Breaking

Monday, November 14, 2016

Berkesan ke ubat yang dia ambil untuk berhenti merokok tu?


Assalamualaikum!


Dah masuk 2 minggu dia berulang alik ke klinik rokok tu. Doktor pun macam tak percaya je Pak Jelan datang balik selepas minggu pertama. Ye la ... doktor tu cakap sebelum-sebelum ni pesakit yang datang ke situ hanya bertahan satu minggu je. Masuk minggu kedua dah tak nampak batang hidungnya. Bila Pak Jelan muncul kali kedua minggu lepas, terkedu juga doktor tu huhu.

Memang harapan kami untuk dia berhenti merokok.  Tapi bukan la berhenti mengejut terus! Nasihat doktor kalau boleh kurangkan bilangan batang rokok dan konsisten makan ubat yang diberikan. 



Kalau dulu dia boleh maintain hisap rokok dua kotak sehari, biasa la tu bagi seorang perokok tegar kan. Waktu paling best ngisap ialah bangun pagi dan time memandu. Lepas makan tu jangan cakapla .. wajib sebatang lekat dijari.

Tapi seminggu pertama ni aku nampak perubahan yang sangat ketara pada rutin Pak Jelan. Rokok digantikan dengan chewing gum yang doktor bagi. Kalau sebelum ni, lebih kurang 20 batang dalam sehari tapi sejak dapatkan khidmat rawatan berhenti merokok di klinik rokok tu, Pak Jelan hanya hisap 2-3 batang rokok sehari! 

Paling banyak pun dia hisap 3 setengah batang rokok je. Beli rokok pun hanya sebatang sebatang je, tu pun kalau teringin nak hisap. Bila hisap dia cakap tak 'sedap' macam dulu 😂😂. 




Niat dan istiqomah tu sangat penting selain sokongan dari keluarga. Nak berhenti merokok bukan boleh berhenti terus. Kena beri dia peluang dan masa untuk kurang sedikit demi sedikit. Yang penting, kena ada displin bila berurusan dengan klinik dan makan ubat untuk kurangkan ketagihan tu. InsyaAllah dipermudahkan ... 😍

1 comment:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.