Breaking

Wednesday, August 10, 2016

Tolong prihatin bila berada dalam pengangkutan awam!


Assalamualaikum!


Satu benda aku payah nak 'kawal' bila aku marah, yakni mulut. Memang mudah sungguh mulut ni nak meluahkan kata-kata terutama bila berkaitan dengan bab-bab sensitif macam semalam! 

Semalam? apa jadi semalam? semalam aku ngan anak-anak balik naik LRT. Waktu kemuncak antara jam 5pm hingga 8pm, memang dah dijangka akan penuhlah umat manusia dalam LRT tu nanti. Takpe, kakak dan adik dah biasa pun naik LRT so tak de hal la bab tu. Cuma nak dapat tempat duduk kosong di waktu macam ni tak jamin la.

Dan ramalanku benar belaka! Kami bertiga berdiri start dari stesen Asia Jaya hingga ke Dato' Keramat. Mira sampai dekat Masjid Jamek dah lenguh lenguh kaki langsung duduk kat tepi pintu LRT. Yang duduk langsung tak offer tempat duduk .. walhal boleh nampak budak kecik tu dah terperosok kat tepi tu.




Tapi, aku bukan nak mengomel pasal Mira tak dapat tempat duduk. Aku tak marah pun kalau tak dapat, sebab aku masih boleh handle lagi anak-anak. Yang buat aku 'berasap' kejap tu bila buka pintu LRT, masuk seorang perempuan mengandung berdiri sebelah kami dan berhadapan dengan seorang brader yang sedang duduk.

Punye la khusyuk brader ni layan game kat smartphone, sampai dia boleh tak perasan akak yang sedang memboyot di hadapan dia! Memula aku diamkan aje .. nak tengok dia perasan ke tak. Haghaammmmmmm dia nak dongak pandang ke depan. Ralit main game ape tu ... alaaaa game sekarang orang duk main ni ha ... PokemonGo!

Dipendekkan cerita ... aku dah takleh tahan perasaan bila salah seorang dalam barisan yang duduk tu takde pun nak offer akak ni duduk. Lalu tersembur lah dialog kat brader ni ...

"Excuse me encik. Boleh tak tolong bagi akak ni duduk?"

"Err ..ehh sorry sorrry" 

Sorry? sorry naik lori! ehh ... aku takde la jawab macam tu. Sekadar imaginasi je hehee. Kalau aku jadi brader tu dan kena sound depan orang ramai gitu ..aku malu! Khusyuk sangat melayan game sampai tak nampak orang kiri dan kanan. Bukanlah nak suruh ko pandang orang yang keluar masuk, tapi sekurang-kurangnya pandang la sekeliling jap kot-kot ada orang tua ke, wanita mengandung ke, makcik pegang bawa banyak beg plastik ke atau orang dukung baby ke...

Ada satu lagi insiden yang berlaku depan mata aku semalam, tapi sedikit kesal sebab aku tak dapat nak tegur mamat ni. Time nak berjalan kaki tu, ada sorang mamat depan aku yang sedang berjalan tetiba campak kertas atas jalanraya! Tapi tak terkeluar pulak dialog time tu ... T_T

Tolong la ye ... alert sikit dengan orang sekeliling. Tak suruh tenung muka dia, tapi prihatinlah sikit dengan kepayahan orang lain. Keprihatinan anda hari ini menjadi ikutan generasi muda akan datang ...

13 comments:

  1. orang kita kurang kesedaran sivik.. ajar anak kita pula jadi baik,supaya generasi akan datang jadi baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang nampak kekurangannya di situ ...hurmm

      Delete
  2. ssh kalau berdepan dgn org yg x sensetif dgn keadaan sekeliling..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia sensitif dengan game ...

      Delete
    2. komen ni win :)

      hilang sensitiviti pada yg sepatutnya kan? tu baru dalam pengangkutan awam. nak keluar masuk pintu pengangkutan awam tu pun satu perkara yang boleh dibincangkan. T__T berebut2 semuanya

      hanisamanina.com

      Delete
  3. org skrg lebih suka buat hal sendiri kak..takde sense of humanity dah :(

    ReplyDelete
  4. Bab campak sampah tu ..mmg kdg tak terkata.. tergamam pula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah sis ... tergamam saya dibuatnya huhu. Terkedu lidah dgn kelakuan dia yg takda rasa bersalah tu :(

      Delete
  5. pokemon punya pasal ni...sila salahkan pokemon hahahaa

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.