Saya tak letak pop-up iklan di blog

Friday, November 25, 2016


Assalamualaikum!


Pengiklanan di blog adalah salah satu bentuk sumber pendapatan bagi seseorang blogger. Pengiklanan di blog pula boleh dikategorikan kepada beberapa jenis, antaranya statik banner dan pop-up. Tapi, jika letak terlalu banyak iklan berbentuk pop-up akan mengundang rasa menyampah orang bila masuk blog kita. Dan itulah yang aku cuba nak elakkan ...

Jangankan orang, aku sendiri pun tak suka masuk blog yang banyak keluar iklan pop-up ni. Sepantas 2 saat aku akan tekan 'X'. Lagi satu, aku tak suka masuk blog yang iklan dia banyak nau mengelip-ngelip. Setakat satu dua tu takpa lagi, tapi kalau atas bawah kiri kanan iklan kotak kecik tu mengelip-ngelip, aku give up nak baca lagi! 




Kalau korang bukak blog aku melalui pc atau smartphone, korang akan jumpa kotak 'Like Page' ni. Ini bukan iklan pop-up dan rasanya yang ni tak menimbulkan masalah buat pembaca selama ni dan bukan wajib pun untuk korang like fanpage blog aku tu hehe. Tapi bila ko dah like sekali, next time ko bukak dia takkan keluar dah kotak tu, betul tak? Banyak blog yang aku masuk pasti akan keluar kotak ni. 

Annoying ke? 😅


paparan di pc


Yang gambar atas ni bila ko bukak melalui pc. Aku memang dah bercadang nak buang kotak tepi tu. UPDATE: Dah buang pun. Walaupun income dia dalam bentuk USD, tapi setakat ni aku punya tak sampai USD1 pun! 😂😂 Aku punya nuffnang lagi laju dari ni 😛


paparan di smartphone


Yang di atas ni, bila ko bukak melalui smartphone. Kotak iklan kat tepi tadi akan jadi memanjang macam ni. Tapi korang still boleh skrol dan baca entri aku sampai bawah. Nak lagi puas, sila bukak baca di pc 😉


iklan nuffnang di sidebar


Kenapa aku bercerita pasal pop-up iklan ni ye? Sebab aku dapat feedback mengatakan blog aku 'banyak gila pop up iklan' sampai tak boleh nak baca. Mungkin yang dia maksudkan tu kotak yang kat tepi blog tu kot. Sebab aku takda letak iklan pop up selain banner di bawah header dan seketul nuffnang di dibawah post dan di sidebar seperti dalam gambar. Itu pun kadang² timbul kadang² 'tenggelam' iklan dia haha😂

Apapun terima kasih pada dia juga sebab tergerak jari nak terjah entri di blog aku ni 😁. Di kesempatan ini, kalau korang berminat nak letak iklan kat blog aku sangatla dialu²kan. Harga cun punya! 😉


You Might Also Like

6 pengomen comel

  1. eh..limk tu dapat duit yer? hahaha. tak pernah tahu pun, dulu macam pernah pasang kat blog, tapi rasa macam tak best je tengoknya. hehehe.

    saya rasa blog ni ok je. mungkin tengok guna pc kut. susun atur pun kemas juga. nak minta pandangan untuk blog saya pulak boleh? ini url nya..

    http://www.ceritaejoy.com/

    ReplyDelete
  2. lain org lain pesennya kan...pernah jugak dlu tegur pasal iklan..dia kata biarlah, blog dia..hahahaha..tapi dia lupa sape yg baca blog dia tuu..kekeke

    ReplyDelete
  3. Blog kakak langsung tak ada iklan Hanim
    Nantilah kalau kakak dah retire dan masih berblog nak juga letak iklan... tapi Hanim tak masuk pulak blog kakak kalau banyak iklan hihi...

    ReplyDelete
  4. Haah kadang iklan 2-3 so kene klik pangkah baru boleh baca.

    ReplyDelete
  5. blog ni kemas dan best.. betul juga kadang2 terlalu banyak iklan, buatkan blog tu lambat nak load.. so tekan x jelahh
    follow sini #1084

    ReplyDelete
  6. Kalau iklan innity sesekali je kluar iklan popup tu... Kalau tak mmg takde...

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM