Dapatkan Koleksi Thermal Ware La Gourmet Bersama Guardian Untuk Dana Autisme!

Monday, October 10, 2016


Assalamualaikum!


Baru-baru ni Guardian telah melancarkan kerjasama bersama produk termal jenama La Gourmet untuk sama-sama mengumpul dana bagi program pembangunan kemahiran Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM). Majlis pelancaran tersebut telah selamat diadakan di Taman Burung Kuala Lumpur, yang turut dihadiri oleh Pengarah Pemasarannya Ms Christina Low.

Program kerjasama Guardian dan La Gourmet kali ini mendapat ilham dari golongan istimewa yang perlu dijadikan sebagai inspirasi kepada masyarakat di luar sana. Dan bagi merealisasikan matlamat ini, Guardian mengambil inisiatif menyatakan sokongannya terhadap NASOM dengan memperkenalkan rangkaian barangan termal dengan cetakan lakaran burung yang istimewa hasil bakat seni dari adik Muhammad Akhtar Bin Ismail yang juga seorang autistik.




Ms. Christina Low berkata, "Kami mengakui sebagai peneraju dalam sektor farmasi runcit, kesihatan dan kecantikan, kami berada di kedudukan unik untuk memanfaatkan sifat murni rakyat Malaysia, untuk menyumbang ke arah usaha-usaha kebajikan. Dengan lebih 400 cawangan di seluruh negara menawarkan khidmat kepada ramai pelanggan, sokongan daripada jaringan rakan-rakan niaga yang luas, Guardian menyediakan lebih banyak capaian berbanding peruncit-peruncit lain. Dan telah menjadi polisi kami untuk memanfaatkan capaian ini untuk membantu mengumpul dana seberapa banyak yang boleh untuk tujuan kebajikan.

Bagi tujuan ini, kami memperuntukkan sumbangan sebanyak RM200,000 daripada program ini kepada Dana Pembangunan Kemahiran, yang diuruskan oleh NASOM.

Program ini juga akan memanfaatkan capaian Guardian bagi mengumpul dana untuk program pembangunan kemahiran NASOM yang bermatlamat melatih kanak-kanak autistik agar mereka dapat diambil bekerja. Sepajang proses itu, kami turut menyasarkan untuk meningkatkan kesedaran tentang keperluan khusus golongan ini dalam komuniti kami."


di booth seni adik Muhammad Akhtar


Kagum sangat dengan bakat seni yang ada pada adik Akhtar ni. Walaupun beliau seorang autistik tapi masih boleh menghasilkan seni yang menarik dan kreatif hanya dengan menggunakan plastesin! Sangat santai dan penuh daya imaginasi yang tinggi yang mungkin tiada pada anak-anak lain yang normal.

Antara hasil seni yang dihasilkan oleh adik Akhtar ...





Di sebalik kekurangan ada keindahannya, dan Guardian turut mahu berkongsi keindahan hasil seni adik Akhtar ini bersama pelanggan setia Guardian dengan mengabadikan lakaran burung pada rangkaian barangan termal La Gourmet secara eksklusif dan terhad!


Dari kiri, Ms. Christina Low, adik Akhtar dan 
wakil La Gourmet


penyampaian cenderahati dari adik Akhtar


Rangkaian Barangan Termal La Gourmet Siri Burung 2016

Produk termal La Gourmet dengan cetakan lakaran burung ini mempamerkan keunikan burung-burung yang terdapat di Malaysia. Barangan termal ini adalah eksklusif untuk pelanggan Guardian, dimana korang boleh dapat penjimatan sebanyak 62% daripada harga asal! Ohsemmmm!




Rangkaian koleksi La Gourmet termasuklah bekas air, bekas makanan dan cawan termal.  La Gourmet, satu jenama yang komited dalam menghasilkan produk yang menggalakkan gaya hidup sihat dan bercirikan alam sekitar. 

Untuk kolaborasi bersama Guardian, terdapat 3 siri burung yang berbeza pada koleksi La Gourmet untuk dimiliki setiap bulan bermula 6 Oktober ini sehingga 31 Disember 2016


Flamingo Series (Oktober 2016)


Malaysian Bird Series (November 2016)


Penguin Series (Disember 2016)


Bagaimana Nak Dapatkan Koleksi Barangan Termal La Gourmet Eksklusif?

Korang hanya perlu membuat pembelian sebanyak RM20 dimana-mana kedai Guardian seluruh negara untuk menerima sekeping setem. Apabila 5 setem berjaya dikumpulkan, korang boleh menebus mana-mana barangan tersebut pada harga penjimatan 62% daripada harga biasa.


Kalau korang nak dapatkan setem esktra, korang boleh cari barangan yang menawarkan 'Beli 1 Dapat 1' setem seperti dibawah ini.




So, tunggu apa lagi. Jom kita membeli sambil menyumbang untuk dana autisme. Sama-samalah kita menyokong usaha murni ini dan bakat yang ada pada golongan autisme seperti adik Akhtar. Moga Guardian terus komited meneruskan misi kebajikan tanggungjawab korporatnya kepada komuniti dan pelanggan di masa akan datang. 

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari www.guardian.com.my


Terima kasih pada Taman Burung Kuala Lumpur bagi peluang 3 ekor
burung parrot bertenggek atas tangan dan bahu. 
Yang kaler pink tu 'nakal' siap patuk aku punya brooch 
tudung lagi hehehe :p

You Might Also Like

5 pengomen comel

  1. Comel nyaaaa parot warna pinkkk.. wahh bagus betul program sebegini

    ReplyDelete
  2. Wah cantiknya koleksi ni..comel2 semuanya nim..alololo tak tahan mata tgk kaler hijau tu nim

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM