Monday, August 22, 2016

# Anything and Everything

Benar, 'KL bukan kita punya' !


Assalamualaikum!


Terkedu aku ... tapi itulah hakikatnya! Aku membesar di Kuala Lumpur dan memang sedar tentang perubahan ini dari dulu lagi. Takyah gi jauh, tengok je la belakang kawasan perumahan aku tu. Orang Arab, orang Indon, orang Bangla semua ada! Dahla dekat je ngan KLCC, kalau tiba musim perayaan itu KL diaorang punya la. Berkumpul beramai-ramai depan kedai berborak sambil berdiri dan memerhati sekeliling terutama orang yang lalu lalang. Kita nak jalan depan dia pun .. hishhh sanggup pusing balik cari jalan lain! Dia punya tenung kat kita .... lain macam!

Mereka boleh hidup dengan hanya menyewa kedai-kedai runcit kecil. Senang pulak dapat lesen meniaga tu. Ada juga yang buka kedai makanan, dan orang-orang mereka jugaklah yang memeriahkan suasana disitu. Bila dah ramai-ramai macam tu, terasa kita ni pulak yang jadi warga asingnya huhu. KL umpama 'ditelan' pendatang asing!




sumber : sinarharian



Kalau dulu mereka menguasai bas awam, sekarang LRT pun diaorang mampu naik! Aku sendiri ada pengalaman naik bas ni. Masa tu kerja kat Legal Firm di Jalan Tun Perak, KL. Time tu balik kul 6pm memang orang dia saje la yang banyak menunggu bas di tangga Menara Maybank tu. Bila bas dah padat sampai kena berdiri di tangga, terpaksa aku tunggu bas lain pulak. Tak sanggup aku nak bergesel-gesel dan berhimpit dalam bas macam tin sardin tu!

Kalau korang berjalan kaki berhampiran Jalan Tun Perak, Kota Raya, Jalan TAR dan sekitarnya, korang boleh nampak belah sana kelompok Bangla, belah sini kelompok Indon, belah situ kelompok Myanmmar. Naik bas GO KL yang free tu, orang dia jugaklah yang memadatkan bas tu pagi dan petang.

Itu baru di KL, belum lagi di kawasan lain. Faham .. mereka datang kesini mencari rezeki. Tapi, kita kena hadapi jugak risiko jenayah dan gejala sosial yang dibawa mereka ke negara ni. Bolehkah kita menerima lebih ramai warga asing masuk ke negara ini? 

Hurmm .. cukup cukuplah ...


3 comments:

  1. Faham - faham. Kadang2 sampai tak berani dan takut nak naik public transport. sbb kiri kanan warga diorang je. Macam dah bukan Malaysia.

    ReplyDelete
  2. memang pun..cukuplah ambil pekerja asing ni =(

    ReplyDelete

Apa kata korang?