Persiapan Sekolah 2017

Thursday, December 22, 2016


Assalamualaikum!


Tahun ni persiapan sederhana je macam biasa. Kakak masuk darjah empat tahun depan dan Mira masuk darjah dua. Badan masing-masing dah memanjang dan semakin melebar, so baju memang wajib kena cari yang baru. 




Pilihan kedai untuk beli baju sekolah anak-anak dah tentulah di Pusat Pakaian Hari-Hari. Kat situ senang nak cari saiz dan jenis kain pun jenis yang senang dibasuh dan tak mudah kusam. InsyaAllah kakak tahun depan tetap jadi pengawas, so baju dan tudung pengawas kena stenbai siap-siap. 

Baju sekolah agama jangan dilupa, tu pun kena berganti baru juga.





Baju sekolah setel di Hari-Hari! Kasut dan beg kita cari tempat lain. Mira tu dah ada target dia nak beg yang macam mana tu haha😜


yeayy dah jumpa beg Frozen!


Merata cari beg Frozen ni! Mujur harga tak berapa nak mahal sangat, hanya RM40 je beli kat AEON. Dia punya peluk la beg tu sampai kat umah! Tapi beg sekolah yang kakak nak tak jumpa, so esoknya kami pi cari kat kedai jual beg pulak. Cari sekali kasut sekolah kat situ untuk diaorang dan setel!




So, beg sekolah cek! kasut sekolah cek! baju sekolah cek! stokin cek! alat tulis cek! Tinggal nak bayar yuran sekolah je lagi. Agak-agak berapa ratus la kena nanti ye? huhu ...



You Might Also Like

1 pengomen comel

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM