ruangiklan
ruangiklan

Friday, July 22, 2016

Suntikan Imunisasi Murid Tahun 1 (2016) | Mira kena cucuk!


Assalamualaikum!


Dapat kiriman mesej WhatsApp dari cikgu kelas dia untuk 2 acara. Satu tentang suntikan imunisasi Tahun 1 hari Khamis dan satu lagi jamuan raya di sekolah hari Jumaat. Bila aku cakap, "esok nurse kena datang sekolah nak inject Mira tau", tak nampak pulak muka cuak ke ... takut ke ... nangis ke ... elok je dia ngunyah kuih donat dalam plastik tu. So ok le kan ...

Tapiiiiiiiii .... si kakak pulak selamba pi takutkan adik dia, cakap "habislaaa nanti adik kena cucuk ... sakitttttt!" dalam kereta. Kembang kempis hidung aku menahan geram! Tapi bila tengok Mira macam takda tindak balas je bila kakak dia cakap macam tu ..terus aku 'mati'kan niat nak marah kakak huhu ....



Mira yang muka tak nampak dalam gambar :p




Pagi tu cikgu dia hantar gambar kat group lagi. Alhamdulillah semua dah disuntik dengan vaksin time ni. Cikgu cakap semua murid bagus ..tak da sorang pun yang nangis hehe. Good girls! Dah kena cucuk baru boleh raya ... hehehe :D


JADUAL IMUNISASI KANAK-KANAK


sumber : myhealth.gov.my


  • BCG adalah Basile Calmette-Guerin, vaksin yang memberi perlindungan terhadap Tuberkulosis.
  • DTap adalah kombinasi vaksin yang memberi perlindungan terhadap Difteria, Tetanus dan Pertusis.
  • DT adalah dos booster yang memberi perlindungan terhadap Difteria dan Tetanus.
  • Hib adalah Haemophilus Influenzae type B.
  • MMR adalah Measles (campak),Mumps (beguk) dan Rubella.
  • MR adalah dos booster yang memberi perlindungan terhadap Measles (campak) dan Rubella.
  • JE adalah Japanese Encephalitis. Vaksin ini hanya diberikan di Sarawak.
  • HPV adalah Human Papillomavirus. Vaksin ini hanya untuk remaja perempuan 13 tahun. Dos 2 diberikan dalam tempoh 6 bulan selepas Dos 1.

Jadual imunisasi di atas ni boleh dijadikan sebagai rujukan untuk ibubapa yang baru menimang cahaya mata. Isu vaksin dan imunisasi ni pun boleh tahan hebat kontroversinya. Ada parents yang benarkan anak mereka disuntik, ada yang sebaliknya. Masing-masing ada hujah masing-masing pendapat sendiri, sampai bertekak dalam fb tu.

Ditambah pula pasal kes Difteria yang telah meragut beberapa kanak-kanak beberapa bulan lepas, lagi la aku risau! Kita ni dah la hidup dalam persekitaran tercemar setiap hari. Badan orang dewasa pun tak tahan, inikan pulak kanak-kanak. Isu halal haram itu dah ditentukan oleh JAKIM & Fatwa Kebangsaan, jadi yang lain tak perlulah nak persoal.  





Yesssss Mira officially dah merasa kena cucuk.  Dua kali cucuk katanya ... kiri dan kanan. Malam tu dia mengadu sakit sikit kat bahu tapi alhamdulillah anak ibu kuat! :)


1 comment:

  1. Hehehe aritu akif pon daa kena cucuk dua kali gak kiri kanan utk tahun 1..ok la tu Mira..Kena kuat tau..

    ReplyDelete

Apa kata korang?

Note: only a member of this blog may post a comment.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.