Pokok Mahkota Dewa di kebun abah

Friday, December 23, 2016


Assalamualaikum!


Satu perangai abah aku ni kan, dia ni suka mencuba. Dia suka cuba jus tu la, jus ni la. Kalau aku call, dia akan cerita pasal dia ambil jus ni untuk kawal darah tinggi. Dia ambil jus tu untuk kempiskan perut buncit. Tapi, akhirnya kelaut juga hasil dia.

Tapi baru-baru ni dia bagitau yang dia dan mak dah amalkan minum air buah mahkota dewa je untuk kawal darah tinggi dan melancarkan peredaran darah. Diaorang dah tak ambil jus-jus yang ada di pasaran ni. Hawau ..menghabiskan duit je. Dah la mahal, kesan dia sekejap je pastu takda perubahan pun hehe. 


Pokok mahkota dewa


Berbulan-bulan yang lepas memang aku ada perasan pokok abah tanam kat tepi pagar reban ayam ni. Tapi aku ingat tu pokok buah durian belanda, dan masa tu pokok ni pun kecil lagi. Bulan ni aku balik, tengok-tengok dah besarrrr dah dia!

Abah aku terjebak dengan buah mahkota dewa ni pun sebab kawan dia yang rekomenkan. Kalau nak beli mungkin payah kot, so amik je benih kat kawan dia dan tanam sendiri di halaman rumah. 


dah berbuah

Buah Mahkota Dewa

Beginilah rupa buah mahkota dewa yang telah masak. Tapi buah ni tak boleh dimakan begitu sahaja, ia perlu diracik halus dan dikeringkan terlebih dahulu sebelum direbus atau direndam dalam air panas dan diminum.




Satu lagi, abah cakap buah mahkota dewa ni beracun! Beracun kat mana? kat biji dia. So, bila nak racik tu, elakkan dari terkena pada bahagian biji dia. Katanyaaaa 😊





Untuk dapatkan air rebusan mahkota dewa ni, kepingan buah mahkota dewa yang telah dikeringkan tadi direbus ke dalam periuk tanah dengan sukatan 5 cawan air (seumpamanya). Biarkan ia mendidih sehingga sukatan air menjadi 3 cawan akhirnya. Kemudian, bolehlah diminum.


Khasiat Buah Mahkota Dewa


  • Mengurangi kandungan kolesterol dalam badan serta mengurangi penambahan lemak di dinding pembuluh darah
  • Penyingkiran racun @ toksin daripada sesuatu bahan di dalam tubuh seterusnya dapat meneutralkan racun di dalam badan.
  • Berfungsi  sebagai bahan anti-bakteria dan anti-virus.
  • Meningkatkan sistem ketahanan badan dan daya hidup
  • Meningkatkan daya tahan kepada penderita diabetes dan darah tinggi.
  • Mengurangkan kadar gula dalam darah dan pengumpulan darah.
  • Membantu mengurangkan kadar angin dalam badan.
  • Sebagai bahan untuk anti-virus ,anti-bakteria , anti-oksidan , anti- alergi dan anti-radang
  • Membantu melancarkan peredaran darah di dalam badan dan mengelakkan berlakunya penyumbatan pada pembuluh darah.
  • Membantu mengurangkan kesakitan taktakala berlaku pedarahan dan pembengkakan di tubuh badan
  • Mengurangkan kesan daripada penyakit jantung koroner
  • Mengubati dan mengurangkan penyakit kanser seperti kanser payudara dan kanser rahim.
  • Meningkatkan stamina dan ketahanan  badan tehadap influeza
  • Bertindak sebagai bahan bagi membantu proses penyembuhan penyakit tekanan darah tinggi
info : khasiatherba.com


You Might Also Like

5 pengomen comel

  1. betul..baik amalkan dengan bahan yang kita tanam sendiri macamni..yang kat pasaran tu, mmg la katanya kandungan dari bahan semulajadi tapi kadang boleh jadi was2 juga, yea ke tak de tambahan bahan lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la ... bila ada campuran kandungan dah tak pure seperti yang semulajadi. Ikut pada badan orang tu juga kan

      Delete
  2. Oh... kalau kakak akak dia tak rebus Hanim
    Dia masukkan aje yg dah hiris kering tu dalam air panas
    Bila dah sejuk dia minum - nampak darah tinggi suami dia ok juga sekarang. Dia pun tanam sendiri. Bila dah mula buah pokok ni tak berhenti buahnya. Tengok geram kan. Kalau jambu sedap juga boleh terus ngap hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oohhh..mak saya rebus dalam periuk tanah dulu kak. Alhamdulillah abah pun cakap darah tinggi dia terkawal dan badan rasa ringan skrg

      Delete
  3. Bagus entry ni..sis follow my blog.blog rabiahtul adawiyah

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM