Friday, August 12, 2016

# Family # Something in my head

Abah ...


Assalamualaikum!


Di usianya yang dah menjangkau 66 tahun, alhamdulillah dia masih dikurniakan kesihatan yang baik walaupun kudratnya tidak lagi sekuat dulu. Sebenarnya, beberapa hari ni aku asyik teringatkan abah. Walaupun dia dah bebas dari 'najis' rokok sejak 3 tahun yang lalu, namun aku sentiasa bertanyakan perkembangan dia melalui mak di telefon.

Dan walaupun abah tidak mengalami penyakit serius, dia masih kena amik ubat darah tinggi dan menjalani pemeriksaan di klinik kesihatan berdekatan setiap beberapa bulan. Rutin ini telah pun bermula start abah keluar hospital.




Satu yang aku kagum ngan abah ... walaupun abah kuat merokok dulu tapi dia rajin berjogging dan kuat minum air masak. Bukan tu saje, dia rajin amik suplimen untuk kesihatan dalaman dan kecergasan. Kapsul bawang putih la, tablet zink dan kalsium la, kapsul misai kucing la. Yang tu dia memang cukup jaga. Kalau tengok dalam kereta dia tu, mesti ada berbotol air mineral di tempat duduk belakang. Kalau cuti, Taman Tasik Permaisuri atau Taman Tasik Titiwangsa tu la tempat dia mengeluarkan peluh berjogging petang petang. Tapi takdir Allah nak suruh berhenti merokok, maka hospital jugalah 'jawapan' untuk perokok tegar macam dia. 

Terkenang hari abah dimasukkan ke wad akibat sesak nafas ... T_T. Panggilan telefon ... suara abah yang tersekat-sekat ... anak-anak tiada di sisi ... rayuan dia minta aku hantarkan dia ke hospital masih aku ingat lagi. Terbayang dia tersandar di kerusi dalam wad kecemasan dengan badan lemah dan mata terbuka sedikit sambil menyedut oksigen sepenuh tenaga. Dalam hati aku hanya mampu merayu berdoa pada Allah ... tolong jangan amik abah sekarang T_T




Sebab tu tiap kali aku balik kampung, aku payah nak pergi mana-mana, jalan mana-mana. Banyak masa aku di umah tolong abah dan mak bersihkan kawasan sekeliling. Tolong diaorang mana yang termampu ... sebab takda orang lain yang boleh diharapkan.

Kadang-kadang aku terfikir ... cara macam mana aku nak bagitau aku sayang pada abah. Selain dari bawa abah ngan mak makan di restoran, bagi duit belanja, belikan baju dan sebagainya. Ada satu hari tu aku cuba nak urut kaki abah masa dia baring tengok tv. Aku pegang kaki dia dan tanya nak urut ke, terus riak wajah dia berubah ... barangkali terkejut kot kenapa anak dia buang tebiat nak urut kaki tetiba hehe ... 




Doa mak ngan abah masih lagi kami perlukan. Moga abah dan mak dipanjangkan umur, sihat dan dirahmati selalu. Cukuplah pengalaman lepas mengajar aku untuk lebih menghargai mereka selagi diri ini masih bernyawa. Tak mungkin dapat balas jasa dua insan ini sampai bila-bila ....

Buat arwah ayah Dkna, salam takziah dan kiriman al fatihah untuk ayah yang tercinta. Setiap orang laluan ujiannya tak sama. Namun, kalau yang bersangkut paut dengan ahli keluarga terdekat, memang perlukan kekuatan hati dan iman untuk menghadapinya.... wallahualam.


9 comments:

  1. Itulah dikatakan Ayah/abah/papa dan yg seangkatan.
    Kalau dah biasa diurut macam bapak kakak dah tak terkejut. Kami anak-anak sangat rapat hatta gunting kuku pun kami buatkan dari dulu lagi.

    Moga abah terus sihat..

    ReplyDelete
  2. syukur masih sihat, saya ayah dah tiada..sedihh

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam takziah dan alfatihah buat ayah kak nooraini ....

      Delete
  3. salam kak hanim, lama tak jenguk sini. heheh sihat? oh yaa, semoga makin sihat abahnyaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam ida ... alhamdulillah. Aaaminnn yarabbala alamin :)

      Delete
  4. semoga abah2 di dunia ni diberikan keberkatan dalam hidup. bersesuaian dengan apa yg mereka usahakan utk anak2 mereka. lebih lg. :')

    ReplyDelete

Apa kata korang?