Tuesday, November 22, 2016

# Cerita My Pearls

Skuter 'baru' untuk Hazmira!


Assalamualaikum!


Lama dah dia punya teringin nak skuter tu. Alhamdulillah nak jadi rezeki Mira, dapat rembat seketul masa meniaga 2 minggu lepas. Alkisahnya time jalan-jalan 'cuci mata' nampak sorang peniaga tayang 2 buah skuter masih elok masih nampak baru lagi. Nak tau harga dia berapa? cuma RM25 sebuah! Giler ko tak nak rembat?? haha ... aku tak mintak murah dah, sebab bagi aku harga tu memang dah cukup murah dan mampu milik. Apa lagi ..kami patah balik la ke kereta nak bincang laki bini.

Bincang punya bincang, kami setuju nak beli 2 buah sekali! Baru RM50 ... ok sangat dah tu diknon. Sukanya hati ibu bawa 5 helai duit RM10 dalam tangan jalan laju-laju ngan anak-anak ke tempat jual tadi. Sekali tengok .... alaaaaaa 2 buah skuter lesap dari pandangan mata tak sampai 20 minit! 😂

Muncung kejap anak dara tu sebab skuter yang dia suka dirembat orang huhu. Takpe, takpe jom kita gi tengok tempat lain sebab ibu ada ternampak satu lagi orang jual skuter. Kita pi tengok berapa harga dia naaaa ...





Memang nak jadi rezeki dia, kami jumpa sorang lagi peniaga yang jual skuter. Walaupun yang ni nampak pudar sikit dah warna dia, tapi kondisinya masih tip top dan boleh digunakan. Aku tak fikir panjang dah, terus tanyakan harga dia kat orang tu. 

Berapa harga skuter ni bang? 

RM15 je ..

Ok bang, saya amik 😀

Mana nak cari skuter second-hand RM15 diknon. Tu pun aku try minta murah sikit sebab aku tengok kat 'tengkuk' skuter tu dah takda skru. Dapat laaa RM13 ... alhamdulillah.




Sampai je kat parking rumah, terus dua beradik tu 'test drive' skuter kat kawasan parking. Sebelum tu ayahnya kasi betulkan sikit bahagian tayar depan tu sebab macam dah lari sikit alignment dia haha 😝


Skuternya sebiji je kena kongsi dua 😝

Buat masa ni, berkongsilah skuter tu ye. Ada rezeki lagi nanti kita rembat pulak sebuah lagi hehe. Kakak tu nak roller-blade sebenarnya, tapi payah cari saiz dia sebab kaki panjang tang jari hehe.





Yang diidamkan dah jadi milik Mira. Walaupun bukan skuter baru tapi harap Mira suka skuter yang ibu beli ni. Petang-petang boleh juga main kat bawah, takda la asyik main tali lompat je kan huhu


10 comments:

  1. Wahh seronoknya... syok main skuter ni. Bukan anak2 je yg suka, silap2 mak ayah pun rasa nk layan je hehehee :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak berani nak naik ..takut patah plak board tu kang haha

      Delete
  2. suka tengok orang main skateboard, rollerblade semua. tapi tak reti balance badan, fuhh jatuh tercepuk berapa kali dah.

    skuter okay lagi sebab boleh pegang :D hehe

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..tapi si kakak suka roller-blade. Buat masa ni skuter tu je lah diaorang main :0

      Delete
  3. Biasa terjadi dijualan CBS....bila dah berkenan terus beli andai lupa bawa duit...booking dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak leh booking, kekdahnya sapa hulur dulu dia dapat haha

      Delete
    2. Tutur bicara itu penting antara peniaga dan pelanggan...

      Delete
  4. Memang tepat masa belinya ni sebab dah cuti sekolah biarlah bagi mereka bermain. Cuma kena jaga sikitlah ada budak tempat kakak (lelaki) hanya kerana skuter ini patah tangan. Tak pandai control agaknya termasuk longkang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahurobbi ... tu yg takmo jd gitu tu. Harap-harap dua beradik ni cermat guna :)

      Delete
  5. comelnyaa.. ena kecil2 dulu ada ni satu.. memang seronok habis bila dapat skuter ni

    ReplyDelete

Apa kata korang?