Senang ke nak berhenti merokok?

Tuesday, December 06, 2016


Assalamualaikum!


Masa mula-mula Pak Jelan nyatakan hasrat untuk berhenti merokok, aku speechless yang teramat! Ni betul ke tidak laki aku nak berhenti merokok ni? Dalam usia lingkungan 30an macam ni, biasanya lagi hebat penangan rokok dikalangan dewasa macam dia! 

Ingat senang nak berhenti merokok? Dua puluh tiga puluh tahun ko setia menghisap tetiba boleh berhenti macam tu je ke? Takkk .. tak semudah tu nak suruh seorang perokok berhenti mendadak. Ingat lagi apa jadi kat abah bila berhenti merokok secara mengejut dulu? Akhirnya terlantar seminggu di wad sebab sesak nafas dan jangkitan kuman di paru-paru.




Tak kira apa jua kaedah yang digunakan, semuanya bermula dengan niat dihati dan juga kesedaran diri sendiri untuk berhenti. Sebagai isteri, aku dan anak-anak sentiasa beri sokongan pada Pak Jelan untuk teruskan perjuangan berhenti merokok😊

Bercakap pasal perjuangan, minggu lepas kami tiga beranak temankan Pak Jelan jumpa doktor. Kali ni doktor syorkan ubat makan untuk dia. Dan macam biasa, kena buat checkup sikit sebelum tu.


sedang menguji tahap nikotin


Alat yang Pak Jelan hembus tu untuk uji tahap nikotin mengikut skala tertentu. Alhamdulillah tahap nikotin Pak Jelan pada skala 02 which is good and normal bagi seorang dewasa yang sihat (tidak merokok).


sedang menguji paru-paru


Rokok pasti ada kaitan dengan paru-paru kan. So, kena cek juga kesihatan paru-paru kita ditahap yang macam mana. Alhamdulillah ... skor penuh untuk cik abe! 😊

Hurm .. nampak macam senang kan? Battle dari segi luaran (pergi jumpa doktor, ambil ubat etc.) itu kita boleh nampak. Tapi battle dalaman nak melawan kehendak dan nafsu tu hanya Allah dan dia saja tau ...


Sejak dua menjak ni, aku kurangkan dari sekotak sehari, sehinggalah sekotak dua atau tiga hari. Dan aku mulai kurangkan dari 10 batang turun kepada 4 batang. Sehinggalah aku nekad untuk berhenti dengan jayanya ceeewaaah. Hati ini mulai terdetik...sampai kapan mahu hisap rokok. Sebab itu aku relakan hati pegi mendaftar untuk berhenti merokok di Klinik di kawasan perumahan aku. Hati ini sedikit memberontak...namun aku gagahkan jua, demi insan yang aku sayangi



You Might Also Like

6 pengomen comel

  1. bagusnya..laki kita memang tak la

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. semoga berjaya! Mesti bole..tapi hanim kena byk bg moral support ok..farah pun alhamdulillah husband dah 9 thn dah berhenti merokok..😊😊😊

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah terbuka jugak hati husband akhirnya untuk berhenti merokok. Teruskan support suami utk berhenti merokok eh :)

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete
  4. Pasti boleh! Suami saya juga dah berjaya berhenti merokok.

    ReplyDelete
  5. Seksa hanya sekejap...mudah-mudahan
    InsyaAllah..

    ReplyDelete
  6. usaha dan terus usaha..ni pun dah 3 bulan lebih stop merokok.masuk hospital 7 kali..terus istiqomah

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM