Terokai Pulau Pinang Dengan Traveloka

Tuesday, August 30, 2016


Assalamualaikum!


Korang ingin pergi bercuti? Tak tahu kemana destinasi percutian seterusnya? Haaa dekat dekat nak hujung tahun begini memang ramai yang sudah mula merancang percutian samada bersama keluarga masing-masing atau bersama pasangan atau dengan rakan-rakan. Bagi yang masih belum puas meneroka tempat-tempat menarik dan pulau-pulau cantik di Malaysia ni, apa kata korang berkunjung ke Pulau Pinang!


Pulau Pinang memang tidak asing lagi sebagai antara destinasi pelancongan terkenal dikalangan pelancong tempatan dan luar negara. Banyak faktor yang membuatkan negeri yang terletak di bahagian Utara Semenanjung ini menjadi destinasi percutian pilihan tau, antaranya kerana warisan sejarahnya, keindahan pulau-pulau, kepelbagaian budaya tempatan yang unik dan banyak lagi!





Tempat-tempat Menarik Di Pulau Pinang Yang Mesti Dilawati!


Terdapat banyak tempat-tempat menarik yang boleh korang lawati disini. Jangan risau tentang kemudahan penginapan sebab Pulau Pinang ada menawarkan pelbagai jenis penginapan yang selesa mengikut bajet korang untuk sepanjang tempoh percutian.

Kalau korang nak berkunjung ke tempat-tempat menarik yang tidak jauh dari hotel penginapan, korang boleh tinggal di Sunway Hotel Georgetown. Selain pakej penginapan yang menarik dan berpatutan, hotel bertaraf 4 bintang ini juga antara hotel yang menjadi pilihan pelancong yang berkunjung ke Pulau Pinang.


Tempah Hotel Dengan Traveloka


Untuk menjimatkan masa, korang boleh tempah terus melalui https://www.traveloka.com/en-my/. Klik sahaja pada pilihan destinasi korang, tentukan tarikh penginapan dan klik 'Cari Hotel' untuk mengetahui pakej-pakej hotel menarik yang disediakan. Mudah bukan! ;)





Ok setelah selesai menempah Sunway Hotel, korang boleh mulakan lawatan percutian korang ke destinasi yang pertama!

Penang Khoo Kongsi


Jika korang ke Pulau Pinang pastikan korang mengunjungi Khoo Kongsi, antara destinasi paling menarik disini. Dibina 650 tahun yang lalu, ia adalah sebahagian dari goh tai seh (5 puak besar) yang menjadi tulang belakang masyarakat Hokkien satu masa dahulu. Lokasinya terletak di Jalan Acheh, off Lebuh Pitt. Kalau dari Sunway Hotel Penang hanya 15 minit berjalan kaki.






Mengikut sejarahnya, Kongsi (rumah kaum) ini menjadi tempat penyembahan nenek moyang bagi kaum Cina. Ia juga dijadikan sebagai tempat berkumpul ahli keluarga melakukan aktiviti berbentuk spiritual sesama mereka.

Muzium Kamera


Bagi yang suka tengok koleksi-koleksi kamera lama dan vintage, korang boleh temuinya di Muzium Kamera yang terletak di sebuah rumah kedai dua tingkat yang telah diubahsuai di Lebuh Muntri. Muzium Kamera ini adalah yang pertama seumpamanya dibina di Asia Tenggara menempatkan pelbagai jenis kamera lama yang mempunyai sejarahnya yang tersendiri melalui pelbagai evolusi dalam dunia fotografi dari zaman awalnya.




Di muzium ni korang boleh ketahui tentang sejarah awal kamera zaman dahulu dan melihat sendiri koleksi-koleksi kamera lama serta turut diselitkan info mengenainya. So, muzium ni memang sesuai untuk dilawat oleh seisi keluarga, atau bersama rakan terutamanya yang 'kaki' kamera! So, jangan lepaskan peluang datang ke sini tau. Hanya mengambil masa 15 minit je masa berjalan kaki dari Sunway Hotel Georgetown ;)


Clan Jetty


Clan Jetties disini merupakan sebahagian dari Jejak Warisan Penang yang terkenal. Dahulunya ada 7 jeti tetapi satu daripadanya telah musnah dalam satu kebakaran dan kini hanya tinggal 6 buah jeti. Clan Jetties pernah menjadi kubu terakhir bagi penempatan orang-orang Cina yang dibina berhadapan dengan perairan.


Lokasinya terletak dari Lebuh Chulia (bersebelahan dengan Masjid Kapitan Kling) di Pengkalan Weld, kampung air ini telah wujud disini sejak berabad lamanya. Setiap jeti diberi nama sempena nama satu-satu kaum Cina - Jeti Chew




Untuk makluman korang, Clan Jetty ni berdekatan dengan terminal feri. Tapi kalau korang nak menikmati pemandangan indah sekitarnya, jaraknya hanya 17 minit berjalan kaki dari Sunway Hotel. Jangan lupa bawa kamera tau, disinilah korang boleh test skill ambil gambar dengan kamera korang! ;)

Rumah Peranakan Penang

Rumah Peranakan Penang merupakan salah satu cara memperkenalkan tentang kebudayaan dan cara hidup Baba & Nyonya kepada masyarakat luar. Rumah peranakan ini yang dibaikpulih menjadi muzium menempatkan lebih 1000 peninggalan barangan antik dan artifak bersejarah adalah antara bukti kewujudan masyarakat Baba & Nyonya khususnya di Pulau Pinang.  




Ia dibina pada akhir kurun ke-19, di dalam Rumah Peranakan Penang ini terdapat unsur-unsur campuran antara budaya English, Scottish & China dalam senibina ukirnya. Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang sejarah Baba & Nyonya, korang boleh berkunjung ke sini bersama keluarga. Perjalanan ke sini dari Sunway Hotel Georgetown hanya mengambil masa 21 minit sahaja.

Menarik bukan! Banyak tempat-tempat menarik di sini yang boleh korang kunjungi bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Dengan Traveloka, percutian korang pasti akan lebih mudah dan selesa. Oh ya, korang juga boleh muat turun apps Traveloka untuk telefon pintar bagi memudahkan dan mempercepatkan korang membuat tempahan hotel. Jadi, tiada masalah dengan Traveloka! ^^


You Might Also Like

9 pengomen comel

  1. HAH..lagi senang mcm ni..xyah nak ada touriest guide...

    ReplyDelete
  2. setiap kali balik kedah, dkna akan singgah penang rumah kakak.. best jugak kalau daat stay lama sikit kat penang ni kan. Boleh pusing pulau, banyak jugak lokasi menarik kat sini...

    ReplyDelete
  3. Baru lepas g Penang baru ni.. Lepas ni kalau g Penang pulak, blh refer entri ni.. :)

    ReplyDelete
  4. Lama tak g penang ~ biasa pergi pun terjah gitu je , nnt nak try survey dgn traveloka 👍👍👍

    ReplyDelete
  5. Boleh la nak try cari gi short vacay nanti..

    ReplyDelete
  6. Menarik sangat..pas ni pi penang kena cari tempat penginapan..dulu x yah penibg sbb adik duk penang..now dia dh pindah Puchong plak...

    ReplyDelete
  7. best jalan-jalan penang. pekena pesembur padang kota! sedap...

    ReplyDelete
  8. kena bookmark entry ni..
    nak g penang nnti senang.
    rujuk jer apa ada kt cni.

    ReplyDelete
  9. Menarik juga... mudahlah nak travel penang mcm ni... thanks sharing anim.

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM