ruangiklan
ruangiklan

Friday, August 12, 2016

Abah ...


Assalamualaikum!


Di usianya yang dah menjangkau 66 tahun, alhamdulillah dia masih dikurniakan kesihatan yang baik walaupun kudratnya tidak lagi sekuat dulu. Sebenarnya, beberapa hari ni aku asyik teringatkan abah. Walaupun dia dah bebas dari 'najis' rokok sejak 3 tahun yang lalu, namun aku sentiasa bertanyakan perkembangan dia melalui mak di telefon.

Dan walaupun abah tidak mengalami penyakit serius, dia masih kena amik ubat darah tinggi dan menjalani pemeriksaan di klinik kesihatan berdekatan setiap beberapa bulan. Rutin ini telah pun bermula start abah keluar hospital.


Wednesday, August 10, 2016

Tolong prihatin bila berada dalam pengangkutan awam!

  13 comments    
categories: 

Assalamualaikum!


Satu benda aku payah nak 'kawal' bila aku marah, yakni mulut. Memang mudah sungguh mulut ni nak meluahkan kata-kata terutama bila berkaitan dengan bab-bab sensitif macam semalam! 

Semalam? apa jadi semalam? semalam aku ngan anak-anak balik naik LRT. Waktu kemuncak antara jam 5pm hingga 8pm, memang dah dijangka akan penuhlah umat manusia dalam LRT tu nanti. Takpe, kakak dan adik dah biasa pun naik LRT so tak de hal la bab tu. Cuma nak dapat tempat duduk kosong di waktu macam ni tak jamin la.

Dan ramalanku benar belaka! Kami bertiga berdiri start dari stesen Asia Jaya hingga ke Dato' Keramat. Mira sampai dekat Masjid Jamek dah lenguh lenguh kaki langsung duduk kat tepi pintu LRT. Yang duduk langsung tak offer tempat duduk .. walhal boleh nampak budak kecik tu dah terperosok kat tepi tu.


Monday, August 08, 2016

"Pokemon Go" Dalam Pokok Tauge Mira!


Assalamualaikum!


Kakak dan adik tak tahu pun pasal kewujudan apps games 'Pokemon Go' walaupun sekarang tengah trending di kalangan anak-anak muda dan orang tua! Samala seperti apps lain-lain sebelum ni seperti MSQRD atau SNOW, kalau aku tak tunjuk kat diaorang ... memang diaorang tak tahu! 

Kecuali balik kampung raya baru-baru ni, kakak tertengok apps SNOW dalam henpon sepupu dia si Aten. Balik rumah terus suruh aku download di henpon MOTO G aku yang 'usang' ni hehe. Ok fine ..kita download dan tengok apa jadi huhu.

Sejak dari tu, henpon aku dibuat macam henpon dia. Tiba je hari Sabtu, 'servis' bertukar tangan dan satu hari dia 'langgar' janji dan akhirnya aku terpaksa delete apps SNOW dari henpon MOTO G. So no more SNOW on my handphone .... syukurrrrrr! haha ...


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.