Jangan pelik kalau ada orang macam ni!

Thursday, August 18, 2016


Assalamualaikum!


Dua-dua entri aku arini berkisar pasal gambar dari artikel suratkhabar. Walaupun aku tak berapa 'aktif' di facebook dan media sosial kebelakangan ni, tapi perkembangan sukan negara terutama Olimpik Rio 2016 sentiasa kami ikuti (di TV) dan malam tadi berkesempatan tengok perlawanan Akhir Badminton Beregu Campuran yang menyaksikan pingat Perak menjadi milik pasukan Malaysia dan Pingat Emas berjaya digenggam erat oleh pasukan Indonesia. 

Tahniah Malaysia!


sumber : facebook


HAMPA? Hina sangat ke dapat pingat Perak? Jangan PELIK la kalau korang jumpa orang macam ni. Aku pun tak tahu la apa yang diaorang fikir ketika mengeluarkan tajuk 'membunuh' macam ni. Aku yakin bukan semua rakyat Malaysia yang berfikiran sama seperti mereka. Pingat Perak tu satu pencapaian jugak tau!


sumber : facebook


Atlet kita bertaraf dunia dan sememangnya telah terbukti di Olimpik Rio 2016! Tapi masih ada lagi segelintir umat kita yang pandang rendah dan jijik pada mereka. Ingat senang ke nak masuk Final?? Aku tak tahula samada memang itu motifnya diaorang letak tajuk sebegitu untuk kasi gempak dan orang akan lebih 'tertarik' nak baca suratkhabar atau sebaliknya. Tapi, yang pasti ... kena maki gak ngan netizen!

Lagi satu, ucapan tahniah juga pada pelumba basikal negara Azizul Hasni Awang yang berjaya meraih pingat Gangsa dalam acara basikal. Dalam masa yang sama, apa yang diluahkan oleh beliau di FBnya memang patut dan tepat pada masanya! Atlet bertaraf dunia tuuuu .... kalau baca status tu, sedih rasa bila 'orang' tak hirau tak pandang kita.


sumber : kosmo


Rupanya bukan orang kita je yang ada perangai merendah-rendahkan pencapaian atlet sendiri. Atlet luar negara lain pun tak terkecuali dari 'tekanan' sebegini. Dapat pingat Perak pun masih diejek oleh penyokong sendiri ... perghhh harap bertabahlah emosi dan jiwa kawan tu. Jangan jadi gila dah la .... 

Sekali lagi TAHNIAH buat semua pasukan Malaysia yang menang pingat dalam acara masing-masing (tak kira la apa warna sekali pun) dan syabas kepada kontinjen Malaysia atas usaha gigih anda melayakkan diri ke Olimpik!

You Might Also Like

4 pengomen comel

  1. Gila ke kosmo ni?/baca kat facebook tak de siapa pun yang hampa kecewa..saya memang follow page2 sukan kat facebook.rata2 nya semua berbangga walaupun dapat Pingat perak..layak ke olimpik pun dah satu pencapaian besar,apa lagi dapat pingat..adoi..ni wartawan mana yang tulis ni??

    ReplyDelete
  2. tahniah..rasanya kan penulis akhabar tu memang jenis tak cukup akal. kena pulak editor yang tak berkualiti, jadinya mcm tu lah. Dah kira sangat bagus tu atlit kita dpt pingat dari langsung takda apa-apa.. hihii SB pulak emo

    ReplyDelete
  3. Jom kita reramai suruh penulis dgn editor tu gi main ganti atlet kita.. tak de semangat membina langsung!

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM