ruangiklan
ruangiklan

Friday, October 28, 2016

Boat Noodle Jaya One, PJ


Assalamualaikum!


Baru nak try makan #meesampan ni. Maklumla, kalau nak pergi sendiri memang payah nak sampai, mujur kawan ajak boleh la test tekak makan boat noodle ni. Sementara kaum Adam pergi solat Jumaat, kami berlima naik bas free dari PJ ke Jaya One. Jaraknya kalau nak diikutkan memang dekat dah, tapi disebabkan kami naik bas maka jadi jauh la sikit. Pukul 1.00pm baru sampai di lokasi ...huhu.




Sedikit kelainan di Carbootsale Kota Damansara


Assalamualaikum!


Saban minggu, suasana carbootsale di Kota Damansara memang meriah. Meriah dengan peniaga, meriah dengan barang. Untuk minggu lepas, kami nak cuba kelainan sikit dengan meniaga kasut. Haaa rupa-rupanya banyak juga koleksi kasut-kasut lama kami anak beranak yang masih elok tapi dah tak muat tersimpan rapi di rumah tu. 

Cari punya cari, banyak pasang jugak kami dapat kumpulkan. Ada yang kasut berjenama, kasut kulit, kasut kanak-kanak kepunyaan dua beradik tu tapi masih elok dan boleh dipakai. 


pelanggan pertama kami :)



Alhamdulillah, cuaca hari tu sangat la baik. Redup elok je sepanjang pagi. Seronok tengok peniaga-peniaga semangat kemas barang masing-masing kat tapak meniaga. Kami siap je set up barang pelanggan pertama kami datang. Akak dan abang kat atas ni nak beli seterika rupanya. Tak sempat aku nak snap gambar seterika tu hehe. Terima kasih kerana sudi datang beli ngan kami :)


Tuesday, October 25, 2016

Harap-harap janganlah dia menipu orang lagi ...

  6 comments    
categories: 

Assalamualaikum!


Pernah tak ko didatangi oleh seseorang yang cakap dia dalam kesusahan dan perlukan wang sebab blablablablabla? Pernah tak ko tengok riak muka dia seolah-olah dia benar-benar perlukan bantuan ko masa tu ... terutamanya dalam soal duit?! Ko tak kenal dia, dan dia tak kenal ko tapi atas dasar sesama Islam dan atas dasar kemanusiaan, maka ko berniat nak tolong dia.

Memula tu aku tak syak apa-apa yang pelik sehinggalah ....

Semuanya bermula bila kami on the way balik dari kedai printing, kami didatangi oleh seorang gadis! 

Monday, October 24, 2016

Dan header blog pilihanku adalah ...

  2 comments    
categories: 

Assalamualaikum!


Lama dah tak cakna pasal blog ni. Benda yang dah lama aku nak tukar sebenarnya adalah header blog aku ni. Header lama tu pun aku yang buat, tapi orang dah tak letak gambar banyak-banyak macam tu kan haha :p

Aku suka konsep header yang simple dan soft, sesuai dengan kematangan umurku (hehe). So, plan aku nak letak bunga setopok, nama blog dan niche blog. 



Ni yang aku malas nak design sendiri! Adeee je yang tak kena serba serbi. Ye la ... orang tangan tak berseni, memang ada kekurangannya. Tu pasal la aku takut nak minta tolong orang buat kan. Sendiri buat pun dah 7-8 kali tukar design. Padahal konsep nak simple dan soft, yang penting mesti ada bunga! hehe ...

Ini header pertama yang aku design haritu. Berjam-jam nak siapkan dia saje! Jenuh aku meng-google watercolor flower , yang cantik sikit dan menepati citarasa corak bunga ni je. Nampak ringkas giler kan! Sepatutnya dia jadi senang la sebab takda corak 'sarat' atau kena lukis doodle bagai. Tapi, aku nak siapkan ni je ... dekat 3 jam! Tu nak kate ... tangan tak berseni hehehe.




Akhirnya, beginilah rupa header rasmi blog aku. 

Header baru , semangat baru :)


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.