Tuesday, July 19, 2016

# Aidilfitri 2016 # Bila Balik Kampung

Tangan 'berseni' si anak dara ...


Assalamualaikum!


Setahu aku antara kami tiga beradik, akak aku je la yang terer melukis pun. Zaman aku sekolah dulu kalau ada homework Pendidikan Seni, memang akak aku la yang jadi tukang lukis gambar hehe. Kalau aku ... memang tak suka dan tak 'berseni' nak melukis apatah lagi gambar muka orang! huhu ...

Kagum seketika ... boleh tahan cantik lukisan anak dara ni. Mana dia belajar? Dah tentu kena ada minat kan, kalau tak minat mana kan hasilnya jadi secantik ini? :)




Menurut ayahnya, hobi dia memang suka melukis. Di rumah, inilah antara benda yang dia suka buat selain tengok drama citer Korea! Tu pun antara sebab yang selalu buat aku 'bergaduh' ngan Atin. Bila aku tanya apa yang best sangat dengan pelakon-pelakon rambut tutup mata tutup telinga tu, dia cakap sebab .... hensem!

Hensem mendenya, semua tu 'plastik' je haha ... tapi dia cakap ada yang semulajadi. Yang dia suka tu semua semulajadi hensem katanya hahaha ... bertuah punya anak buah! :p




Besar dah dia ..tahun ni amik PT3. Dekat nak sama tinggi ngan aku cuma 'kembang' tu dia lebih lagi dari aku ... hehehe :p

Walaupun kami jarang berjumpa dah sekarang, tapi tiap kali tengok muka dia aku akan terkenang masa dia kecik kecik dulu. Inilah pengarang jantung hati abah dan mak, cucu sulung dan anak buah sulung yang kami sayang even sampai sekarang ... walaupun dia dah malu-malu kucing nak bermesra macam dulu hehe ...




Raya tahun ni la aku perasan kakak semakin nak rapat dengan kakak Atin dia selain dengan kakak Syikin dia kat Perak. Mana kakak Atin dia pergi, mesti dia akan ikut. Kalau kakak Atin dia janji nak main basikal, sanggup dia tunggu orang tu! Tu sebab aku cakap ngan Atin, bila ko dah janji dengan kakak dan ko tak penuhi janji ... harus dia tuntut sampai ke bulan! hehe. 

Orang dah pandai nak berkawan ... gituleeeee :D


11 comments:

  1. mana satu anak dara tu ye..hihi..comel lukisan dia

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. harus kembang hidung dia kalau kena puji ni hehehehe

      Delete
  3. wahhhhh kita yg amik seni course pun tak pandai melukis how? hahahha

    ReplyDelete
  4. kreatifnya...boleh jadi pelukis nni

    ReplyDelete
  5. cantiknya lukisan..wah..boleh buat koleksi untuk dijual.

    ReplyDelete
  6. ok...
    ni mmg jeles.
    malu kita nk lukis pasni.

    ReplyDelete

Apa kata korang?