ruangiklan
ruangiklan

Friday, February 12, 2016

Godaan Mee Tomyam!


Assalamualaikum!


Kalau kena time gaji, memang sedap makan tengahari kat AmCorp! Port makan kitaorang tak lain tak bukan ... Kafe Sri Suria! Tambah hari Jumaat, time rehat kan 2 jam setengah, memang sedap layan tekak makan tengahari kat sana haha. Terbayang-bayang je mee kari dia .... perghhhh!

Sedap ke mee kari kat situ? Sedap la bebbbb ... tak percaya try la makan sekali kat situ! Aku dah pernah review sekali kat SINI dan sejak tu aku 'jatuh cinta' terus! Tak pernah aku cakap tak best .... setiap kali pergi mesti balik perut kenyang punye lah hehehe! 

Tapi, minggu lepas aku tukar selera pekena makanan lain pulak. Asyik mee kari je ... kita test la menu lain sedap ke idok kan hehe. Sebelum ni aku dah pernah try kuey tiow goreng dia dan memang sedaaappp! Kali ni, aku nak try mee tomyam pulak!


5 Jam Itu 'Emas'!

  1 comment    
categories: 

Assalamualaikum!


Start dari balik sekolah agama sehingga jam 10.30pm, aku kena 'berkejaran' dalam rumah untuk memasak, gosok baju sekolah, tengokkan homework anak-anak, solat dan mengaji bersama, sediakan makanan malam dan sebagainya! 

Dah tentulah ayahnya pun ada menolong, kadang-kadang dia masak lauk aku masak nasi. Dia basuh baju (sental dalam bilik air) aku tukang sidai. Tapi suami bukan hari-hari dia nak mengadap kerja yang sama je kan hahahaha .... kadang-kadang tu kita sengsorang je jalan laju-laju siapkan kerja rumah hahaha...



Thursday, February 11, 2016

JUS ANNONA | Pakej Lengkap Untuk Sihat Dan Cantik!


Assalamualaikum!


Penat ... letih ... tidak bermaya ... memang dah sinonim dengan aku. Mana taknya, start adik masuk darjah Satu aku kena lipat ganda uruskan hal-hal berkaitan barang sekolah anak setiap hari. Kasut sekolah dari 2 pasang dah jadi 3 pasang. Baju sekolah dari 2 pasang dah jadi 6 pasang huhu. Dalam masa 5 jam tu la aku kena 'berkejar' menyiapkan semua tugasan sebelum boleh masuk tidur. Tapi, kadang-kadang bila badan dah terlampau penat, memang 'tersembam' jugak aku di katil menyerah kalah huhu ... 





Sebab tu, bila ada masa cuti terluang aku dan keluarga akan bersenam di taman untuk kembalikan kecergasan badan! Bila dah basah peluh satu badan ... baru datang segarnya betul tak! Badan pun terasa ringan dan pergerakan pun cergas je heee ...

Selain senaman, aku amalkan juga suplimen untuk top up tenaga dan stamina. Sebab itu, aku kena bijak memilih produk suplimen yang selamat dimakan dan lengkap pakej untuk kesihatan dalaman dan kecantikan diri.




Untuk itu, aku amalkan Jus Annona yang kaya dengan khasiat Durian Belanda yang kini boleh didapati dengan mudah dalam pasaran! Kelebihan Jus Annona bukan saja kerana ia 100% buah Durian Belanda asli dan bahan semulajadi lain tapi ia juga bebas bahan kimia atau sebatian dadah! Haaa .. kalau gunakan bahan semulajadi aku memang takda masalah!




Satu lagi, aku juga ada masalah senggugut yang kadang-kadang boleh mengganggu tugas aku di pejabat. Bila senggugut menyerang, badan automatik akan jadi cepat penat! Dah la kerja aku ni kena mengadap pc tapi, dah nama pun kerja kan ... huhuhu. Bila amalkan Jus Annona setiap hari, badan dah tak letih seperti dulu. Sakit pinggang juga berkurangan dan tidur lebih nyenyak ... alhamdulillah ...

Dari segi diet pemakanan juga kena seimbang, dan pengambilan suplimen yang baik juga perlu untuk memberikan tenaga dan sebagai pencegahan awal dari penyakit yang merbahaya. Tahu tak, Durian Belanda mengandungi antioksidan yang tinggi? Haaa ... antioksidan ni akan membantu tubuh kita mencapai kestabilan hormon dengan cepat dan berkesan. Bila hormon dah seimbang, masalah-masalah berbangkit seperti senggugut, letih-letih badan dan tidak bermaya pun akan berkurangan insyaAllah ....



Syukur aku dipertemukan dengan produk suplimen yang berasaskan durian Belanda seperti Jus Annona. Bukan sahaja ia diperakui HALAL oleh Jakim, malah turut mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan boleh diminum tanpa was-was!

Sebelum ni pun aku ada kongsikan khasiat Jus Annona dalam mencegah kanser dan bagaimana ia bertindak sebagai painkiller semulajadi. Semua tu korang boleh baca di Jus Annona | Petua Sihat Dengan Durian Belanda & Jus Annona | Harapan Masih Ada Buat Pesakit Kanser

Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai Jus Annona, macam mana nak beli, macam mana nak jadi ahli, nak tahu tentang promosi menarik setiap bulan, bolehlah baca di http://www.annonaofficial.com/ untuk memuaskan hati.

Selain itu, korang boleh hubungi mereka secara hotline di : 



016 449 7181 
016 446 7181
016 446 4181 


Facebook Owner Annona : Ony Nurhusni

Email : jusannona@gmail.com

Wednesday, February 10, 2016

Luruh jua gigi itu akhirnya ....

  2 comments    
categories: 

Assalamualaikum!


Dah berminggu-minggu dia dok tayang giginya yang bergoyang tinggal masa nak tertanggal tu. Takda tanda kekesalan langsung dari riak mukanya, nampak lagi teruja gembira ade la! Kadang-kadang ralit dia 'main' tolak tolak gigi tu dengan lidahnya sambil tengok tv atau ketika bercakap dengan kita ...

Dan hari tu dia tunjuk ni ....


Misi Blogger Bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)


Assalamualaikum!


Ini kali pertama aku 'mengembara' seorang diri ke lokasi yang jauh sedikit dari biasa hehe. Dan seperti biasa, aku naik pengangkutan awam ke sana. 

Alhamdulillah, berbekalkan hati 'kering' dan wajah yang dibuat-buat garang aku berjaya sampai di depan pintu pagar Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dengan jayanya muehehehe ....


Monday, February 08, 2016

Di Kala Orang Lain Pulang Ke Kampung ...


Assalamualaikum!


Biasa time-time musim perayaan begini aku dan family pun akan jadi 'mangsa' trafik sesak di PLUS hehe. Cuti panjang tuuu, rugi tak balik kampung kan. Tapi bila mengenangkan kesesakan yang bakal ditempuhi sepanjang lebuhraya, yang dari KL > Melaka dari 2 jam boleh jadi 4-5 jam, yang dari KL > Bagan Serai dari 4 jam boleh jadi 6-7 jam, biarlah aku 'bertapa' aje di KL sepanjang cuti ni janji kepala tak pening nak hadap jem hehe ....

Bertapa bukan sebarang bertapa, tapi kami bertapa sambil buat benda yang kami suka ... meniaga carboot! hehehe. Memang dah lama kami rancang nak amik peluang ni berniaga sebab awal bulan orang baru dapat gaji, dan cuti panjang mesti ada yang tak pulang ke kampung macam kami kan hehe ...


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.