Thursday, August 18, 2016

# Anything and Everything # Story Kenit

"Abg nak kahwin lagi tak?"


Assalamualaikum!


Soalan 'pembunuh' nombor satu wanita! hohoho ... haha. Gila punye soalan ... tapi tak dinafikan pernah menjadi topik kami suami isteri kalau berborak haha! Macam takda benda lain nak diborak yek ... tapi bukan la borak secara serius macam tu. Borak santai orang kata ... duduk berdua berborak pasal memori mula-mula kahwin, dapat anak pertama, dapat anak kedua, susah senang 10 tahun bersama blablabla ... lalu timbul la soalan 'manja' ni .... haha :p

"Abg nak kahwin lagi tak kalau diberi peluang?"

"Ishhh ... abg bukan jahat macam tu Hani. Abg takda niat langsung la nak buat macam tu. Cukuplah Hani ngan anak-anak jadi peneman abg dalam syurga nanti ..."

"Kahwin lagi tak bererti jahat. Itukan jodoh dan ketentuan Allah. Hani pun tak boleh elak kalau ditakdirkan kena ada 'partner' sorang lagi. Inikan pulak abg. Tu kan rahsia Allah ..kita tak tahu masa depan macam mana ... kannnn"

Hahaha pasrah gila bunyinya. Bersungguh dia geleng kepala mencebik takmo.  Walaupun aku tau dia bukan seorang yang jenis berharap isteri bagi 'greenlight' macam tu. Takpela kalau tak nak haha :p. 




Sebenarnya takut jugak ... gila tak takut! haha. Tapi bila aku terjumpa artikel ni kelmarin, aku mula terfikir ... nak ke dia kalau aku yang carikan? 

Tapi, bila fikir fikir balik ... rakan karib aku semua dah berkahwin. Fuhh selamattttttt!

Hahaha .... 


2 comments:

  1. Isu yang menakutkan..hohohooo..

    ReplyDelete
  2. Ssesekali tanya soalan cepu mas ye x...hahahaa

    ReplyDelete

Apa kata korang?