"Pokemon Go" Dalam Pokok Tauge Mira!

Monday, August 08, 2016


Assalamualaikum!


Kakak dan adik tak tahu pun pasal kewujudan apps games 'Pokemon Go' walaupun sekarang tengah trending di kalangan anak-anak muda dan orang tua! Samala seperti apps lain-lain sebelum ni seperti MSQRD atau SNOW, kalau aku tak tunjuk kat diaorang ... memang diaorang tak tahu! 

Kecuali balik kampung raya baru-baru ni, kakak tertengok apps SNOW dalam henpon sepupu dia si Aten. Balik rumah terus suruh aku download di henpon MOTO G aku yang 'usang' ni hehe. Ok fine ..kita download dan tengok apa jadi huhu.

Sejak dari tu, henpon aku dibuat macam henpon dia. Tiba je hari Sabtu, 'servis' bertukar tangan dan satu hari dia 'langgar' janji dan akhirnya aku terpaksa delete apps SNOW dari henpon MOTO G. So no more SNOW on my handphone .... syukurrrrrr! haha ...



So, nilah projek sains Mira minggu lepas. Macam biasa la, projek sains pertama budak darjah Satu mestilah tanam pokok tauge yang paling senang dan paling cepat tumbuh! Kakak cakap cikgu ni asyik suruh tanam pokok tauge je. Aku jawab, cikgu suruh tanam pokok tauge bukan suka-suka kak. Cikgu nak kita perhatikan proses tumbesaran sesuatu tumbuhan bermula dari biji benih hingga jadi tumbuhan yang besar. Apa prosesnya, yang mana keluar dulu, dia perlukan apa untuk hidup blablablabla .... panjang aku berceloteh haha

Last-last dia diam je, faham la tu kot. Kalau tak faham gak, panjang lagi aku boleh membebel nanti hehehe ....




Hari-hari sebelum dapat bawa balik rumah, inilah topik dia bercerita dengan aku. Besar mana dia tumbuh, tinggi mana dia naik, kawan punye tauge kontot la ..hahaha macam-macam anak aku ni :p 

Katanya nak sambung bela di rumah, sebab pokok dia cantik ... haha ok la jom kita sambung tanam di rumah.


kakak punya 


Esoknya kakak minta belikan dia kacang hijau, nak tanam macam adik katanya hehe. Gamaknya dia 'geram' tengok pokok tauge adik dia membiak dengan subur ... naik la semangat dia nak tanam sama huhu ...




Dah tahu apa yang diperlukan tumbuhan untuk hidup kan, so masing-masing tahu apa nak buat kan. Letakkan air sikit, hadapkan ke arah cahaya matahari dan dengan izinNya .. suburlah ia dalam bekas plastik tu ;)

Dan semalam, terjerit-jerit kakak dan adik panggil aku masuk bilik ....,"buuuuu ...tauge dah nampak buuu!"




Hahaha bukan tauge je nampak, bulbasaur pun ada ha! Ni semua disebabkan penangan "Pokemon Go" tu la ... hehehe :p

Eh ... aku tak download pun apps game tu. Aku nak kekalkan zon free from games dalam henpon aku ni. Tapi 'panas' jugak topik "Pokemon Go" di media sosial sekarang ni. Malah, ada yang 'bertekak' pasal hukum main benda ni. Tak kurang jugak yang 'perli'. Mufti dah bagi nasihat, TAK GALAKKAN ... ada yang tak nak dengar kan. Haaa apa-apa jadi nanti pandai-pandai empunya badan nak menjawab yek. 

Biarlah aku begini... tenang rasa takda sebarang game dalam henpon tu, kalau tak ... hurmm aku pulak yang bertukar jadi pokemon nanti!

You Might Also Like

12 pengomen comel

  1. Awat rendam sedikit je? Alang-alang rendam taugeh tu, rendam satu besin kecik, boleh masak tmis campur ikan bilis. Sedap!!!

    ReplyDelete
  2. Alahai.. subur je pokok kacang tu ye....budak2 mmg excited buat experimen...mls nk komen bab pokemon go tu...sbb akak jenis x main game

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah, wawa tak suka game..

    ReplyDelete
  4. Adeh la fenomena Pokemon sungguh

    ReplyDelete
  5. lepas ni tanam banyak2 la..dapat makan taugeh hari2.heheh

    ReplyDelete
  6. ingat nak buat jugak sebab kt rumah tu ada kacang hijau yang dah lama tak dibuat apa2 pun...haisshh..rugi pulak kan

    ReplyDelete
  7. segar dan subur pokoknya 👍👍👍👏👏👏☺️☺️

    ReplyDelete
  8. Haha.. nasib baik mmg xterjebak. Bagus tu tanam taugeh ! :)

    ReplyDelete
  9. di mana-mana ada pokemon go..sampai dlm pokok tauge pun ade jugak..hahaha

    ReplyDelete
  10. la kat pokok tauge nya huahauhauaha

    ReplyDelete
  11. Wahh segar bugar pokok tauge tu.. 'green hand' lah Mira... bab pokemon go tu saya pun sama. Masih kekalkan zon free, cuma pengaruh sekeliling tngh banyak sgt skrng ni.. :D

    ReplyDelete
  12. Teringat time sekolah dulu dok buat projek ni jugaq, hehe..!

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM