"Tak jatuh ... mana nak pandai dik!"

Friday, July 15, 2016


Assalamualaikum!


Raya ke 4 .. 

Time ni kami dok sibuk merendang di dapur untuk menyambut tetamu jauh bolah omak. Tetiba Mira datang dari belakang tunjuk siku berdarah sambil nangis nangis ....



"Tak jatuh mana nak pandai dik ..." Tu je aku jawabkan hehe. Bukan kali pertama dia jatuh basikal. Start basikal pink tu tertanggal roda kecik dia minggu lepas ... ada jugak 2-3 kali dia 'cium' jalan tar depan umah atok tu. Biasa naik basikal ada roda kecik tu, sekali yang ni takda dah ... memang payah la nak imbang badan bila kayuh tu. Luka pun kecik je ...halus nau! Tapi pedih tu yang buat dia nangis tu huhu ... macam aku jugak la kecik-kecik dulu kan hehe :p

Mira punya style kalau dia menangis sebab luka sikit atau disebabkan dia sendiri yang jatuh, memang aku tak berapa nak layankan sangat. Pujuk sikit, bawa gi cuci luka pastu suh dia amik minyak gamat sapu. Pas 2 jam kang dia bantai kayuh gak basikal tu ... mana serik! :p



lutut pun kono!


Jatuh basikal ... siku ngan lutut la yang selalunya kena 'cium' dulu. Jangan tanya kenapa tak pakai pelindung lutut dan tangan .. sebab memang takda! 

Kakak pun ada gak luka-luka sikit jatuh basikal aritu. Tapi dia tak nangis .. dia cuma bagitau je tempat mana dia luka huhu. Pastu sambung kayuh hehe ... nak jadi terer kayuh basikal 2 roda punya pasal, calar sikit ... takda masalah! :D




Berkat usaha gigih praktis kayuh basikal tanpa roda kecik tu selama seminggu, akhirnya dua-dua dah pandai kayuh dahhhhh! Pergi beraya umah mak long Dila dia, dibantainya main basikal dua pupu diaorang kat sana. Orang lain bergembira main bunga api ... dia dua beradik bergumbira berlumba basikal depan umah mak long dia huhu ... 

Bila dah 'ketagih' kayuh basikal ni ... mula la si sulung tu bisik kat telinga cakap kalau ibu ada duit lebih boleh tak belikan dia basikal 2 roda macam tu? haaaa assudoh! haha ... tanya kat sepupu aku berapa harga basikal macam tu ... dia jawab "dua ratus enam puluh ..." 

Whaaaaaattttt! T_T

You Might Also Like

3 pengomen comel

  1. sekejap je sakit akak, kanak2 nak membesar,,,

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.. tapi hati2 ye dik...

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..ala luka kecik jertu. kan seronok kalau kita pun ada semangat macam anak-anak ni bila buat sesuatu

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM