ruangiklan
ruangiklan

Thursday, May 19, 2016

Dugaan Si Pemilik Kereta 'Kebal' ...

  10 comments    
categories: 

Assalamualaikum!


Dah dua belas tahun dah usia kereta kebal aku tu. Dah habis bayar dah pun. Bukan tak teringin nak tukar kereta baru, malah hati tu niat nak cari mpv sebiji, sebab anak-anak pun makin membesar, ruang yang ada sekarang macam tak muat je. Maklumla, anak dara kan cepat 'mengembang' :p

Tapi aku tak sanggup nak tambah hutang baru lagi dah! Biarlah aku pakai kereta sekarang ni selagi diizinkan. Lagipun banyak jasa dan kenangan aku bersama kereta kebal aku tu ... susah senang dengan 'dia' la selama ni huhu ...




Apa boleh buat ... pejam mata bayar je la. Demi keselamatan kami anak beranak dan kerana ia satu-satunya 'kuda' tunggangan kami. 

Baru aku nak berangan beli jet peribadi sebiji dia dah 'merajuk! 'Merajuk' tengah bulan pulak tu hukhuk .... >.<


Wednesday, May 18, 2016

Risiko Yang Perlu Ibubapa Tahu Ketika Anak Melayari Internet!


Assalamualaikum!


Di zaman teknologi alam siber yang berkembang maju ni, kanak-kanak dan gajet memang tak dapat dipisahkan! Aku sebagai ibu juga kadang-kadang risau kalau anak-anak terlalu banyak menghabiskan masa bersama gajet dan melayari video di internet.

Contohnya Hazwani, yang memang dah pandai melayari video kesukaannya di Youtube. Dia tengok kita buat sekali je, lepas tu dia dah pandai tekan sendiri dah! Nak tengok apa, di mana semua dia tahu. Yang Mira pun sama, dah reti cari sendiri video tanpa bantuan aku atau kakaknya! Huh .. cepat sungguh budak-budak ni belajar ye ...




Tapi, ada ketikanya akan terjumpa satu dua iklan yang tak sepatutnya terpampang di situ! Kalau dulu, aku boleh duduk bersama dengan diaorang dan pantau apa yang boleh ditonton dan yang tak boleh ditonton. Sampai kan ada masanya, bila iklan 'macam tu' keluar je aku terus tekup skrin iPad dengan tangan! Bila diaorang tanya kenapa ibu tutup dengan tangan, aku jawab iklan tak elok ... jangan tengok tau hehe ...

Tapi takkanla sehari suntuk korang nak tekup tangan setiap kali diaorang tukar video kartun tu kan hahaha. Nampaknya aku kenala guna alternatif lain untuk melindungi mereka ...




Ada hari tu aku terbaca kat blog kak Izwa yang rupanya mempunyai pengalaman yang sama macam aku! Dan dia syorkan ibubapa untuk download aplikasi Salam Browser sebagai alternatif untuk mengawal kemasukan iklan-iklan yang tak diingini!

Menarik ni! :)


SALAM BROWSER

Pelayar web islamik Salam dipacu teknologi Chromium dengan pelbagai ciri khas yang melindungi pengalaman internet agar lebih selamat dan bebas-spam. Menariknya, SALAM BROWSER ini yang berkonsepkan islamik turut menerapkan aspek menghormati adab ketika melayari internet. 



Walaupun SALAM BROWSER masih di dalam fasa BETA dan di peringkat ujian, namun ciri-ciri dan kemampuannya membuatkan aku tertarik untuk download aplikasi ini! 

Antaranya, ia memberi amaran terhadap laman web yang mengandungi unsur maksiat, perjudian, pornografi dan lain-lain yang memudaratkan. Selain tu, ia melindungi komuniti Salam daripada kandungan tidak sihat dengan sekali klik aje. Kemudian, maklumat yang disenarai hitam akan dikongsi dengan pengguna-pengguna Salam yang lain untuk kebaikan bersama.

Lagi satu dengan aplikasi SALAM BROWSER ni, keputusan enjin carian ditapis terlebih dahulu supaya tiada maklumat yang berunsur maksiat atau pornografi dapat diakses oleh anak-anak kita.





Amacam, senang tak? Lepas ni aku tak perlu pening-pening nak tekup skrin iPad dengan tangan dah, sebab SALAM BROWSER boleh lindungi anak-anak aku dengan cara yang lebih efisien dan mudah!

Nak downloadnya pun senang, korang boleh klik je MUAT TURUN SALAM BROWSER dan ikuti langkah yang diberi. 



Kalau korang prihatin tentang anak-anak, silalah download aplikasi SALAM BROWSER ni ye. Kerja korang pun senang tak perlu nak risau nak biarkan anak-anak melayari internet tanpa pemantauan orang dewasa. Bila korang dah download dan cuba aplikasi ini, jika ada sebarang komen atau maklumbalas boleh kemukakan pada pihak SALAM BROWSER

Selamat mendownload dan selamat melayari internet! ^^


Tuesday, May 17, 2016

Belum boleh lagi ....

  6 comments    
categories: 

Assalamualaikum!


Mana-mana kucing lalu depan mata mesti dia akan bagi 'salam'. Kalau kucing tu jinak dan manja, dia akan datang dekat dan usap-usap kepala 'kawan' tu. Digaru-garu bawah leher sampai 'kawan' tu terduduk menyerah diri sambil pejam mata melayan kesedapan dibelai sebegitu ... hehe ..

Aku dari kecik ada satu tabiat ni ... kalau nampak kucing mesti akan pergi usap dan pegang kucing tu. Kalau manja ... aku dekat, kalau garang lari lintang pukang aku tak layan hahaha. Memang dah terbiasa ... sebab aku suka kucing sejak kecil lagi. Aku kan takda adik kecik, so teman aku dulu ...kucing lah.



Monday, May 16, 2016

Guruku Tersayangggg ..!


Assalamualaikum!


Setiap kali sambutan Hari Guru, misi anak-anakku adalah belikan hadiah untuk cikgu mereka. Dan setiap kali tu lah ia jadi misi aku jugak untuk fikirkan hadiah apa yang sesuai, carikan kedai yang sesuai, pilih hadiah yang sesuai dan akhir sekali ... sponsorkan untuk diaorang! haha :p

Nampak tak disitu? Misi aku lagi banyak dari misi dua beradik ni. Diaorang punya misi satu je, misi aku empat oiii! hahaha ... takpela, demi anak-anak tercinta demi guru-guru yang dikasihi lagi disanjungi ... 


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.