Serasi Guna Velvet Radiance Serum 4 dalam 1 Ni!

Wednesday, July 20, 2016


Assalamualaikum!


Rutin penjagaan kulit wajah memang jadi satu kemestian bagi setiap lelaki dan wanita di zaman ini! Walau sesibuk mana pun kita, kulit wajah perlu sentiasa dibelai dan dirawat untuk dapatkan hasil yang cantik dan sihat.


Untuk kulit yang berminyak macam aku ni, memang kena cerewet bila memilih produk wajah. Tapi kan baru-baru ni aku ada try satu serum yang memang 'ngam' dan serasi dengan kulit aku. Baru tak baru gak la ... dalam bulan puasa lepas ;) 




Walaupun aku bukan jenis 'kaki' makeup, tapi itu bukan bermakna aku tak perlu risau pasal penjagaan kulit wajah. Kulit jenis berminyak dan berjerawat lagi la kena sensitif dan perlu sentiasa diberi perhatian kan. So, bila aku dengar pasal kelebihan Velvet Radiance Serum ni ... haruslah cuba dulu kan  ;)

Velvet Radiance Serum 4 dalam 1

Velvet Radiance Serum ini mempunyai 4 fungsi dalam 1 botol. Ia boleh digunakan sebagai :
    • Toner (penyegar)
    • Serum
    • Moisturizer (pelembap)
    • Sunblock (pelindung matahari)

Ia bertindak dalam 3 cara iaitu :
    • Repair (Memulih)
    • Renew (Memperbaharui)
    • Restore (Mengembalikan)

Kandungan Dalam Velvet Radiance Serum 
  • Vitamin C
  • Apple stem cell
  • Ekstrak teh hijau
  • Likuoris ( Akar manis )
  • Lemon
  • Kolagen ikan salmon
  • Natrium PCA
  • Panthenol

Keistimewaan Velvet Radiance Serum

Diformulasikan dengan kolagen Salmon dan stem sel epal, ia bertindak:
  • Sebagai sunblock 50 SPF
  • Membuat struktur kulit lebih anjal.
  • Melembabkan kulit wajah.
  • Menyamarkan kedutan pada wajah hingga leher.
  • Mencegah penuaan.  
  • Menghaluskan serta mencerahkan warna kulit.
  • Memberikan sensasi kulit bersinar yg lebih cerah.
  • Menutrisikan kulit.
  • Mencegah pengaruh buruk polusi udara dan sinar matahari.




Cara Penggunaan Velvet Radiance Serum



Mudah je! Cuci muka dan lap kering. Picitkan 2 kali di tapak tangan dan sapukan ke seluruh muka dan leher setiap pagi dan malam sebelum tidur atau bila-bila masa. Pagi sebelum nak pakai bedak tu, aku guna serum ni dulu :D





Serum ni cepat meresap ke dalam kulit dan tak melekit sebab ia water based. Lelaki dan wanita boleh guna, dan sesuai untuk semua jenis kulit. Masalah kulit seperti jerawat, kulit kusam, berminyak, tona tak sekata dan jeragat memang sesuai la pakai Velvet Radiance Serum ni.

Disebabkan senang nak guna, maka aku jadi bertambah rajin dan bersemangat la nak gunakan setiap hari. Senang pulak tu nak bawa ke mana-mana, so memang setia dalam beg aku le hehe ;)

Lepas guna Velvet Radiance Serum ...

Sebelum ni, bangun pagi muka mesti berminyak. Bila duduk kat pejabat, kulit aku jadi kering dan kusam sebab terlampau sejuk!

Tapi sejak aku guna Velvet Radiance Serum ni setiap hari pagi dan malam ... bangun pagi muka tak berminyak! Kat pejabat, kulit kekal lembap walaupun buat kerja dalam air-cond. Kalau berjalan di luar pun aku tak risau, sebab serum ni ada sunblock SPF 50 yang boleh lindungi kulit dari sinaran uv matahari. Takda lagi kulit 'berkilat' disebabkan berminyak, sebaliknya muka tampak glowing tanpa perlu makeup yang tebal. 






Dah la senang nak guna, rasa nyaman je bila sapu kat muka. Kulit kekal lembap walaupun seharian di pejabat yang sejuk, tambah bulan puasa pulak tu! Yang bestnya, kesan jerawat lama tu beransur hilang dan bila pegang pipi sendiri, terasa ...halussssss sangat! ;)


Alhamdulillah memang best dan serasi dengan kulit aku! Semangat nak cantik kembali membara haha :p Confirm Pak Jelan takkan berani membebel lagi kat aku dah lepas ni ngeeee :D


Dekat opis ni ada kawan yang aku dah bagi cuba serum ni, dan diaorang memang tertarik nak guna lagi. Tambah sekarang ni ada harga promosi sempena raya, rugila kalau tak rebut peluang sementara murah ni kan! ;)




Velvet Radiance Serum 30ml

vHarga (Normal Price) : RM 150
vHarga promosi sempena raya : RM100 (terhad kepada 100 botol yang pertama)

Nak tahu lanjut, korang boleh terjah link di bawah ni :


You Might Also Like

18 pengomen comel

  1. Bertindak 4 fungsi tu yg menarik juga ni..

    ReplyDelete
  2. suami dkna guna gak kak..hahaha..kemain suka dia.. dia tanya. lelaki boleh pakai ke? dah pakai tu, nampak kurang sikit jerawat kat muka

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tu tandanya memang serum ni serasi ngan kulit dia. Lelaki pempuan semua boleh guna :)

      Delete
  3. Kebanyakkan produk dah keluarkan serum untuk kulit kan... Menarik juga yang ni...

    ReplyDelete
  4. Hmmm banyak produk kecantikan sekarang. Untung la perempuan zaman sekarang boleh pilih yang terbaik untuk diri sendiri

    ReplyDelete
  5. Owh patutlah kulit kak nim dah makin mulusss.... Nak cuba gak lah

    ReplyDelete
  6. Betul kulit rasa lembab dan halus je... Parut jerawat pun dah makin kurang kelihatan...

    ReplyDelete
  7. Makin comel laa anim sekarang..pk nak usaha2 jugak laa produk ni..mana tau serasi nag kulit muka akak..tq anim infonyer..

    ReplyDelete
  8. 100 tu include postage ke :P tkda offer lagi ke kak nim haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak termasuk postage rasanya. Boleh rujuk kat link atas tu. Offer takat tu untuk raya hehe :)

      Delete
  9. Cantiknya botol dia.. Nampak exclusive sangat :)

    ReplyDelete
  10. Serum lg nudah kot.. bg yg nk cara mudah dapatkan serum velvet yg anim rekemen nih. Insya allah ok. Apa pun kena cuba cari produk yg serasi dgn kulit kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu PCL ... yang penting serasi dengan kulit kita :)

      Delete
  11. Macam best je produk ni. Sbb 4 dlm 1. Jimat pun jimat walau harganya agak mahal. Tp berbaloi.

    ReplyDelete
  12. fiza yang suka mekap ni lg la kene jaga muka. nampakk bestnyaa hanim guna :)

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM