Dua hari sebelum Awal Muharam 1438H ...

Wednesday, October 05, 2016


Assalamualaikum!


Duit duit ... di mana ko duuuuuiiit! Macam-macam dugaan kereta 'kebal' aku yang seketul ni. Lima bulan lepas 'terbang' dah beratus-ratus ringgit Malaysia. Kali ni pun nak kena 'terbang' lagi la beratus gara-gara cermin depan retak kena hentam! T_T




Perghh .. cermin depan tu yop! Tukar seketoi pun tak lari RM700+. Mujur dulu pasang tinted mahal sikit, kalau tak mau tembus cermin pecah berderai T_T.


Apa benda yang menghentam cermin depan kereta? Cik abe aku pun tak pasti. Katanya time lalu jalan menghala ke KL base, kereta depan terlanggar sesuatu dan benda tu melayang hentam cermin depan kami. Benda tu berlaku terlalu cepat memang tak perasan objek apa yang melayang kena kat cermin kereta! Mujur cik abe tak hilang kawalan masa tu ... alhamdulillah.

Duit boleh dicari, nyawa dan keselamatan tu lebih penting. Tak boleh nak salahkan pemandu kereta depan tu, mungkin dia jugak tak sempat elak dari terlanggar objek tu. Yang penting tiada kehilangan nyawa atau tercedera. 

Hurmm ... terpaksa la dikau bertahan ye si 'kebal'. Doa-doakan la tuan ko ni balik kang terpijak beg duit berisi seratus juta ringgit :p 

Kahkahkahkahkah! 

Tangisan dalam tawa ... 

You Might Also Like

8 pengomen comel

  1. Replies
    1. ye kak ... baru ingat nak tambah berat badan ni hahaha

      Delete
  2. ati2 kak.. nasib baik tk jadi pape

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah ... tapi akak takda dalam kereta. Abg akak sorang je masa ni

      Delete
  3. Mujur sempat belajar elak dengan Pendekar Mustar

    ReplyDelete
  4. Moga lepas ni murah rezeki nim dan dapat beli keter baru ..hehehe..takut kan bila ada benda2 hemtam cermin keter..takut pecah berderai time tu jugak..Mintak jauh la semua tu .

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM