Tuesday, October 18, 2016

# Bisnes Kenit # Carboot Sale Kota Damansara

Kembali beraksi di Carboot Sale Kota Damansara!


Assalamualaikum!


Yat ..yi ..sam..sei! Fuh ...empat bulan kami 'berehat' dari bercarboot di Kota Damansara. Rindu, angau jangan cakap la. Si kakak dari minggu ke minggu dia ulang soalan yang sama, bila kita nak gi berniaga ni buuuu. Nak wat macam mana, ada je aktiviti diaorang kat sekolah setiap Sabtu & Ahad. Kadang-kadang tu ayah tak sihat, kadang ibu tak sihat, kadang kaki adik bengkak, kadang hujan di pagi hari. 

Sekarang ni, masing-masing ada agenda bila tiba hujung minggu. Kena bahagi masa betul-betul dan kena set priority untuk anak-anak dulu. Kalau minggu tu diaorang ada kem atau aktiviti di sekolah, alamatnya memang tak boleh la kami nak gi berniaga. Tapi alhamdulillah, 2 minggu sebelum Ahad lepas, aku dan Pak Jelan dah rancang nekad nak jugak ke Kota Damansara. Memandangkan anak-anak pun takda sebarang aktiviti penting di sekolah, maka moh la kita bercarboot disana! 




Alhamdulillah, cuaca pagi tu amat-amat menyebelahi kami walaupun aku bangun kul 5 pagi masa tu tengah hujan lebat di KL. Kami bertolak dari rumah pukul 5.50 pagi macam tu, lalu ikut NKVE dan berhenti solat Subuh kat tempat rehat tol Kota Damansara. 

Kakak dan adik memang teruja bila kami bagitau kami nak pergi berniaga di sana pagi tu. Bangkit pagi pun senang hehe .. bersiap pun cepat je, tak macam time nak pergi sekolah hehe. Sampai kat tapak cun cun pukul 6.30pagi. Masa ni ramai peniaga dah mula bukak payung, buka bonet, buka barang jualan kat tapak masing-masing. Nak datang sini memang kena awal-awal pagi, sebab kalau lambat tak dapat lah tapak strategik yang diidamkan hehe. Yang penting kena pilih tapak yang membelakangkan matahari, sebab bila pukul 10 dan keatas dia punya terik tu ...perghhh boleh mandi peluh kat situ hehe.





Setelah empat bulan 'berehat' dan bila kembali ke sini, suasananya tetap sama ... meriah baq hang! Berborak dengan akak sebelah, dia kata dua tiga minggu sebelum tu cuaca panas terik tapi hari tu alhamdulillah redup dari pagi sampai ke tengahari, cuma tak berangin je. Hampir kesemua tapak disini penuh dengan peniaga dan pengunjung pun ramai! Memang rezeki untuk para peniaga hari tu ;)


tapak kami ;)




Sebenarnya kan, kami bercadang nak bertukar 'angin' bercarboot di tempat lain. Tapi ada sesuatu yang 'mengikat' kami untuk kembali ke sini. Kami dah terbiasa dengan suasana disini dan lagi satu, kawan-kawan peniaga peramah dan ada yang masih ingat kat kami walaupun dah berbulan tak datang sini huhu. Terharu sangat orang masih ingat kat kita T_T

Disebabkan dah berbulan tak bercarboot, maka kesabaran menghadapi kerenah pelanggan tu memang agak mencabar sikit bagi kami hehe. Walaupun geram dalam hati, tapi muka tetap senyum je kat pelanggan haha. Begitulah lumrah meniaga kan, dah murah orang mau mintak lagi murah haha :p

Tak sah kalau tak 'cuci mata' kat sini kan. Jom tengok apa lagi yang diaorang jual kat sini ;)















Best kan! InsyaAllah minggu ni ingat nak ke sana juga. Tapi ada beberapa tempat lain yang masih dalam pertimbangan kami. Apapun, itu semua terpulang pada agenda anak-anak la. Kalau diaorang takda aktiviti penting dan semua ahli keluarga pun sihat, maka bolehlah berbisnes nanti ;)

Kalau korang belum jejakkan kaki disini, jom la luangkan masa bawa family berkunjung ke Carboot Sale Kota Damansara berdekatan dengan Ghulam Mee. Macam-macam barangan ada dijual dengan harga murah. Yang jual barangan collector item pun ada disini. Boleh 'cuci mata' dan beli kalau ada yang berkenan. Kalau korang nak try berniaga disini pun boleh, hanya walk-in je dan sewa tapak RM20 ;)


4 comments:

  1. tak sempat lagi nak pos brg kat kak nim :( bz teramat sangat. apapun semoga dimurahkan rezeki kak nim

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe lisa, dah pos nanti bgtau akak yek ;)

      Delete
  2. semoga murah rezeki... berniaga kat car boot ni memang best. tak boring sebab orang keliling pon peramah

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaminnn thank you sis. Alhamdulillah seronok bercarboot ni sis :)

      Delete

Apa kata korang?