Sandwich telur anak dara ...

Friday, November 18, 2016


Assalamualaikum!



Sejak balik dari aktiviti perkhemahan badan beruniform di sekolah, kakak tekad nak cuba resepi ni kat rumah. Banyak benda yang dia belajar dalam 2 hari 1 malam tu dan antaranya cara-cara nak buat sandwich telur. So, bila balik rumah dia tak sabar dah la nak try buat untuk ayah, ibu dan adik dia ;)

Memandangkan ini percubaan pertama kakak buat sandwich telur, maka kita bagi dia peluang conquer dapur malam tu hehe. Ibu dan adik hanya perhati dari tepi je la ye :)



Roti ngan telur dah ada, so tinggal nak beli mayonis je. Selagi tak dibeli, selagi tu dia 'menyanyi' kat telinga kita suruh beli hehe. Berkobar semangat nak try buat sendiri. Ye la, selama ni kalau dia nak menolong di dapur, aku suruh dia pecahkan telur atau potongkan fishball je. Tapi kali ni dia buat sendiri semuanya kecuali part aku rebuskan telur tu la hehe :D

"Dua biji telur je bu .."

"Cukup ke?"

"Cukuppp ..."

Baikkk chef. Jom kita mulakan ;)


kopek telur

kasi hancur telur dengan garfu. 
Adik di sebelah dah 'gatal' tangan nak menolong sama ngeee :D


rupa telur yang dihancurkan. Campurkan dengan mayonis 


Telur hancur kasi campur dengan mayonis. Tambah sikit garam dan gula untuk rasa yang lebih ummphh hehe.


potong tepi roti pulak


Ni first time aku bagi kebenaran kat dia guna pisau untuk memotong. Biasa aku bagi dia guna pisau kupas kulit kentang tu je untuk potong fishball hehe. Tapi kali ni aku yakin dia akan berhati-hati dan cermat menggunakan pisau tu.


kasi sapu telur dan mayonis atas roti


Sebenarnya kakak cakap kena sapu mentega dulu kat roti tu, tapi dah terlupa beli makanya kita skip je la bahagian tu ye. 


Dah siapppp! ^^


Tak sampai setengah jam siap sudah 4 keping roti sandwich hasil air tangan kakak. Dah boleh diharap dah anak daro den ni. Pasni kalau ibu sakit ke, bolehla kakak masak untuk ayah dan adik ye. Sebelum ni bukan ibu taknak kakak belajar masak ngan ibu, tapi nak kakak betul-betul bersedia sebelum boleh guna peralatan panas dan tajam di dapur ni.

Tapi sekarang nampaknya kakak dah tunjukkan kebolehan kakak di dapur dan sandwich telur ni hanyalah permulaan. Next time, kita masak lauk kari sama-sama ye kak :)




Sandwich telur kakak yang pertama dah siappp! Bagi aku, umur 9 tahun masih terlalu muda untuk berpanas-panasan di dapur. Tapi kadang-kadang kita kena bagi juga peluang pada anak-anak untuk masuk dapur dan belajar sediakan makanan yang senang dulu. Sebab tu, tiap kali aku nak masak kakak akan offer nak tolong dan akan tunggu aku panggil untuk apa-apa tugasan di dapur, hatta sekadar kacau telur je.

Good job bebeh! My girl is a big girl now T_T


You Might Also Like

4 pengomen comel

  1. Good job..sama ngan Dania akak mmg bg dia explore..setakat nak goreng telur dan gorebg sardin dia dh pandai dh

    ReplyDelete
  2. salam jumaat..
    wahh pandai da tu..elokla..bg ank2 blaja time kecik2 ni kan..
    bg try yg senang2 sok lusa da besau sikit leh ajr yg lg advance sikit ^,^

    ReplyDelete
  3. Mewarisi bakat si ayah dia nampaknya ni...😆😆😆😆

    ReplyDelete
  4. Is gud latih dari kecik macamni..Dia dah biasa dengan peralatan dapur..

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM