Perangai Anak No. 2

Wednesday, September 21, 2016


Assalamualaikum!


Mira .. Mira ... Mira. Semakin naik umur dia, makin 'panjang' akalnya! Tak dinafikan memang mencabar bila berhadapan dengan anak no.2 ni. Ragamnya, pe'elnya, perasaannya, pemikirannya sangat berbeza dengan apa yang aku jangkakan. 

Apa sebenarnya yang mencabar pasal Mira ni? Dia tak mencabar bila 'angin' dia baik, sama je sebenarnya macam budak-budak lain yang seusia dengan dia. Tapi bila dia rasa satu dunia tak sayang dia, 2 trademark ni la yang dia akan tunjuk! 



Trademark pertama dia .... buat mulut muncung itik! Muncung itik tu tak boleh tinggal ... ekspresi pertama dari wajah dia bila kena marah, tengah bergaduh dengan kakak atau sedang merajuk. MasyaAllah, dia punya merajuk tu ... dengan aku pun boleh kemurungan sekali tau. Ibu ni pujuk sekali dua tu boleh la. Aku tak pasti la kalau kena marah ngan cikgu pun dia berani berani buat mulut muncung macam tu. Tapi tiap kali dia buat, aku suka nyakat letak jari kat mulut dia macam gunting konon-konon nak gunting la mulut dia tu hehehe. 

Bila dia bad mood, dia akan merengek! Takda ribut takda salji, kadang-kadang tak kena marah pun dia boleh merengek. Pernah aku cakap ngan dia, budak yang suka merengek ni biasa baby-baby je. Budak besar umur 7 tahun mana boleh merengek macam ni. Pandai pulak menjawab tu, adik budak kecik lagi la ... T_T




Walaupun ada masa dan ketika dia suka buat 'drama swasta', tapi anak no. 2 ni memanglah manja dan pandai mengambil hati. Sama macam kakak dia jugak ... dalam hati ada taman haha. Terima kasih pada kakak dia yang tunjukkan contoh yang baik pada adik dengan kad-kad cinta dan ayat-ayat jiwang penuh kasih sayang untuk ibu dan ayahnya tak kira hari dan masa. Dulu, time aku merajuk kat kakak mesti akan dapat nota atau surat minta maaf diselitkan bawa sejadah atau bawah pintu. Sedih giler baca anak minta maaf kat ibu, kakak sayang ibu kakak janji tak buat lagi. Terasa aku ni macam mak tiri pulak kejam sangat ngan anak sampai merajuk macam tu T_T. 

Dan, malam tadi si adik pulak yang bagi kiriman kad cinta ni. Ibu suruh siapkan keje sekolah, alih-alih masuk balik tengok dia hulur kad kat tangan. Mata kering terus jadi berair. Tak jadi nak membebel pasal dia hilangkan duit belanja sekolah agama dia dan kakaknya. 




Dan dia suka offer buat keje rumah! Haaaa ... mak mak cukup suka kalau anak offer tolong buatkan keje rumah kan. Tapi aku rimas .. hahaha. Ape la pesen ibu ni yek, tak reti bersyukur dapat anak yang rajin nak menolong haha. Diaorang suka masuk dapur time aku masak, tanya apa aku masak. Bila dia kata nak tolong masak, masa tu yang kepala aku mula berpusing tu! Tak boleh ada umat lain kat dapur tu melainkan aku sorang hahaha. Pada aku, diaorang tolong kemaskan bilik sendiri tu pun dah seribu rahmat dah. Lepas makan basuh pinggan sendiri tu pun dah cantik dah. Baju kotor letak terus dalam mesin basuh atau angkat kain kat jemuran tu pun ok dah. 

Tapi dia ni kalau aku tengah lipat baju kang, dia datang la offer nak melipat sama. Tak pun aku cakap aku nak mop lantai haritu, mula dia berebut dengan kakak dia nak mengemop sama. Sanggup dia ngekor menunggu di belakang start aku pegang mop tu bawa masuk dalam bilir air dan keluar semula, dengan harapan aku hulur batang mop kat dia ... haha. Bila aku atau kakak dia tak bagi, haaaa tu yang kuar muncung itik balik tu hahaha :p

Apapun, anak pertama ke anak kedua ke anak ketiga ke ... perangai masing-masing tak sama, tapi yang pasti dengan diaorang la kita dapat belajar apa itu erti sabar dan belajar bagaimana nak handle satu satu anak tu. Sebab diaorang ni karakter lain-lain, keperluan dan perhatian juga perlu diutamakan. Walaupun hakikatnya aku ni garang dan tegas di rumah, tapi boleh 'cair' bila anak tunjukkan sayangnya even dengan hanya sekeping kad! Tu belum kena peluk cium dan cakap, "sayang ibu!" lagi ...  T_T.

Moga kasih sayang anak-anak untuk ibu ayah berkekalan ye sayang ....


You Might Also Like

2 pengomen comel

  1. Bagus anak-anak Hanim. Kalau kakak suka kalau anak nak bantu. Dulu anak kakak seusia itu tak tahu pun nak buat (mungkin sebab ada bibik). Bila dah besar ni (masa dia cutilah) kalau tak suruh dia tak buat pun Hanim. Cuci baju oklah dia tahu. Tapi bab mop lantai memang tunggu kakak bersuara dulu baru buat.

    So.. beruntung dua anak dara Hanis jenis ringan tangan.

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM