Breaking

Wednesday, November 30, 2016

Anugerah Cemerlang Sekolah Agama & Sekolah Rendah


Assalamualaikum!


Ini merupakan tahun pertama kami dijemput ke sekolah agama untuk tengok anak naik pentas terima anugerah. Mira dapat tempat ke-4 dalam kelas dia. So, aku tak expect akan dapat surat jemputan. Bila tengok keputusan tu ...aikk no.4 ada terima hadiah jugak ke? hehe. Ohhh rupanya Mira dapat anugerah untuk peratusan terbaik darjah satu.




Pagi tu kami tiga beranak je yang pergi sekolah agama, kakak dia kena gi sekolah rendah sebab ada raptai untuk koir persembahan untuk hari anugerah cemerlang nanti. Time ni kami duduk kat kantin lagi, so dia pose ala-ala muncung itik comel la tu, tapi ibu tengok dalam gambar macam itik debab comel ada la hehehe. 




Pada awalnya, aku bimbang juga kalau-kalau Mira tak boleh nak tanggung banyak subjek. Dengan sekolah rendah lagi sekolah agama lagi. Maklumla ni tahun pertama dia, manja pulak tu. Kadang-kadang sambil buat kerja sekolah pun dia boleh nangis. Cikgu bagi banyak mukasurat pun dia nangis haha ... tapi tangan tu gerak juga la bagi siap. Aku cakap kalau tak siap macam mana nak pandai 😅




Setel sekolah agama, hari Khamisnya gi sekolah rendah pulak untuk tujuan yang sama. Tahun ni Mira sorang juga naik pentas terima hadiah untuk tempat ke-3 dalam kelas. Ada beberapa lagi kategori yang dia turut naik ke pentas terima piala dan sijil. Kakaknya pula nak pentas untuk persembahan koir.




Sekali lagi, kakak 'hilang' dari radar bergambar sebab kena masuk sekolah awal dan bersiap sedia untuk koir. So, tiga pun tiga laaa ..termasuk seketul jerawat 😆



Serius, aku terkejut tengok tema anugerah cemerlang sekolah diaorang tahun ni. Ceria dan berwarna-warni. Syabas kepada cikgu-cikgu yang bertungkus menghias pentas anugerah dengan begitu cantik dan meriah. Ada booth untuk bergambar lagi! 👍





Kalau dua tahun berturut-turut sebelum ni, kakak naik ke pentas terima hadiah anugerah cemerlang sekolah, tapi tahun ni 'baton' naik ke pentas terima hadiah telah bertukar tangan kepada Mira. Bak kata atoknya, takpela kakak boleh usaha lagi. Dapat nombor belas-belas pun takpa. Woww...positif sangat atok ni 😂 Aku dan ayahnya pun takmo bagi tekanan sangat kali ni, tapi tahun depan insyaAllah kena perbanyakkan lagi latihan untuk dia. Bukan semata-mata untuk skor, tapi lebih kepada untuk bagi dia faham apa benda yang dia belajar di sekolah.



ayah suka buat 'sketsa' kalau bergambar

kakak dan adik

jadilaaaa walaupun dapat pegang sekejap hehehe

Tahniah sayang! 😘

Love you two so muchhhhhh! 😍


Apapun, ibu ayah tetap bersyukur dengan pencapaian kedua-dua anak ibu. InsyaAllah mana yang lemah kita akan perbaiki lagi tahun depan. Harap dapat kekalkan momentum kecemerlangan ini untuk tahun-tahun seterusnya. Tahniah kakak, tahniah Mira! 😍

14 comments:

  1. Tahniah sis, kata orang tua melentur buluh biar dr rebun..semoga anak2 sis terus berjaya dlm hidup

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah semua tu dgn izin Allah dan atas usaha anak2 je. Aaminnn terima kasih kerana mendoakan :)

      Delete
  2. Tahniah dari auntie di sini juga
    Semoga terus cemerlang.

    Comel-comellah anak Hanim
    Kena solek dah macam model lagi kakak tengok - sweet sangat:)

    ReplyDelete
  3. Anugerah tu sebagai semangat.
    Tahniah. No 4 pun duduk kat atas

    ReplyDelete
  4. dah besar anak-anak kak nim.. boleh la tu tambah lagi sorang hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboiii tang tu laju je dia cadang ye hahaha ... doa-doakan la ye insyaAllah :)

      Delete
  5. Alhamdulillah..tahniah buat kakak..teruskan usaha yer hanim semoga anak2 hanim sentiasa beroleh kejayaan.. =D

    ReplyDelete
  6. tahniah...ibubapa kena terus beri sokongan...

    belajar untuk faham memang terbaik...

    ReplyDelete
  7. wah, tahniah adik2 comel. sejuuuukkk perut mama depa ngandungkan depa na. 😊

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.