Monday, December 26, 2016

# Barang Bundle # Family Time

Menerjah E-Bundle, Temerloh!


Assalamualaikum!


Di satu hari yang cerah, kami sekeluarga membuat keputusan untuk masuk negeri Pahang negeri kelahiran kakak dan adik untuk berjalan-jalan sambil makan angin. Lebih tepat lagi, kami ke Temerloh! Bukan untuk makan ikan patin, bukan untuk pergi berjalan-jalan mandi air terjun. Tapi kami ke sana semata-mata nak layan B.U.N.D.L.E!!๐Ÿ˜‚

Walaupun alasannya barangkali tak masuk dek akal ... hahaha. Ye la, macam la kat KL dan Selangor ni takda kedai bundle kan. Tapi apakan daya, kalau dah ada peminatnya dalam keluarga ni, bundle di Korea pun boleh sampai yop! heeee๐Ÿ˜


kasut sukan berjenama

kasut sukan


Satu yang aku suka pasal kedai ni, susunan kasut dan baju dia sangat kemas dan teratur! Kasut semua duk dalam plastik. Nak murah boleh pilih hat atas meja. Nak branded tapi murah sikit ada kat rak. Tersusun elok je tengok.

Dalam kedai pun sama. Teratuq elok orang utara kata hehe. Sedap mata melayan baju-baju kat sini. Tapi tu la ... panas dia tak bukak kipas plak!











Dekat 10 pasang mencuba kasut, akhirnya tak satu 
pun yang aku beli hahaha!




Dua beradik ni kalau disuruh pilih baju memang cargas je diaorang bergerak! Tak kira baru ke, bundle ke dua-dua pun diaorang sobat janji cantikkkkk!


Muka puas dengan hasil rembatan masing-masing haha!



No comments:

Post a Comment

Apa kata korang?