Breaking

Wednesday, November 23, 2016

Memasak Lebih Senang Bila Ada Tefal Manual Chopper dari Lazada!


Assalamualaikum!


Ingat lagi tak hari tu aku cakap nak kongsikan salah satu barang yang aku dapat dari 'Parcel of Joy' sempena Lazada Online Revolution? Ok, hari ni aku nak kongsi ngan korang barang tu 😉

Kaum wanita memang sinonim dengan masak memasak kan. Kalau kat dapur tu, memang barang wajib ada antaranya pisau untuk memotong. Tapi, tiap kali nak mengopek atau menghiris bawang tiap kali tu jugak la aku 'menangis' haha. Ada orang kata mata tu pedih berair sebab tak biasa motong bawang. Ishhh ... dah 10 tahun aku memasak untuk suami dan anak-anak takkan masih tak biasa kot 😜. Bukan sebab tu ye ...tapi aku rasa barangkali mata aku ni banyak simpan air kat dalam, tu sebab suka nau merembes 😂😂.



Bila pertama kali aku dapat Tefal Manual Chopper aku macam tak yakin je nak guna. Ye la, selama ni tangan dah terbiasa pegang pisau kalau nak potong bawang ke, kentang ke, halia ke. Ni tetiba keluar pulak produk Tefal yang macam ni. Bentuknya dah la comel, mula la anak-anak dara aku tu pun sibuk sama nak try guna😜

Kebetulan Mira nak buat sandwich telur, so malam tu aku bagi dia try guna Tefal Manual Chopper ni. Aku tak risau nak bagi dia guna pun sebab mata pisau dia duduk di dalam, hanya perlu tarik tali tu je untuk hancurkan telur. Memang seronok la Mira bila tengok telur hancur dalam 5 saat! 😋



Do it like a pro! 😉


Mira lah yang pertama merasmikan Manual Chopper ni hehe. Dia punya tarik tali punya la cermat, sebab tak biasa lagi kan. Lepas tuuuu .... laju je dia tarik! Tak perlu dah nak guna pisau pasni. Takat nak cincang bawang, telur, timun tu tak da hal la. Aku tak perlu nak terjerit-jerit kalau anak pegang pisau, sebab Manual Chopper ni diaorang pun boleh guna. Ibu pun tak menghalang kalau anak-anak nak menolong di dapur lepas ni 😉


A video posted by Hanim Hashim (@hanimhashim) on


Walllllahhhhh!


Halus kan! Elok hancur telur tu dalam 5 saat. Gaul ngan mayonis dan sedikit garam, sapu atas roti rasa lembut je. Tak perlu dah guna garfu macam dulu untuk hancurkan telur 😂. Tefal Manual Chopper ni memang menyenangkan kerja memasak di dapur!

So, apa tunggu lagi! Korang pun kena ada Tefal Manual Chopper ni kat dapur. Tambah kat Lazada sekarang tengah SALE, harus lah korang rembat sementara masih murah ni! 😉

6 comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.