Thursday, September 29, 2016

# Anything and Everything # BRIM

Semak Nama Penerima Layak Dapat Dekoder MYTV Basic 2016


Assalamualaikum!


Semalam dapat BRIM kan? Mesti dah habis semalam jugak kan hehe. Apapun tahniah yang dapat 'gaji' BRIM untuk bulan September. Ada satu lagi hadiah untuk penerima BRIM, ni pun aku dapat tahu dari blog Cik Akak ni. Maklumla, aku kan tak layak nak dapat BRIM ni, malas nak cakna lebih. Tapi teringat pulak kat abah! So nak tengok kot-kot abah pun dapat dekoder MYTV ni.



Cara nak semak samada korang layak atau tidak menerima dekoder MYTV Basic ni, klik MYTV dan isikan nombor kad pengenalan didalam kotak ungu tu dan klik HANTAR. Sebanyak 2 juta dekoder akan diberi secara percuma secara berperingkat bermula bulan September ini dan akan mengambil masa 10 hingga 12 bulan untuk diagihkan kepada semua penerima.




Tahniah! abah terpilih sebagai salah seorang penerima dekoder MYTV Basic. Aku pun dah maklumkan pada abah kalau-kalau dia ada terima panggilan dari pihak MYTV Broadcasting nanti. Tapi kan pemasangan MYTV ni perlu dibuat sendiri ikut panduan dalam kotak. 

Kalau nak suruh ejen dia pasang, sila sediakan RM180 untuk upah pemasangan antena dan pendawaian huhu. Caj servis kena stenbai RM50 ... harap maklum ye. 

Korang dah semak? Kalau belum, boleh tolong semakkan untuk mak atau ayah atau nenek atau atok atau pak sedara atau mak sedara atau kawan. Aku tak pasti pulak samada semua penerima BRIM layak terima dekoder MYTV Basic ni, sebab ada kawan aku mak dia tak layak terima. Jangan lupa semak ye.


13 comments:

  1. BR1M tu mimpi siang hari lah nak dapat. Utk mytv tu, SB kna cek lepas ni.

    ReplyDelete
  2. OWh.. ada upah pemasangan ye..
    Nice info.. Kira mahal jugalah walaupun dekoder tu free..

    ReplyDelete
  3. Nanti ena nak check untuk ayah ena punya.. thanks kak share benda ni

    ReplyDelete
  4. Terima kasih. Boleh cek untuk parent.

    ReplyDelete
  5. Hihi xsangka aku slh sorg yg tpilih utk dpt mytv tq2 ats info n aku baru hari ni tahu pasal ni trus check mcm x pecaya plk dpt....

    ReplyDelete
  6. Nak semak macam mana, baru beberapa angka no kad pengenalan dimasukkan kekotak itu, belum habis dimasukkan angka2nya dah tak boleh diteruskan. Apa masaalahnya

    ReplyDelete
  7. Baru saja nak semak mungkin ada nasib dapat dekoder percuma MYTV, tapi seelok saja masukkan angka kad pengenalan dah tak boleh dimasukkan sampai habis, terhenti pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. cer klik link tu balik, saya buat boleh dah :)

      Delete
  8. Tak layak pun tak apa..ada jual tak.cam ne nakdpt n nak beli dgn sape dikoder mytv tuu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ikut info, ada tapi kena tunggu pengumuman dari diaorang la

      Delete

Apa kata korang?