Breaking

Thursday, November 17, 2016

Cabaran dalam berniaga carboot


Assalamualaikum!


Berniaga apa pun memang ada cabaran dan dugaannya. Meniaga online ke meniaga pasar malam ke meniaga dalam kedai ke memang akan berhadapan dengan pelbagai situasi yang melibatkan pelanggan. 

Nak kata stres meniaga tu tak la, tapi ada masanya bila 'gelora jiwa' tu datang dan kita dapat pelanggan yang tak masuk akal permintaan dia .. haa korang fikir-fikirla sendiri ye hahaha 😋😋





Meniaga memang best, malah tak keterlaluan kalau aku katakan ia boleh jadi satu 'ketagihan'. Penat macam mana pun, dalam otak ni mesti nak fikir meniaga ... meniaga. Meniaga carboot ni bukan macam meniaga dalam kedai atau meniaga secara online. Harga barang dalam kedai memang dah fixed, tapi meniaga carboot ni masih boleh tawar menawar lagi, dan itulah salah satu kelebihannya.

Tapi yang mencabarnya bila pelanggan tawarkan harga yang tak berapa nak masuk dek akal haha 😝😝


Dissecting Set


Dissecting Set ni aku beli tahun 2002 khas untuk bedah kumbang dan tikus untuk subjek Biologi Form 6. Masih elok tersimpan dalam kotak dia. Dari duduk diam dalam almari tu, baikla aku jualkan, mana tau ada student nak guna pulak ke. Kalau beli kat kedai tau berapa harga dia ni??? Beli kat aku harga dia cuma .... tak sampai TIGA PULUH HENGGET pun diknon! 

Ok, kita sambung balik cerita pelanggan minta harga tak masuk akal tu ye haha. Aku dah banyak kali jumpa dengan pelanggan macam ni. Ko nak menjawab balik macam mana tu? Takkan nak marah dia pulak kan, dia berhak tawar harga tapi agak-agak la cik kak kalau nak tawar harga pun. Benda dah RM5, ko minta RM2 ... ko rasa?? hahaha ...

Lagi satu, ada yang bila kita dah bagi murah dia mau lagi murah dari tu! Barang harga RM25 kita kasi murah RM20. Dia minta murah lagi kita kasi RM18 last price. Tapi dia masih tak puas hati, mintak sampai RM15! Bila kita taknak jual harga tu, dia kata dia ada duit banyak tu je! Bila kita berkeras takmo, baru dia kuar duit kertas RM20 hulur kat kita. Rasa-rasa ko nak ketawa ke nak nangis jumpa orang macam tu? hahaha 😂😂

Sebab tu kena banyak sabar bila berhadapan dengan pelanggan secara face-to-face ni. Kalau kita rasa harga tu tak masuk akal, kita tolak la secara baik. Kita cari pulak tuan baru lain yang sanggup bayar untuk harga kita tu. Tak gitu? 😊

Banyak pulak aku punya celoteh. Moh kita 'cuci mata' kejap tengok barang-barang jualan minggu lepas. Banyak yang menarik!




















Apa kat tangan Mira tu? Haaa tengah panas terik dia bantai main benda tu hehe. Kebetulan time 'cuci mata' ibu ternampak benda yang Mira dah lama idamkan. Apa lagi, dengan pantas ibu dapatkannya untuk Mira. Yang ni nanti aku ceritakan lagi nanti yek :)

Apapun cabaran dan situasinya, kami seronok meniaga carboot ni. Pengalaman berinteraksi dengan pelanggan memang antara yang kami nantikan setiap minggu. Kerenah tu biasa la ... yang penting kami kena sabar dan senyummmmmmm hehe 😁


5 comments:

  1. InsyaAllah...semoga semuanya berjalan lancar..
    Waahhhh....kalau macam kena main harga....

    ReplyDelete
  2. akak paling suka tengok orang jual kat carboot sales..macam2 jenis...lagi satu kalau barangan lama,makin disimpan makin tinggi harganya...apa jua pekerjaan semuanya ada cabaran kan anim..kita kena pandailah nak hadapinya..tapi kalau dah minat insya allah..semuanya dipermudahkan

    ReplyDelete
  3. Mcm2 yg dijual carboot sale ni... meriahhh jugakk ��

    ReplyDelete
  4. Samalah...saya meniaga pasar borong...kadang2 pelanggan tawar-menawar sampai tak boleh terima harga yang diorang minta :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.