Nasi Arab Melaka | Restoran Hadramawt Palace, Bukit Baru Melaka

Friday, December 30, 2016



Assalamualaikum!


Bila anak-anak duduk jauh di perantauan, maka hari cuti je la yang boleh diharapkan untuk bawa mak dan abah pergi berjalan atau makan-makan. Aku akui, setiap kali balik kampung kaki ni memang payah nak melangkah keluar dari daerah Duyong. Kalau boleh aku nak rehat-rehat di rumah je tengok tv. Maka, jangan terkejut kalau aku cakap aku belum sampai lagi Pantai Klebang (UPDATE : DAH SAMPAI SINI PUN! HAHAHA) dan merasai coconut shake diaorang yang dah lama popular tu 😂

Mak abah pulak jenis tak reti nak keluar berjalan. Kalau kita tanya kita ajak barulah dia nak pergi. Kalau anak-anak tak bawa berjalan, maka tak bergerak mana la kaki tu melangkah.




Memikirkan kemana nak bawa mak dan abah makan, maka kami plan nasi arab! Asyik ikan bakar je ..cemuih jugak! So aku google la kat mana nasi arab yang terdekat kat Melaka ni. Last time kami bawa mak abah makan kat Senawang nuuuuu! Pergi lapar, balik pun lapar hehe. Kali ni kita pergi  makan yang dekat-dekat ngan umah je.

Google punya google, aku jumpa restoran Hadramawt Palace ni! Dekat sangat, hanya 7-8 minit perjalanan je dari rumah! Tak perlu masuk bandar pun, so tak perlu mengadap jem dan trafik light yang bernombor tu hehe.


menu nasi arab

view dalam restoran

view dalam restoran

tempat buat air


Masuk dalam restoran ni macam wahhhh ...! Tak nampak macam konsep arab hehe, deco dia ala-ala mewah gitu. Kat tingkat bawah untuk yang ada meja kerusi, kat tingkat atas untuk mereka yang nak duduk makan bersila.


my mango lassi ...niceeeee!

mushroom soup tapi rasa dia pelik sikit hehe

kakak makan separuh je sebab dia cakap rasa dia tak sama macam
mushroom biasa huhu

Lamb Mandy


lupa dah nama dia 😋

Lamb Kebab

Fish n Chip


Overall ok la makanan dia. Abah cakap dia tahu restoran ni tapi tak pernah masuk makan lagi. Takpe, biarlah anak bongsumu ini bawa abah dan mak ye. Teringat masa kecik-kecik dulu abah tak pernah miss bawa anim makan kfc tiap kali kita keluar sekeluarga. Walaupun dia naik muak dengan ayam kfc tu tapi demi anak dia nak makan, tetap juga dibelinya. Tapi yang ni anim ganti kambing, sure abah tak menolak hehe.




Di usia yang sudah melebihi 60 tahun, selera makan mak dan abah alhamdulillah masih ditahap yang baik. Mak dan abah ni jenis kalau anak-anak ajak memang diaorang tak menolak. Tapi kita kena bukak mulut dulu la, payah nak tunggu diaorang ajak dulu hehe. 

Terima kasih untuk kasih sayang yang tak berbelah bagi selama berpuluh-puluh tahun ni. Moga Allah rahmati mak, abah dan mak mertuaku dunia akhirat ...aaminn.


You Might Also Like

2 pengomen comel

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM