Masih ingat permainan ni?

Monday, November 07, 2016


Assalamualaikum!


Dah dekat-dekat nak cuti sekolah ni, mesti ada anak-anak kita yang bawa permainan ke sekolah kan? Ada yang bawa tali lompat la, batu seremban la, play-doh la, kad UNO la, saidina la. Tak dibagi kang, boring katanya. Kawan lain bawa mainan, takkan dia nak melopong tumpang mainan kawan-kawan?

Kita dulu pun zaman sekolah rendah mesti ada kenangan bawa permaianan time hujung-hujung tahun kan? Aku biasa bawa tali lompat ngan batu seremban je. Memang tak belajar la satu hari tu, asyik melompat je kejenye hehe. Hurmm .. rindu zaman sekolah dulu. 



Korang masih ingat permainan ni tak? Aku panggil main benang je hehe. Kalau budak 90an mesti tau permainan ni. Ingatkan main benang ni dah 'pupus' ditelan zaman, tapi rupanya masih dimainkan oleh anak-anak kita!

Pada yang tak tahu cara nak main benang ni, sebenarnya senang je nak main dia! Tapi disebabkan dah lama tak main, aku pun ingat-ingat ayam cara nak main hehe. Mujur kakak kasi demo, barulah datang balik memori cara nak main benang ni.




Time dua-dua mood baik, dunia pun terasa aman hahaha. Suka tengok dua beradik ni duduk main sama-sama bergelak ketawa, bertepuk tampar. Bukan senang nak tengok dua-dua mood baik macam ni. Maklumla, dua-dua dah besar dah ada karakter masing-masing. Perangai pun boleh tahan jugak dua orang ni. So, permainan macam ni sedikit sebanyak dapat merapatkan hubungan mereka adik beradik walaupun ada masanya 'petir' dan 'kilat' sabung menyabung dalam rumah hahaha :p



A video posted by Hanim Hashim (@hanimhashim) on


Nampak senang je permainan dia kan? Tapi boleh stres kalau main asyik tak jadi tau. Tak percaya korang cubalah. Ibu-ibu pun boleh main benang ni bersama ngan anak-anak. Yang penting kita sentiasa ada masa untuk diaorang betul tak ;)



You Might Also Like

4 pengomen comel

  1. ingat sangat2 ..tapi bila suruh buat,rasa xtau dah step dia...hahah..terus amik getah..

    ReplyDelete
  2. Hihi... betullah Hanim, kakak dulu masa kecik-kecik pun ada main benang ni.

    ReplyDelete
  3. tak ingat dah kak macam mana nak main...hihiiiii

    ReplyDelete
  4. Halamak.....susah kalau jari jemari ini dh keras kedongkang

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM