara ayam-ayam ni memang tak masuk dek akal ...tapi tu la, sesempit mana pun tetap ada rezeki untuk mak dan abah. Kadang-kadang ada orang nak beli ayam kampung segar, dan kadang-kadang buat makan untuk tetamu tak kira kawan atau sedara mara.




Moga mak beransur pulih dan hilang sakitnya tu. Aku suruh dia sapu minyak panas je kalau takmo diurut. Biarlah ayam-ayam tu tak 'mandi' dua tiga hari ni ... bagi mak berehat sehingga sakit di kaki tu hilang. 

Bila tengok mak, mesti teringat arwah wan Rembau. Mak ikut sebiji muka arwah wan, dengan pipi pipinye, dengan montelnye dengan remannye ... hehehe. Sehingga ke akhir hayat arwah wan aku tak dapat nak jumpa ... bukan sebab tak mahu. Tapi sebab .... tutttttttt! Sekarang pun arwah dah takda ... lagi takda sebab aku nak balik sana.


You Might Also Like

14 pengomen comel

  1. semoga makcik cepat sembuh....orang tua ni memang tak boleh duduk saja, tak kenal penat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaminnn ya rabbal alamin. Memang pun ... katanya sakit sikit je T_T

      Delete
  2. Moga mak hanim kembali sihat .

    hurmm.. fiza rindu ayam itik nenek.. rindu pokok2 bunga mekar yang nenek tanam banyak2 tepi pagar .. Semua dah takde, musnah dalam banjir 2014 :( .

    tapi skrg walaupun ayam itik dan takde, yang ada balik dan sedang nak mekar, bunga2 yang nenek tanam lepas dapat rumah baru skrg.hihi.Orang tua kan.. semua tu hiburan untuk mereka :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaminn ya rabbal alamin...

      betul fiza ...ayam, kebun, pokok bunga tu la penghibur diaorang di kala kesunyian. Ada jugak la benda nak dilayan katanya hehehe

      Delete
  3. Tak rugi buat semua rutin seperti yg mak buat tu
    Cuma bila dah tak sihat kenalah rehat utk sementara
    Keluarga kakak memang lebih suka ayam kampung dari beli yg kat pasar. Jarang beli ayam pasar tu sebab rumah kampung kakak dan abang meamng ada bela banyak-banyak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kak ... dia kata kalau buat kerja tu rasa cergas badan tu. Setiap hari ada benda nak dibuat, takda la asyik nak tengok tv tengok bantal je hehehehe

      Delete
  4. nasib baik tak teruk.
    sakit tu jatuh kerusi.
    semoga cepat sembuh.
    sejuk perut makcik ada anak dia ni ha
    bleh buat contoh untuk anak-anak dara tu.

    ReplyDelete
  5. Semoga makcik cepat sembuh, Amin~

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaminn yarabbal alaminn ..terima kasih :)

      Delete
  6. semoga lekas sembuh,itu la org tua kan,abah sue plak memang dari kami kecik pelihara ayam kg sampai 80-100 ekor ada cina dtang amik kat umah rebus ngan ginseng,supplier la kiranya.
    eh sedapnya ayam kampung goreng garing ngan bawang -tetiba- hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaminn ..tq sue. Hahahaha tetiba plak idea datang mencurah2 ye hahah :p

      Delete
  7. Moga cepat sembuh Mak Anim ya...Biasa la Nim mak mak kat kg mmg suka bela ayam..hehehe..sama ngan mak kak lya gak..

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM