Dua hari di MAHA 2016!

Monday, December 05, 2016


Assalamualaikum!


Ini kali pertama aku menjejakkan kaki ke ekspo besar seperti MAHA 2016 ni. Pergi pun sorang je naik pengangkutan awam. Tapi yang tak disangka-sangkanya aku pergi ke sana dua hari berturut-turut! Kenapa? Sebab nak bagi support kat cik abe la ... jaga booth untuk salah satu produk di sana 😉

Disebabkan aku lone ranger, maka senanglah nak ke sana seorang diri. Sabtu petang tu aku bertolak dari rumah lepas Asar. Naik LRT sampai KL SENTRAL - KOMUTER ke SERDANG - FREE SHUTTLE BUS ke MAHA 2016. Senang kan! Tapi ada gak yang risau aku jalan sorang-sorang hehe. 




Sampai di MAHA 2016 cun cun time maghrib. Boleh tahan orang masa ni, ada yang baru sampai ada yang tengah cari surau, ada yang duduk melepak kat bangku tepi jalan dan sebagainya. Cuaca malam tu alhamdulillah cerah elok, tapi masa nak balik tu hujan la.

Tanpa membuang masa, moh aku bawakan korang suasana sekitar MAHA 2016 yang sempat aku kunjungi. Mana kaki aku melangkah disitulah aku pergi 😉

HARI SABTU














proses memerah jus delima


Antara booth yang menarik perhatianku adalah booth yang jual jus buah delima ni. Dia kopek depan kita, dia perah dan tapis kemudian masuk terus dalam botol. Macam ni baru betul pure from the source








Tak dinafikan nak ke MAHA 2016 ko kena kuat berjalan. Bila penat dan lapar, jangan risau kat sini macam-macam jenis gerai ko boleh jumpa. Sediakan duit aje la hehe. Harga makanan pun boleh tahan, banyak yang atas RM5 .. tapi apa ada hal, kalau dah lapar keluar jugak duitnya 😅

Aku dah lupa kat dewan mana gerai ni, tapi korang ada pilihan nak makan di sini atau di perkampungan mok cun atau food truck.

Datingmoon dengan cik abe




Bila berjalan dari booth ke booth tu, dah kenyang boleh lapar balik tau. Itu aku la ..tak tau la orang lain hehe. So, bila akak tu promot Krunchy Karamel 2 paket RM10, aku bedal je! Memang ralit mengunyah .. dua paket tu aku sorang je perabih 😂😂


HARI AHAD

Hari tu Tok Jib nak mari untuk perasmian MAHA 2016, so aku plan nak keluar awal sikit dari semalamnya, Lebih kurang pukul 3 lebih aku sampai kat sana. Memang jalan masuk jem giler! Untung naik pengangkutan awam, sampai betul-betul depan pintu masuk MAHA 2016 huhu.

Kali ni aku nak jalan santai-santai je. Cuaca memang alhamdulillah panas lit lit cerah sampah ke malam hehe. Itu pun lagi ramai yang datang ke sini. Borong habis anak-anak pokok dan barang makanan.



suasana di luar pintu masuk MAHA 2016

Jalan masuk ke pintu utama MAHA 2016


Kalau korang rasa kaki korang kuat badan korang ringan, korang boleh jalan kaki menaiki jalan ni. Kalau tak larat, boleh naik tram yang disediakan. Tapi kena tunggu la .. orang beratur panjang giler! Rasanya kalau ko jalan ke atas dah sampai dulu dah 😂


pemandangan dari atas

Perkampungan Mok Cun

Sampai sampai je, Pak Jelan bawa aku makan kat Perkampungan Mok Cun. Kat sini korang boleh jumpa artis terkenal seperti Erma Fatima dan Umie Aida. Semalam aku jumpa Amy Search, rupanya dia bukak gerai Kopi Phewittt hehe. Beli kopi RM25 boleh bergambar dengan dia. Aku tengok dari jauh je la ..sebab tengah tunggu yong tau foo siap haha 😂


Masa ni ada show Mok Cun untuk budak-budak

konsep gerai di perkampungan Mok Cun

Nak beli makanan kat sini kena guna kupon. Beli kupon kat pondok khas di laluan masuk. Kupon tu kalau beli kena habiskan hari tu jugak ikut tarikh kita beli. Macam-macam ada, korang pilih je nak makan apa.



Amy Search (dalam bulatan merah) tengah layan peminat yang 
beli Kopi Phetwittt

Dah kenyang, kami masuk ke dalam dewan balik. Aku suka pergi kat bahagian Agro ni sebab pameran dia best! Ada persembahan muzik tradisional la, kucing la, arnab la, produk-produk berkaitan agrikultur la dan macam-macam lagi. Bagus kalau bawa anak-anak kat sini, diaorang boleh belajar banyak benda baru dan dapat lihat sendiri disini.





Dua kali aku repeat masuk sini sebabnya suka tengok kucing-kucing ni. Yang atas ni baka Maine Coon, tau berapa harga dia? Lapan belas ribu lapan ratus ringgit malaysia diknon!!! Haaa ... harga sebiji RXZ kalau tak silap aku tu hahaha. 

Tapi kebanyakan kucing kat sini asyik tido je. Ramai macam mana pun orang kerumun sangkar, kucing-kucing ni buat dekkk je. bunyi bising ke orang menyanyi ke dia bantai tido jugak 😂


burger cendawan

Lobster ...nallarekek!


Fuh! puas aku berjalan sepanjang dua hari di MAHA 2016. Cuma gambar je takleh nak masuk semua kat sini, yang ni pun aku rasa korang dah pening tengok banyak sangat gambar kan hehe. 

Overall, tempat ni besar so kalau bawa anak pun takda masalah cuma kalau melawat booth tu kena tengok masa sebab laluan tak berapa besar. Kalau nak jalan kat luar tu boleh je.

Pastikan korang pakai flat shoes atau sandal. Lebih selesa pakai seluar,senang nak berjalan dan pastikan korang bawa duit banyak sikit, sebab aku tengok ramai yang memborong anak-anak pokok dan makanan kat sini 😉



#MAHA2016 
Tempat : MAEPS, Serdang
Tarikh : 1 Disember sehingga 11 Disember 2016



Sekian.


You Might Also Like

8 pengomen comel

  1. meriah jugak yer..tengok ramai yang datang.. hanim..mahalnya harga sekor kucing tu..huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. meriah Farah, terutama hujung minggu dan waktu malam hehe

      Delete
  2. Fuhhh....layan....👍👍👍👍

    ReplyDelete
  3. Wah menarik, hanim..tapi tak larat nak berjalan tu..saya okey lagi, en. suami tu mmg kureng gemar part2 kena jalan macam ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tu saya suka berjalan seorang diri. Tak gaduh kaki sakit atau tak larat jalan hehe

      Delete
  4. hari khamis baru nak layan jenjalan sini

    ReplyDelete
  5. Wah ramai nya yg datang

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM