Wakil Sekolah

Monday, August 15, 2016


Assalamualaikum!


Dugaan sungguh hidup tanpa smartphone! Kalau tertinggal di rumah boleh tahan lagi, tapi ni 'meninggal dunia' terus tanpa sempatku selamatkan! Kalau ada sesiapa yang cuba nak whatssapp tu minta maaf lah yo, sebarang urusan boleh pm atau emailkan aje la ye.

Disebabkan smartphone dah 'tak bernyawa', moh la kita godek-godek folder gambar dalam pc ni. Mana tau ada benda yang aku tak sempat nak kongsikan lagi. Godek punye godek, sekali terjumpa gambar kakak jadi wakil sekolah untuk majlis tadarus dan khatam alQuran hujung bulan lepas.


Mengisi masa lapang menyikat janggut ayah haha!


Sebenarnya majlis ni majlis tertutup je, bermula 8am sehingga 11 tengahari. Yang kakak pulak sedang berlatih mengaji dengan cikgu dan kawan-kawan lain di dalam masjid. Jadinya, menapakla kami tiga beranak di bawah khemah dari awal sampai akhir majlis. Nak patah balik KL tak mungkin la diknon!

Majlis tadarus dan khatam al Quran ni turut disertai beberapa buah sekolah rendah lain sekitar Daerah Petaling Utama. Ada YB datang ye, tapi tak kenal la sapa pulak huhu ....

Hajat dihati nak masuk masjid tengok kakak mengaji, tapi atas sebab tertentu terpaksa aku duduk menumpang aje bawah khemah tu. Ayahnya dan Mira je la yang dapat masuk tengok.


Time ni majlis dah habis, so makan dulu sebelum balik

Bergambar dengan kawan-kawan yang juga wakil sekolah



Alhamdulillah ...so proud of you kakak. Tak dinafikan kakak memang aktif di sekolah rendah mahupun agama. Ibu pun aktif gak time sekolah rendah dulu ...aktif bermain! hahaha :p



You Might Also Like

0 pengomen comel

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM