ruangiklan
ruangiklan

Friday, July 22, 2016

Selamat Ulangtahun ALTHEA Yang Pertama! | #AltheaTurns1


Assalamualaikum!


Annyeong and Happy 1st Birthday ALTHEA

Sekejap je rasanya kan, tahu-tahu ALTHEA dah pun 1 tahun usianya! Walaupun baru setahun 'jagung', ALTHEA dah pun popular di kalangan pencinta-pencinta makeup berinspirasikan K-beauty atau Korea! Aku pun dah ikut sama terjebak ni hehe ...acaner tu? ;)





ALTHEA - Beauty Meets Korea

Di kalangan wanita dan pencinta-pencinta makeup dan produk kecantikan, mungkin korang dah kenal sangat dengan brand ALTHEA ni. Bagi yang baru nak kenal, moh kita berkenalan dengan lebih mesra lagi ;)

ALTHEA merupakan platform online yang menjual produk-produk kecantikan dan kosmetik berinspirasikan Korea pada harga mampu milik. Dari produk penjagaan kulit (skincare), alat solek (makeup), rambut & badan (hair & body) sehinggalah bestsellers, semua yang korang perlukan ada di ALTHEA

Korang hanya perlu ke http://my.althea.kr/, pilih produk atau kosmetik yang korang suka dan buat bayaran secara online. Kesemua produk adalah didatangkan khas dari Korea ye tapi korang boleh shopping sepuasnya tanpa perlu ke sana! Nak lagi bijak ... shopping atas RM150 boleh dapat free shipping ... bijak kan ;)



Pink box yang cantikkkk! Harus simpan buat kenang-kenangan ni ;)


#AltheaTurns1




Aku pun tak mahu ketinggalan merasai kemeriahan sambutan ulangtahun ALTHEA yang pertama tahun ini! Tambah ALTHEA sekarang ada promosi gempak Althea's Birthday Celebration dari 20 July sehingga 31 July 2016, memang tak boleh dilepaskan peluang yang ada di depan mata haha :D




Tengok tu ... teruja campur terharu campur gembira campur bahagia bila dapat Limited Edition Birthday Box + DIY Party Kit ni! Warna P.I.N.K pulak tu ...sesuai sangat dengan jiwa iolss hehe :D

Kalau korang masuk laman web ALTHEA, confirm mata korang rambang tengok semua produk kat situ! Orang yang tak suka barangan makeup pun boleh jatuh cinta tau! Memang kawai dia punya produk tapi harga masih berpatutan.

Jom usha apa aku order di ALTHEA ;)



Aura B.B. Foundation - RM22.00



It's My Lip Crayon (Soul Pink) - RM20.00



Body Wash Peach (300ml) - RM36.00



Perfume Hand Cream (Marry Me) - RM10.00



Jeju Volcanic Pore Foam - RM24.00



Peach Sake Pore Pact - RM37.00



ALTHEA's Birthday Celebration - 20 Julai sehingga 31 Julai 2016

Sempena ulangtahun yang pertama,  ALTHEA ada promosi hebat untuk korang tau! :)



Limited Edition Birthday Box + DIY Party Kit
For orders placed on 20/7 onwards. While stocks last



Free Goodies for first 1,500 shoppers
Full size beauty products. While stocks last



Birthday Giveaway. Pick 3 Top Sellers for 100% REBATE!Rebate will be credited into your account


Ada lagiiii ... !

#AltheaTurns1 Instagram Contest, di mana korang hanya perlu  :

    • selfie bersama Althea Part Kit (Pink Box) dan hantarkan ke instagram masing-masing berserta ucapan selamat ulangtahun ALTHEA (happy birthday).

    • Jangan lupa sertakan hashtag #altheaturns1 

Korang 
berpeluang menang hadiah-hadiah gempak Macbook Air, Ipad Air 2, iPhone 6S, Galaxy S6 Edge, Canon EOS M10 Selfie Camera, Althea credits dan hamper barangan kecantikan dari Althea! 

Kesemua hadiah berjumlah KR10,000,00 sedia untuk dimenangi! Kontes bermula dari 20hb Julai sehingga 15hb Ogos 2016

Cepat daftar akaun di ALTHEA sekarang dan korang boleh nikmati promosi dan rebat yang hebat. Percayalah ...memang rambang mata nak pilih mana satu, kalau boleh semua tu ko nak borong hehe ... :)





Happy 1ST Birthday ALTHEA! ^^


Suntikan Imunisasi Murid Tahun 1 (2016) | Mira kena cucuk!


Assalamualaikum!


Dapat kiriman mesej WhatsApp dari cikgu kelas dia untuk 2 acara. Satu tentang suntikan imunisasi Tahun 1 hari Khamis dan satu lagi jamuan raya di sekolah hari Jumaat. Bila aku cakap, "esok nurse kena datang sekolah nak inject Mira tau", tak nampak pulak muka cuak ke ... takut ke ... nangis ke ... elok je dia ngunyah kuih donat dalam plastik tu. So ok le kan ...

Tapiiiiiiiii .... si kakak pulak selamba pi takutkan adik dia, cakap "habislaaa nanti adik kena cucuk ... sakitttttt!" dalam kereta. Kembang kempis hidung aku menahan geram! Tapi bila tengok Mira macam takda tindak balas je bila kakak dia cakap macam tu ..terus aku 'mati'kan niat nak marah kakak huhu ....



Mira yang muka tak nampak dalam gambar :p

Thursday, July 21, 2016

Omak ...


Assalamualaikum!


Biasa pagi-pagi dalam kul 7 lebih, time matahari baru nak menjengah naik ke langit tu kan time ni la aku akan stenbai kat luar rumah dengan getah paip siram pokok-pokok bunga mak yang dalam pasu. Kalau aku takda, maka mak la yang siram setiap pagi sebelum pergi ke reban ayam.

Begitulah rutin harian mak di rumah, menyinggah dulu rumah bukan pintu reban 'anak-anak angkat' dia tu, pastu menyapu di laman dan siram pokok bunga. Kemudian, pergi cuci reban pulak. Harapkan aku je la bila balik, barulah ringan sikit kerja rumah dia.


Wednesday, July 20, 2016

Serasi Guna Velvet Radiance Serum 4 dalam 1 Ni!


Assalamualaikum!


Rutin penjagaan kulit wajah memang jadi satu kemestian bagi setiap lelaki dan wanita di zaman ini! Walau sesibuk mana pun kita, kulit wajah perlu sentiasa dibelai dan dirawat untuk dapatkan hasil yang cantik dan sihat.


Untuk kulit yang berminyak macam aku ni, memang kena cerewet bila memilih produk wajah. Tapi kan baru-baru ni aku ada try satu serum yang memang 'ngam' dan serasi dengan kulit aku. Baru tak baru gak la ... dalam bulan puasa lepas ;) 




Walaupun aku bukan jenis 'kaki' makeup, tapi itu bukan bermakna aku tak perlu risau pasal penjagaan kulit wajah. Kulit jenis berminyak dan berjerawat lagi la kena sensitif dan perlu sentiasa diberi perhatian kan. So, bila aku dengar pasal kelebihan Velvet Radiance Serum ni ... haruslah cuba dulu kan  ;)

Velvet Radiance Serum 4 dalam 1

Velvet Radiance Serum ini mempunyai 4 fungsi dalam 1 botol. Ia boleh digunakan sebagai :
    • Toner (penyegar)
    • Serum
    • Moisturizer (pelembap)
    • Sunblock (pelindung matahari)

Ia bertindak dalam 3 cara iaitu :
    • Repair (Memulih)
    • Renew (Memperbaharui)
    • Restore (Mengembalikan)

Kandungan Dalam Velvet Radiance Serum 
  • Vitamin C
  • Apple stem cell
  • Ekstrak teh hijau
  • Likuoris ( Akar manis )
  • Lemon
  • Kolagen ikan salmon
  • Natrium PCA
  • Panthenol

Keistimewaan Velvet Radiance Serum

Diformulasikan dengan kolagen Salmon dan stem sel epal, ia bertindak:
  • Sebagai sunblock 50 SPF
  • Membuat struktur kulit lebih anjal.
  • Melembabkan kulit wajah.
  • Menyamarkan kedutan pada wajah hingga leher.
  • Mencegah penuaan.  
  • Menghaluskan serta mencerahkan warna kulit.
  • Memberikan sensasi kulit bersinar yg lebih cerah.
  • Menutrisikan kulit.
  • Mencegah pengaruh buruk polusi udara dan sinar matahari.




Cara Penggunaan Velvet Radiance Serum



Mudah je! Cuci muka dan lap kering. Picitkan 2 kali di tapak tangan dan sapukan ke seluruh muka dan leher setiap pagi dan malam sebelum tidur atau bila-bila masa. Pagi sebelum nak pakai bedak tu, aku guna serum ni dulu :D





Serum ni cepat meresap ke dalam kulit dan tak melekit sebab ia water based. Lelaki dan wanita boleh guna, dan sesuai untuk semua jenis kulit. Masalah kulit seperti jerawat, kulit kusam, berminyak, tona tak sekata dan jeragat memang sesuai la pakai Velvet Radiance Serum ni.

Disebabkan senang nak guna, maka aku jadi bertambah rajin dan bersemangat la nak gunakan setiap hari. Senang pulak tu nak bawa ke mana-mana, so memang setia dalam beg aku le hehe ;)

Lepas guna Velvet Radiance Serum ...

Sebelum ni, bangun pagi muka mesti berminyak. Bila duduk kat pejabat, kulit aku jadi kering dan kusam sebab terlampau sejuk!

Tapi sejak aku guna Velvet Radiance Serum ni setiap hari pagi dan malam ... bangun pagi muka tak berminyak! Kat pejabat, kulit kekal lembap walaupun buat kerja dalam air-cond. Kalau berjalan di luar pun aku tak risau, sebab serum ni ada sunblock SPF 50 yang boleh lindungi kulit dari sinaran uv matahari. Takda lagi kulit 'berkilat' disebabkan berminyak, sebaliknya muka tampak glowing tanpa perlu makeup yang tebal. 






Dah la senang nak guna, rasa nyaman je bila sapu kat muka. Kulit kekal lembap walaupun seharian di pejabat yang sejuk, tambah bulan puasa pulak tu! Yang bestnya, kesan jerawat lama tu beransur hilang dan bila pegang pipi sendiri, terasa ...halussssss sangat! ;)


Alhamdulillah memang best dan serasi dengan kulit aku! Semangat nak cantik kembali membara haha :p Confirm Pak Jelan takkan berani membebel lagi kat aku dah lepas ni ngeeee :D


Dekat opis ni ada kawan yang aku dah bagi cuba serum ni, dan diaorang memang tertarik nak guna lagi. Tambah sekarang ni ada harga promosi sempena raya, rugila kalau tak rebut peluang sementara murah ni kan! ;)




Velvet Radiance Serum 30ml

vHarga (Normal Price) : RM 150
vHarga promosi sempena raya : RM100 (terhad kepada 100 botol yang pertama)

Nak tahu lanjut, korang boleh terjah link di bawah ni :


Tuesday, July 19, 2016

Tangan 'berseni' si anak dara ...


Assalamualaikum!


Setahu aku antara kami tiga beradik, akak aku je la yang terer melukis pun. Zaman aku sekolah dulu kalau ada homework Pendidikan Seni, memang akak aku la yang jadi tukang lukis gambar hehe. Kalau aku ... memang tak suka dan tak 'berseni' nak melukis apatah lagi gambar muka orang! huhu ...

Kagum seketika ... boleh tahan cantik lukisan anak dara ni. Mana dia belajar? Dah tentu kena ada minat kan, kalau tak minat mana kan hasilnya jadi secantik ini? :)



Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.