Friday, January 29, 2016

Cuti Thaipusam - Part 1

Friday, January 29, 2016 2 Comments

Assalamualaikum!


Ambik mood nak menaip entri 'percutian singkat' empat beranak di kampung halaman hehe. Kali ni malas nak taip panjang-panjang .. tengok gambar pun dah kembali rindu-rinduan, apatah lagi aku nak bercerita tentang hari tu huhu ...




'Kawan' baru Mira ... si comel hehe


Banyak yang dah berubah kat kampung. Antaranya, aku bangun pagi keluar rumah dah takda bau sepoi-sepoi haruman semulajadi dari kandang lembu sebelah hehe. Lembu pun dah tak nampak batang hidungnya huhu ...

Bangun pagi Sabtu, si Mira dah dapat 'kawan' baru, si comel. Suka hati je dia bagi nama kat anak kucing tu hahaha. Anak kucing ni kepunyaan jiran depan umah tapi manja giler ngan kami. Dah la kecik kiut ... manja pulak tu! Kalau dua beradik ni jumpa memang pakat berebut siapa nak pegang dulu!

Thursday, January 28, 2016

Keunikan & Warisan Daya Penarik Tahun Melawat Terengganu 2017

Thursday, January 28, 2016 3 Comments

Assalamualaikum!


Malaysia sememangnya terkenal dengan lokasi pelancongannya yang menarik dan unik. Setiap negeri mempunyai kelebihan dan keunikan tersendiri dalam memperkenalkan budaya dan cara hidup masyarakat tempatan yang berbilang kaum dan kepercayaan. Dan, tidak dinafikan Terengganu mempunyai kelebihan dari pelbagai aspek yang boleh dijadikan produk pelancongan untuk menarik minat pelancong ke negeri itu.

Pada tahun 2015, negeri Terengganu telah menerima kunjungan hampir 5 juta pelancong dan 16% darinya adalah dari kalangan pelancong asing. Melihat kepada perkembangan itu, kerajaan Terengganu ingin meluaskan lagi skop pelancongannya dengan pelancaran Tahun Melawat Terengganu 2017 dalam satu majlis formal di Hotel Ritz-Carlton, Kuala Lumpur baru-baru ini.




Bermotifkan tema There is More to Terengganu Than What You Know, Terengganu mempunyai pelan khusus yang akan meningkatkan aktiviti pemasaran dan mencapai matlamat meningkatkan purata perbelanjaan pengunjung dan tempoh menetap di Terengganu.  

Dengan nikmat dianugerahi tanah-tanah yang kaya dengan sumber aslinya serta nilai budaya yang tinggi, kerajaan Terengganu yakin sektor pelancongan akan memberi manfaat kepada seluruh warga tempatan amnya dan negeri secara keseluruhannya dan juga mampu mempelbagaikan penjaan pendapatan untuk ekonomi Terengganu.



YAB Menteri Besar Terengganu

Dalam mempromosi produk pelancongannya, Terengganu bakal memukau pengunjung bukan sahaja dengan lokasi pulau-pulau peranginan yang indah di sekitarnya, malah ia turut menampilkan warisan budaya turun-temurun negeri ini iaitu sulaman dan pembuatan songket, seni membuat perahu, lukisan batik tangan serta ukiran kayu tradisional yang telah menjadi identiti sinonim dengan negeri Terengganu itu sendiri.

Malah, acara seperti Festival Candat Sotong Antarabangsa Terengganu telah berjaya meletakkan Terengganu dalam peta dunia apabila telah berjaya mengumpulkan lebih 200 orang pengamal media cetak, elektronik dan media sosial terkemuka dari dalam dan luar negara. Selain itu, Perarakan Bot Terbesar Dunia dalam Guinness World Records dan penganjuran PESONA Terengganu di Dataran Merdeka tahun lalu berjaya menarik lebih 100,000 orang pengunjung!

Di majlis itu juga, aku dan rakan media lain diberikan kesempatan untuk merasai sendiri produk makanan yang diberikan nafas baru dalam memajukan industri makanan tradisional tempatan kepada pelancong luar. Korang tentu sudah tahu kan Terengganu memang terkenal dengan makanan seperti Keropok Lekor, Sata Ikan dan Nasi Dagang. Kini, kesemua makanan ini boleh dinikmati dengan begitu mudah kerana ia dihasilkan dalam bentuk frozen food!



3 dalam 1 ...



Keropok Lekor



Sata Ikan



Nasi Dagang


Jujur ye, nasi dagang dia sedap! Begitu juga dengan keropok lekor dan sata ikan :)

Sementara itu, jom ikuti sedutan video tentang keunikan negeri Terengganu yang sempat aku rakamkan di majlis itu tempoh hari ...







Sempena Tahun Melawat Terengganu 2017, negeri Terengganu menyediakan hampir 300 hotel berdaftar dan homestay di seluruh pelusuk negeri bagi memenuhi keperluan pelbagai kategori pelancong. Sekaligus ia menawarkan peluang ekonomi yang baik dan mengalu-alukan kemasukan pelabur yang ingin menyokong industri pelancongan dalam negeri.




Beginilah rupa packaging Nasi Dagang dan Keropok Lekor dalam bentuk frozen food. Hanya tebuk lubang kecil di atasnya dan masukkan ke dalam microwave untuk 1-2 minit dan siap untuk dimakan! Tak memerlukan kuali atau minyak untuk memasaknya. Mudah dibawa dan sangat praktikal untuk mereka yang suka mengembara. Menerokai keindahan negeri Terengganu Darul Iman sambil menikmati nasi dagang dan keropok lekor pasti menambah keseronokan betul dop? hehhee :)

Pada yang bercadang untuk melancong, apa kata kita sokong produk pelancongan tempatan dan melancong ke dalam negeri. Pasti yang lebih menarik dan unik menanti kunjungan kita ke sana dan memberikan seribu satu kenangan manis sepanjang hayat! :)



Last but not least .... tuan blog :D

Wednesday, January 27, 2016

Koleksi Anggun Jubah & Blouse Murah Dari NORIE SIGNATURE

Wednesday, January 27, 2016 16 Comments

Assalamualaikum!


Rambang mata dibuatnya bila tengok pelbagai koleksi baju-baju wanita di laman web. Dari baju kurung sehinggalah jubah dan blouse wanita. Mulala rasa nak tambah koleksi yang ada hehe. 

Dalam banyak-banyak koleksi baju, aku suka beli baju jubah dan blouse wanita. Sebab apa? Sebab aku ni kan bekerja, kena cari baju yang selesa dipakai dan menarik pada masa yang sama. Lagi satu, aku suka baju yang boleh dipakai untuk apa saja majlis. Maksudnya, baju tu boleh dipakai untuk ke pejabat dan untuk ke majlis-majlis formal atau santai. 

So kat mana aku boleh dapatkan baju seperti tu? Haaa tentu korang pun nak tahu kan. 

Tak perlu pergi jauh dik non! Tak perlu masuk kedai pun ... depan mata je ni ha! heeeee :D




Norie Signature menawarkan pelbagai pilihan busana muslimah yang anggun dan sopan bermula dari saiz S hingga XL. Antara koleksi yang menarik dari Norie Signature adalah blouse muslimah, tunik, jubah muslimah, shawl, skirt labuh dan lain-lain. 

Pendek kata, semua yang cantik dan murah ada di Norie Signature!




Jubah




Baju Kurung




Tunik



Palazo


Tergoda tak? Aku sendiri pun tak tahu nak pilih yang mana, semuanya cantikkkkkkk! Berkenan sungguh dengan koleksi warna yang ditampilkan, warna lembut dan corak yang simple dan paling penting ia labuh dan anggun sesuai dengan penampilan wanita muslimah. 



Koleksi Terbaru 2016

Untuk tahun ini, Norie Signature turut menampilkan dua koleksi terbarunya iaitu Jubah Wardah & Blouse Helena. Serius, memang cantik-cantik pilihan warna jubah dan blouse dari Norie Signature. Dah lah simple dan cantik ... murah pulak tu!







Koleksi Jubah Wardah ini mempunyai 4 pilihan warna lembut yang cantik, diperbuat dari material heavy dull satin dan perincian lace-lace kecil yang tidak keterlaluan. Memang sesuai dipakai ke pejabat mahupun untuk tujuan majlis formal mahupun santai.

Padanan corak dan warnanya juga tampak cantik dan sesuai untuk digayakan oleh wanita muslimah yang mementingkan kesopanan dan kesederhanaan dalam bergaya.

Bagi wanita yang sukakan blouse, koleksi blouse Helena yang labuh dengan 6 pilihan warna lembut dan cantik pasti sangat sesuai untuk dipakai dengan seluar panjang atau skirt labuh, memberikan sisi anggun dan sopan wanita muslimah masa kini.

Bukan saja cantik, malahan harganya pun murah! Memang berbaloi dengan kualiti dan kesederhanaan yang cuba ditampilkan dalam koleksi blouse yang terbaru ini.








Serius, memang cantik koleksi jubah & blouse dari Norie Signature ni! Mana nak cari jubah muslimah yang cantik dengan kualiti terbaik pada harga semurah ni! Kalau nak tambah koleksi pakaian sendiri pun takda masalah sebab memang berbaloi dengan harga yang ditawarkan!

Bagaimana nak order? Haaa senang je!


  1. Pilih produk yang diingini
  • Layari website kami seperti biasa dan klik produk yang ingin di beli. Anda akan dibawa ke laman produk dimana terdapat butiran yang lebih lengkap.
  1. Pilih size dan ADD TO CART
  • Dilaman produk pilih size yang dikehendaki dan klik butang ADD TO CART.
  1. Sahkan item yang telah dipilih
  • Notifikasi POP UP akan memberitahu anda item telah dimasukkan ke SHOPPING CART. Anda boleh teruskan melihat produk lain atau klik QUICK CHECKOUT untuk membuat pembayaran.
  1. Log masuk (LOGIN)
  • Jika anda mempunyai akaun sila login sekarang. Jika tidak masukkan butiran untuk mendaftar.
  1. Penghantaran dan pembayaran
  • Kaedah penghantaran akan dikira secara automatik seterusnya pilih cara pembayaran yang diingini. Kemudian klik butang PAY SECURLY NOW
  1. Salinan Email Order
  • Selepas checkout anda akan menerima email order. Mudahkan ;)

So tunggu apa lagi, jom 'cuci' mata tengok koleksi busana Norie Signature yang sangat menawan kalbu, sambil-sambil tu kita boleh pilih yang mana berkenan di hati hehe. 

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari www.noriesignature.my

Tuesday, January 26, 2016

Lepas 12 Jam ....

Tuesday, January 26, 2016 2 Comments

Assalamualaikum!


Sejak memulakan alam persekolahan awal tahun ini, kehidupan dia berubah tiga ratus enam puluh darjah! Kalau dulu pagi je pergi sekolah, tengahari dah boleh rehat-rehat kat transit ... tapi tahun ini dia perlu berkejaran untuk 2 sesi sekolah!

Seawal 6.30am tayar dah bergolek dari rumah, maksudnya dia dan kakaknya kena bangun seawal jam 5.30am! Kalau bangkit kul 6.00am, jawapannya sila tulis nama dalam buku kedatangan lewat huhu ....


Friday, January 22, 2016

Bila #SindromMakMak 'Berjangkit' Pada .....

Friday, January 22, 2016 1 Comments

Assalamualaikum!


Nak tergelak pun ada rasa bila kenang balik peristiwa semalam. Mungkin betul la orang cakap anak perempuan ni memang anak kesayangan ayah. Garang macam mana pun ayah tu, kalau si anak minta sesuatu, insyaAllah 98% mesti dapat! hehehe. Padahal barang tu bukanlah keperluan pun, tapi lebih nak memuaskan hati anak je T_T

Kalau dengan ibu? Haa tahu sangat dah jawapannya kan hahaha. Dengan ibu kena banyak timbang kilo dalam kepala otak sebelum nak putuskan samada perlu ke tidak barang tu dibeli. Kalau tak munasabah barangnya memang takkan dapat la barangnya, tapi yang pasti dapat ialah bebelan! muehehehe ....


Thursday, January 21, 2016

Mira Ada Disleksia?

Thursday, January 21, 2016 2 Comments

Assalamualaikum!




Untuk tiga minggu pertama ni, memang ni la keje aku tetiap malam. Membalut buku-buku teks kakak dan adik untuk sekolah rendah dan sekolah agama. Kakak punya buku teks dah setel, tinggal Mira punya je yang tak siap-siap lagi hehe. 

Buku teks baru dapat kelmarin ... sebab untuk minggu pertama sekolah aritu cikgu dah kabor buku teks akan dapat lambat sikit berbanding murid-murid darjah 2 hingga 6. Sebab minggu pertama dan kedua tu cikgu nak murid-murid menyesuaikan diri dulu dengan aktiviti santai sebelum memulakan kelas dengan lebih serius dan fokus.

Wednesday, January 20, 2016

Bajrangi Bhaijaan - Menarik Tapi Ada Satu Yang Pelik!

Wednesday, January 20, 2016 7 Comments

Assalamualaikum!


Saat fenomena #Dilwale masih menguasai jiwa-jiwa peminat filem hindustan tanah air, aku masih berjaya mengekalkan rekod untuk tidak 'terpengaruh' menyaksikan filem lakonan Shah Rukh Khan & Kajol ini baik di pawagam mahupun secara online/download. Bukanlah nak kata aku ni tak minat citer hindustan .... tapi 'berahi' tu tak sama macam masa mula-mula filem Dilwale Dulhania Le Jayenge 15 tahun yang lalu ... hikhik 




Tapi bila kawan cakap ada satu filem yang lagi best dari Dilwale, aku mula rasakan sesuatu. Filem apa yang lagi best dari Dilwale tu? Ko jangan main-main yek, Dilwale dah capai kutipan Box-Office kat Malaysia ni weh! Kalau ikutkan, timeline FB aku tiap-tiap hari penuh dengan status tentang si Kajol dan  Shah Rukh Khan. Ramai yang memuji lagu tema Janam Janam dan Gerua sampai boleh hafal lirik dari awal sehingga akhir! Tu belum part ulang tengok cerita dua tiga kali dalam seminggu hehe....

Tuesday, January 19, 2016

Pertama Kali Cuba Pirate Coffee ...

Tuesday, January 19, 2016 6 Comments

Assalamualaikum!


Hari tu singgah pasar malam Taman Maluri, terserempak ngan booth jual air Pirate Coffee ni. Selalu tengok gambar orang post je kan, cakap sedap manis. Kali ni aku pulak nak rasa la ...

Tengok dulu menu dia, selain minuman berasaskan kopi ada juga perisa lain. Aku kan tak berapa 'berahi' ke kopi ... hanya akan minum bila terpaksa atau orang belanja hehe




Perisa Coklat

Monday, January 18, 2016

Lebih Dari Sekadar Cari Duit!

Monday, January 18, 2016 6 Comments

Assalamualaikum!




Hari yang baik buat peniaga-peniaga carboot semalam. Ramai yang turun 'padang' memeriahkan suasana walaupun kebelakangan ni cuaca tak menentu. Tak kurang juga pelanggan yang tak putus-putus setia berkunjung dari awal pagi walaupun ramai peniaga belum bukak bonet lagi hehe :D

Salah satu cabaran yang perlu dihadapi oleh mana-mana peniaga ialah cuaca. Walaupun cuaca berarak mendung kelabu, tetapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar dengan izin Allah. Tambah, minggu lepas kereta buat hal so, aku nekad minggu ni (semalam) nak meniaga jugak! hehe ...

Friday, January 15, 2016

Bila Suami Shopping Online ...

Friday, January 15, 2016 3 Comments

Assalamualaikum!


Pandai dah kaum suami zaman sekarang, beli barang tak perlu nak ajak si isteri lagi dah hehehe. Senyap-senyap je dia tunjuk kita barang dah sampai! Patutlah jarang-jarang dah kita masuk shopping mall kan .... hahaha :p

Tapi ni bukan masuk kedai jam tangan pun, tapi shopping online! Amboiii, siap ada akaun Lazada lagi tu! Aku ni pun tak register lagi .... sebab takda kepentingan nak membeli apa-apa barang kat situ huhu. 


Thursday, January 14, 2016

Anak perempuan saya nak jadi imam, boleh dop ustaz?

Thursday, January 14, 2016 0 Comments

Assalamualaikum!


Dalam banyak-banyak permintaan dia tahun lepas, yang satu ni yang aku masih tak dapat nak bagi even dah masuk tahun baru. Memang berhajat sungguh dia ... orang kata hajat bukan sebarang hajat tau! 

So, satu hari dia tanya, "buuu... boleh tak kakak nak jadi imam untuk ayah, ibu dan adik?"

Opkos di waktu usia begini aku tak menjangkakan soalan begitu dari seorang anak perempuan yang baru berusia 8 tahun (tahun lepas), sebab tak terfikir pula dia berminat nak jadi imam hehe! Tapi dah kakak tanya, kena la ibu jawab kan kan kan :D

Lagipun, masa tu aku cuma terangkan fadilat dan kelebihan solat berjemaah dapat 27 kali ganda pahala berbanding solat sendirian. Tak cerita pulak yang dia tak boleh jadi imam untuk ayah dia ... huhu



Ni gambar kakak masa baru-baru belajar solat dulu. Comei sangat kakak .... pakai terlekung terbalik (penutup dagu dok atas kepala) pun masih tampak comel dan inesen hehehe ...

Wednesday, January 13, 2016

Si Kecil Pun Mengerti ...

Wednesday, January 13, 2016 4 Comments

Assalamualaikum!


Satu perkara yang sering buat aku tersentuh hati dengan dua beradik ni ... ialah diaorang pandai ambil hati! Pandai memujuk, pandai berkata-kata manis, pandai ber'drama' air mata ... haha. Aku rasa budak zaman sekarang ni memang macam ni kot pesennya yek. Suka bermain dengan sentimen perasaan terutama yang sensitif macam aku hehe .....

Kaedah memujuknya tu berbagai-bagai pulak! Ada kengkadang tu diaorang bagi nota la, hadiah la, kad ucapan la, lukisan la, kraftangan la, pertunjukan silap mata la. Haaa.... minggu lepas, kakak ada tunjuk satu silap mata kat aku. Guna duit kertas RM1, dia buat trick depan aku haha. Amboiii mana belajar tu, dia cakap dari kawan ... huhu.


Tuesday, January 12, 2016

Lagu Untuk Si Miau!

Tuesday, January 12, 2016 1 Comments

Assalamualaikum!




Molek sungguh dia berposing dengan penuh manja dalam bakul baju. Dengan mata yang sitap dan hidung mancung persis hidung si rimau belang, anak kucing ini berjaya men'cair'kan hati kakak dan adik walaupun baru 5 minit bertemu!

Di mana? Di kedai bundle hehe ...

Satu hari kami ternampak anak kucing duduk baekkk punya sopan atas meja kaunter. Memang santai habis dia atas kaunter tu, kita yang tengok dari jauh ni naik 'geram' pulak! hehe ...

Sebelum tu, aku pernah citer yang kakak dan adik memang cukup sayang dan suka pada kucing. Mana-mana kucing yang melintas depan diaorang, diaorang akan pergi atau bagi 'salam' kat kucing tu. Kalau kucing tu manja dan tak lari, memang akan diusap-usap oleh dua beradik tu. Kalau kucing tu takut atau garang, senyum dari jauh je la hehehe ....

Monday, January 11, 2016

Hukum Selfie Sambil Menyusukan Anak

Monday, January 11, 2016 1 Comments

Assalamualaikum!


Ni panas bukan setakat cuaca je yang panas. Tapi, timeline FB aku pun sama bikin 'panas' dengan pelbagai isu semasa yang dibangkitkan sejak kebelakangan ni. Bermula dengan isu ibu buat baby shower hidang makanan dalam pampers dan terkini ibu-ibu muda berselfie sambil menyusukan anak dan gambar dimuat turun dalam media sosial!

Alahaiiii kaum sejenisku .... awatnya hang buat lagu tu??

Penyusuan anak atau breastfeed adalah sangat digalakkan dalam Islam. Hatta kita digalakkan mencari ibu susuan sekiranya ibu kandung tidak mampu menghasilkan susu sendiri untuk anak, seperti yang pernah dilalui oleh Nabi s.a.w.

Pelbagai kempen penyusuan ibu telah diperkenalkan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada ibu-ibu moden terutama yang bekerja untuk menyusukan anak mereka secara ekslusif kerana manfaatnya pada anak-anak di masa hadapan. Even aku sendiri pernah memberikan komen menyokong penyusuan ibu di dalam satu interbiu untuk wawancara di tv.

Namun, akhir-akhir ini isu penyusuan ibu mendapat kecaman dari sesetengah pihak sehingga fanpage mereka direport kerana tidak berpuas hati! Isunya bukan penyusuan ibu... tapi SELFIE sambil menyusukan anak dan kemudian muat turun di FB! Terus terang ye, aku tengok gambar tu pun aku malu beb .... T_T


Cuaca Panas Dijangka Sehingga Mac 2016

Monday, January 11, 2016 1 Comments

Assalamualaikum!


Beberapa minggu ni dah mula terasa kepanasannya. Hatta malam pun boleh rasa bahangnya walaupun kipas ditala depan muka. Dan boleh dikatakan hujan pun tak berapa nak memunculkan diri, kalau ada pun beberapa titik aje lepas tu hilang ditiup angin ....

Tapi cuaca sebegini adalah satu rahmat buat wanita berkerjaya macam aku, sebab, time hujung minggu macam ni la aku boleh hadap kain berbakul-bakul untuk dicuci dan dijemur tanpa perlu pandang ke langit. Bahagia bila tengok semua kain kering hehehe ....



Imej radar Semenanjung Malaysia

Friday, January 08, 2016

Kritikan Membina Bukannya Sumpahan (Menjatuhkan)!

Friday, January 08, 2016 5 Comments

Assalammualaikum!


Bukan semua blogger yang pergi food review tu akan cakap makanan tu sedap. Dan bukan dari aspek makanan sahaja yang diaorang pandang bila nak tulis sesuatu review untuk dikongsikan dalam blog dengan pembaca mereka. Start dari pelayan amik pesanan, masa menunggu dan makanan sampai ikut giliran, tu semua kami perhatikan! Aku sendiri pernah mengalami pengalaman buruk di satu restoran yang aku pernah review dulu. Dan, food review itu adalah atas jemputan tau! 

Sebelum aku pandang makanan, aku tengok pada servis dan layanan diaorang dulu. Terus terang, aku kecewa giler masa tu dengan layanan dari staf disana. Lebih kurang sama kes jugak dengan blogger Uzu hadapi sekarang ni. Bezanya, pemilik restoran tu bukan artis dan bukan juga Melayu tapi mereka bersikap profesional dan minta maaf pada aku sekeluarga walaupun aku tulis aku kecewa makan di sana! Dan, siap jemput lagi kami untuk kali kedua sebagai tanda mohon maaf ... walaupun dia tak cakap nak layan kami macam VVVIP hehe ....

Kereta & Spark-Plug!

Friday, January 08, 2016 3 Comments

Assalamualaikum!


Bercakap pasal kereta, aku teringat zaman mula-mula baru dapat kereta 'kebal' ni dulu. Masa tu bujang dan kerja merantau di negeri orang, so kenderaan adalah satu keperluan yang mesti ada untuk memudahkan aku pergi ke pejabat, pasar dan sebagainya.

Dah ada kereta, tentulah kena tau serba serbi tentang kereta ye dak? Tambah ko duduk jauh dari family .. jauh dari abah, kalau apa-apa jadi kat kereta ko tengah jalan tak ke haru kat situ? Paling tidak, kena tahu benda pertama kalau kereta rosak, jangan panik! haha. 

Ok, tu cerita zaman aku solo. Bila dah berkahwin ni lain pulak ceritanya hehe. Bila dah berdua, automatik hal ehwal kebajikan kereta terletak di atas batu jemala suami! Bukan aku mintak, tapi dia yang sukarelawan nak ... hahaha! 

Thursday, January 07, 2016

Sesi Sekolah 2016

Thursday, January 07, 2016 6 Comments

Assalamualaikum!


Minggu ni banyak citer pasal anak-anak sekolah je la hehe. Mau ibu tak eksaited??? Anak ibu setakat ni dua orang je tau, lepas Mira ibu tak tau nak cerita pasal siapa dah haha :p

Bermula dengan sesi persekolahan kakak dan adik, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Tak lupa juga bulan ni memang kena pakai banyak duit bayar itu ini haha. Apapun, semua itu terbalas dengan keterujaan dua orang puteri ibu yang sangat bersemangat terutama Mira walaupun baru minggu pertama bersekolah.


Tuesday, January 05, 2016

Jangan Pandang Rendah Duit RM1!

Tuesday, January 05, 2016 16 Comments

Assalamualaikum!


Mulai sekarang aku kena kumpul duit kertas RM1 sebanyak yang boleh. Bukan untuk buat tabungan, tapi untuk dua orang anak daraku tu la. Dulu kakak sorang je yang guna duit RM1 buat belanja sekolah. Sekolah pagi lain harga, sekolah petang lain harga hehe ...

Ni dah masuk dua orang, aku kena sediakan lebih banyak duit kertas RM1. Hari-hari kena cek dalam dompet, pastikan duit kertas RM1 cukup untuk 'bekalan' esoknya. Kadang-kadang aku naik takut pulak nak bayar duit kat kaunter haha. Bukan ape ... senang pagi-pagi nak hulur duit belanja kat diaorang. Adik pulak baru nak berjinak-jinak berbelanja di sekolah, so kena bagi dia pemahaman tentang perbelanjaan berhemah hehe ....


Saturday, January 02, 2016

Kenangan Manis 2015 - Pengalaman Depan Kamera

Saturday, January 02, 2016 0 Comments

Assalamualaikum!




Tahun 2015 adalah tahun yang paling mencabar bagi aku, tapi masih terselit kenangan-kenangan terindah dan manis sebagai seorang blogger yang boleh aku kongsikan di blog ini untuk tatapan sendiri dan sebagai pembakar semangat untuk tahun 2016.

Sungguh aku tidak menjangkakan ianya akan berlaku, tapi permulaan yang kekok akhirnya menjadi sesuatu yang indah untuk dikenang sampai bila-bila :)