Monday, September 05, 2016

# Menang Kontes # Story Kenit

Hadiah Mens Bioré Facial Scrub untuk si dia!


Assalamualaikum!


Orang lain yang masuk kontes orang lain yang menang hadiah! hehe. Takpelah ... apalah gunanya menang hadiah kalau tak boleh dikongsi bersama yang tersayang. Rezeki cik abe la kiranya ni ... ye doppp.

Mood nak masuk kontes pun dah kelaut dalam, tapi kadang-kadang bila datang mood tu dan Allah gerakkan hati nak join, maka siapalah aku nak menolak. Alhamdulillah rezeki menang hadiah rangkaian Mens Biore Facial Scrub dari kontes teka duta terbaru Mens Bioré.



Hadiahnya berupa hamper barangan Mens Bioré Facial Scrub yang terkini bernilai RM100. Diformulasi dengan teknologi Advanced Japan Million-scrub yang menggunakan kebolehan membersih secara detoks melalui Mikro Scrubs yang menembusi jauh ke dalam liang-liang pori pada wajah.










Dengan ini diumumkan stok pembersih muka skrub cik abe akan dapat bertahan sampai tahun depan hehe. Pastinya bertambah encem dan macho lebih dari abam Sharnaz Ahmad, duta Mens Bioré tu heeeee :D


7 comments:

Apa kata korang?