Friday, September 09, 2016

# Kids # online game

Layan Jigsaw Puzzle di Online JSPuzzle!


Assalamualaikum!


Dulu, aku ada satu ketagihan .... ketagih main jigsaw puzzle! Dari zaman aku kanak-kanak lagi, permainan ini memang diminati ramai tak kira kanak-kanak atau orang dewasa. Seingat aku, setiap minggu pasti akan ke kedai semata-mata untuk beli jigsaw puzzle ni! Kalau korang nak tahu, yang membuatkan aku tertarik tu sebab gambar dia cantik dan tema setiap minggu pula berbeza-beza. Ada tema Barbie, Cinderella, air terjun, pemandangan bukit dan macam-macam lagi!

Bila nak start menyusun tu, memang berpeluh dibuatnya! Tambah kalau ko main yang 1000 keping punya ... hahaha tak makan tak minum la selagi tak siap gambar puzzle tu. Permainan ni benar-benar mencabar kesabaran dan memerlukan fokus yang tinggi. Kalau ko takda kesabaran, memang tak menjadi la gambar puzzle tu. Tapi aku suka ... sebab dia mencabar! Selagi aku tak dapat lengkapkan selagi tu aku akan hadap sampai siap. Bila dah siap satu puzzle mula nak buat yang lain pulak hehehe. 




Untuk anak-anak pun aku dedahkan mereka dengan permainan jigsaw puzzle ni ketika di awal usia. Macam yang aku cakap tadi, permainan jigsaw puzzle ni boleh melatih kita menjadi sabar dan fokus terhadap apa yang kita lakukan. Pandangan mata perlu tajam dan dapat mengecam bentuk serta warna mengikut yang turutan yang betul. Lagi satu kan, jigsaw puzzle ni juga boleh melatih anak-anak jadi lebih berdisplin dan mampu mengikut arahan

Tapi sekarang, permainan jigsaw puzzle boleh dimain secara online! Ya ... baru-baru ni aku ada jumpa laman web JSPuzzle yang membolehkan korang bermain jigsaw puzzle dengan lebih banyak pilihan gambar yang menarik.





Yang bestnya, kat JSPuzzle ni ada pelbagai jenis gambar mengikut kategori tertentu. Korang klik aje "Our Gallery" dan pilihlah tema puzzle yang korang suka. Gambar jigsaw puzzle ni akan bertukar setiap hari, so korang boleh cabar diri korang untuk mencuba puzzle bila-bila masa di mana saja!




Lepas dah pilih puzzle mana yang korang nak cuba, klik pada gambar. Haaa kali ni aku guna gambar kakak dan adik ketika melawat zoo dulu sebagai puzzle.  Korang boleh pilih nak main secara bebas atau uji ketangkasan dengan masa. Klik aje pada "Turn off competitive mode" di sebelah kanan bawah tu untuk tentukan mode yang korang nak. 

Lepas tu, korang boleh pilih juga samada 9 keping, 16 keping, 25 keping sehingga 225 kepingan puzzle yang ada! Saiz puzzle samada kecil atau besar. Nak lebih mencabar ... sila buat yang 225 keping punya. Confirm korang berpeluh dalam air-cond .... hehehe.




Dan masa terpantas aku... tiga minit lebih hehe. Ishh kira cepat la tu kan. Dah lama tak main, mencabar juga ye walaupun main secara online. Nak kena repeat main lagi ni;) 

Rasa²nya korang boleh kalahkan masa tiga minit aku tu tak? Try main tengok... klik SINI kalau berani :p

Jigsaw Puzzle ni memang sesuai dimain bersama anak². Kalau anak² korang suka main online game, aku rekomenkan JS Puzzle. Ibubapa pun boleh join main sekali. Untuk maklumat lanjut korang boleh usha di www.jspuzzle.com

Selamat berpuzzle!  ;)


9 comments:

  1. Boleh try ni. Hahah tpi mencabar minda betul kalau bnyak2 puzzle nti

    ReplyDelete
  2. akak pun suka.. penah siapkan puzzle yg 2 ribu pieces tu dlm masa seminggu.. siang mlm ngadap sampai tak tido.. hehehee!

    skrg dah ada yg online.. menarik ni, boleh ajak anak² cuba!

    ReplyDelete
  3. Wow.. Menarik ni akak.. Thank you sebab share..

    ReplyDelete
  4. Menarik games ni untuk menguji ketangkasan minda kita

    ReplyDelete
  5. Wow...terbaik ni..anakx k.sal suka JP...tq anim..nanti k.sal try ya..tq sgt2 info..

    ReplyDelete
  6. boleh try ni....dah mmg gila jigsaw puzzle dari kecil lagi

    ReplyDelete
  7. sukaaaaa teringat zaman study kat klate,pegi rantau panjang beli puzzle dr siam berkotak2 dah siap frame kan ada jual kat kawan2 heheheh...

    ReplyDelete
  8. wahhhhh .. boleh tingkatkan kefahaman dioranng

    Apa pun terjah Nil ye ada something Join la jommmmm

    SEGMEN BLOGWALKING EXCHANGE LINK NH

    JOM JOINNNNN.... ada hadiah ada followers.. ada komen.



    http://nilamhimawari.blogspot.my/2016/09/segmen-blogwalking-blog-exchange-link-nh.html

    ReplyDelete

Apa kata korang?