Friday, December 30, 2016

# Bila Balik Kampung # Cerita My Pearls

Bila berjauhan ...


Assalamualaikum!


Dari sehari ke sehari nak cerita pasal apa dua beradik tu buat di kampung masa cuti sekolah hari tu. Setiap tahun memang begitulah perjalanannya, bilamana pengasuh cuti dan tiada siapa yang boleh jaga anak-anak sepanjang cuti ni, maka kampunglah tempat yang sesuai. Lagipun, bagi aku lebih baik diaorang habiskan cuti sekolah di kampung temankan atok dan wan, main kejar-kejar ngan ayam dan berbasikal keliling kampung dari terperuk di KL ni menghadap jem pagi dan petang.

Tapi bukanla start je cuti sekolah diaorang terus balik kampung. Kami gilir-gilir la laki bini amik cuti sikit demi sikit jaga kakak dan adik sebelum tu. Cuti rehat kena bajet gak sebab memang hajat nak bawa diaorang jenjalan nanti dan balik kampung di Perak. 

Sepanjang seminggu lebih di kampung tu, memang WhatsApp la jadi penghubung kami 4 beranak. Mujur atok ada smartphone, bolehlah 'pau' henpon atok main mesej ngan ibu. Selama 4 hari jugakla diaorang buat ayat jiwang rindu kami berdua. Wannya siap cakap kakak sampai bengkak mata menangis sebab nak mama ...nak mama. Tak senang ibu kat opis ni nak buat keje bila jadi macam tu. Bukan ape ... kesian kat mak kena pujuk diaorang huhu.





mula nak sendu huhu

atok ngan wan tido je dia kata ...hahaha!





Kakak dah pandai buat ayat sendu dan jiwang sekarang ni. Hari-hari mesej cakap rindu kat ibu (tapi panggil mama). Bila tanya kenapa tak pergi main, jawabnya takda semangat nak main sebab mama takda ...haha adehhh 😕

Satu hari kakak tersedu-sedu sambil mesej aku. Atoknya ternampak terus kena marah cucu tu hehe. Tak dibagi dah henpon, terus Wan amik sorok tinggi-tinggi atas peti ais hehehe. Bila aku call baru mak citer diaorang kena 'denda' dan tak boleh call ibu ayah sehingga dibenarkan. 

Faham-faham la...kalau atok ngan wan dah jegil mata, anak cucu pun tak berani berbunyi huhu. Terus kering air mata masing-masing, elok diaorang main berdua kat lama rumah sejak hari tu sampai la kami balik kampung heeee 😁


1 comment:

Apa kata korang?